BUBU HILANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

PAGI tadi, masa nak bagi makan anabul kat dapur, Sk perasan Bubu tak ada. Bubu memang selalunya tunggu 'orang lain' makan dulu barulah nanti dia akan makan. Entah, sejak dulu memang macam tu la perangainya walaupun kita dah sediakan mangkuk makanan sorang satu. Selalunya Bubu akan berdiri di atas table top sebelah bilik air tapi pagi tadi dia tak ada di situ macam selalu. Sk tengok di depan tak ada, di belakang tak ada. Eh, memang tak ada la. Sejak bela Bubu, dia mesti ada bersama masa makan walaupun dia belum nak makan.

Sk syak Bubu keluar ikut gril belakang. Bubu ni suka manjat dan jaring yang tutup gril tu dah koyak, tapi Sk cover dengan kuali besar dan gantung periuk. Mungkin ada celah yang boleh muat badannya yang kurus tu untuk meninjau keluar. Tinjau punya tinjau, jatuh ke belakang agaknya. Puas la Sk susur jalan belakang ni beberapa kali termasuklah masa hujan tadi, tak nampak langsung Bubu 🥹.


Berbeza dengan adik-beradiknya, Bubu bertubuh kurus dan langsing. Nampak tinggi sebab dia kurus berbanding kakak yang seperut dengan dia yang bulat tembam. Dulu, Bubu yang bulat, tak tahu kenapa kurus padahal adik-beradik lain semua boleh tahan debab. Tu la agaknya dia boleh lepas keluar dari lubang tu. Hurmmm.. manalah Bubu pergi 🥹🥹🥹.

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas pesawat ringan di Elmina petang semalam. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terbabit dalam kemalangan tersebut, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Apa perkembangan cerita Bubu?
    Dah balik rumah belum?
    Sedihnya tragedi pesawat terhempas. Moga semua ahli keluarha mangsa tabah menghadapi ujian getir ini.

    ReplyDelete
  2. kurusnya bubu ..smoga balik semula la ke rumah.....sedih tgk brita nahas smlm..smoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  3. semoga Bubu kembali ke rumah...sedih tgk video2 pesawat terhempas & ahli2 keluarga mangsa...semoga mereka tabah...anak2 masih kecil lagi...

    ReplyDelete
  4. Allah, susah hatinya bila anak bulus hilang :(
    Hanya mampu berdoa utk mangsa dan keluarga mereka. Berat ujian Allah bagi, mudah-mudahan ada hikmah yg besar menanti aamin 🤲

    ReplyDelete
  5. Kemanakah bubu pergi. Dah dijumpai ke belum? Harap bubu baik baik je dan jumpa jalan pulang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!