Assalamualaikum WBT
BARU nak syok cuti-cuti, dah kena masuk pejabat hari ini. Apa nak buat, bukan banyak pun cuti tahun yang ada. Nak kena jimat-jimat, manalah tahu nanti nak pergi obesi ke kan, kena ambil cuti lama pulak, hahahaha.. berangan! Tu tak pa, hari ni clock-in lambat 8 minit. Puncanya, ada lori rosak di laluan utama masuk ke Lebuhraya Perling. Di persimpangan bertingkat menghala ke Skudai, juga sesak disebabkan insiden langgar belakang. Eh, nak turun jejambat pun sesak juga pasaipa tataw. Depan Plaza Angsana pun sesak tak bergerak, pelik.. pelik! Rasa nak patah balik rumah qadha' tidur, hahaha.
Hari pertama di Ipoh, sebelum daftar masuk Hotel Impiana Ipoh, kami terlebih dahulu singgah ke Ah Mat Cafe milik anak Allahyarham Mamat Khalid yang terletak di Taman Jubilee. Tapi, sebenarnya, sebelum tu pun, kami singgah sarapan dulu di Restoran New Hollywood. Tak lengkap la kan Pak Inche kalau tak mengopi dan makan Prawn Mee di RNH setiap kali ke Ipoh.
Cari-cari tak ada pulak menu Mee Kari Kuah Laksa kegemaran Yah Kuchai, hahaha. Pengikut filem dan telemovie Allahyarham pasti kenal siapa Yah Kuchai.
Dalam menu yang ni, hanya ditulis Mee Kari.
Pak Inche dah mula buka laptop. Macam tu la, kalau bercuti di hari kerja.
Di dinding tergantung poster filem-filem arahan Allahyarham.
Cafe ini beroperasi di sebuah bangunan kedai lama di Jalan Che Tak, tak jauh sangat pun dari pusat bandaraya Ipoh.
Bahagian dapur nampaknya telah direnovasi.
Sk pesan Lempeng Kelapa (RM4) dan Iman pesan nugget (RM7). Tadi dorang dua beranak ni dah makan berat di RNH. Sk makan ringan-ringan aje (tipu).
Sedap betul lempeng kelapa dia.. mengingatkan lempeng kelapa yang ibu Sk selalu buat untuk makan malam dolu-dolu. Tapi, masa kecik-kecik dulu, Sk tak suka Lempeng Kelapa, hahaha. Satu set lempeng ada tiga keping dihidangkan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis yang sedap. Sk makan sekeping jer sebab....
Sk pesan Lontong jugak, hahaha.. Dalam menu ada dua pilihan iaitu sama ada di makan dengan Lodeh atau Serunding Jawa. Sk pilih makan dengan lodeh. Tapi, jika ikutkan, memang beginilah rupa lontong, iaitu hidangan nasi impit bersama kuah lodeh dan sambal tumis. Tak pasti bagaimana rupa nasi impit yang dihidang dengan Serunding Jawa di Ah Mat Cafe ni.
Adui, entah berapa banyak tukang masak campak garam dan serbuk kunyit dalam kuah lodeh. Masa bayar tu, Sk ingatkan agar lain kali jangan letak terlalu banyak serbuk kunyit dalam kuah lodeh dan kurangkan garam.. haaa.. banyak sebenarnya garam yang perlu dikurangkan. Kepekatan kuah dah cukup sempurna, tapi, memang tak boleh telan dia punya rasa garam dan serbuk kunyit tu. Harap dapat diperbaiki masakannya, sebab boleh tahan juga semangkuk tu RM7.50.
Muka ada senyum sebab kerja dah siap dan perut dah kenyang, hehehe.
AH MAT CAFE IPOH
20, Jalan Che Tak, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak
Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali Isnin
9.30 pagi hingga 7 malam
No Telefon: 012-519 9130
Jauhnyer jjcm
ReplyDeletemenarik nmpk lempeng kelapa tu..tk pernh mkn
ReplyDeleteAlamak, fail la pulak kuah lodeh tu ye...nampak sempurna dah huhu
ReplyDeleteold school nya restoran ni, boleh lah nanti kak ana singgah kalau ke Ipoh kan..
ReplyDeleteEnaril pulak lempeng buat kekecik camtu..Boleh tiru ni
ReplyDeleterasanya lontong ngn serunding tu, mungkin lontong darat kot kak.... sayang betul rupa dh cantik tapi masin sangat yek
ReplyDeleteAdui kak, nak tersedak sebut mi kari kuah laksa tu. Teringat scene dia tu. haha..Macam best juga makan kat sini. Suasana dia menarik. Menu pun banyak menu kegemaran ni. Kuah kalau masin nau dan serbuk kunyit pun banyak boleh patah selera. huhu...
ReplyDeletetukang masak tu nak kawen kot masak masin sangat..janji lempeng kelapa sedap ye SK..
ReplyDelete