NASI LEMAK TELUR VS NASI LEMAK AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

DALAM perjalanan ke Ipoh hari tu, kami singgah ke R&R Machap. Pak Inche kata, belum makan nasi, sebabnya paginya beliau dah sarapan dua bungkus nasi lemak daun pisang dan masih kenyang lagi tengaharinya. Kerja Pak Inche ni makin petang makin sibuk jadi teruslah tak sempat nak makan. Teringat di Machap ada stall yang menyajikan menu nasi dengan kari kambing, rupanya dah tak ada la stall tu, tapi aunty tu masih ada, cuma dah tak jual lagi menu kari kambing.


Kami ke gerai sebelahnya. Tak ada pilihan, Pak Inche makan nasi lemak, haha. Pagi nasi lemak, malam nasi lemak. Sk kalau dah nampak mee goreng, memang tak pandang lain la. Sk angkat pinggan nasi lemak dan mee goreng ke meja di hadapan kedai sementara Pak Inche membayar. Sementara itu, minta Iman pergi belikan minuman di stall sebelah stall aunty yang dulu jual kari kambing tu.

Nasi lemak dengan mee goreng dah RM10, Pak Inche merungut sambil menggeleng kepala. Pehhh.. mahalnya makan di R&R. Sebab tu tak suka makan dekat R&R, rungut Pak Inche lagi. Sk tanya, mana resit? Pak Inche kata, budak tu tak bagi. Sk suruh Pak Inche bangun mintak resit. Pak Inche bangun pergi semula ke stall tu, kemudian dia datang semula bawa resit. Sk tengok dakwat pada resit dah pudar. Tapi masih nampak lagi total harganya RM10. Hurmm.. mahalnya, nasi lemak telur dengan mee goreng kosong RM10.


Kemudian, Iman datang bawa dua mug nescafe panas dan teh o ais berserta sekotak Tauhu Bergedil. Semua sekali RM14, sambil tunjuk resit. Kami cerita pada Iman, kami kena RM10 untuk sepinggan nasi lemak telur dan mee goreng kosong. Iman kata, mahalnya! Iman duduk mengadap stall dan menelek tanda harga yang dipamerkan di papan tanda stall.

Tengok resit! Minta Iman tiba-tiba.


Haaa.. patutlah.. sini tulis nasi lemak ayam! Sk dan Pak Inche, dua-dua rabun tak pakai cermin mata, memang tak boleh nak baca nama makanan tu kecuali nampak total yang di'bold'.
Pak Inche pulak dah habis makan, apa bukti dia makan telur bukan ayam?? Hahahah.. nasib teringat tadi ada ambil gambar sebelum makan. Sk terus bawa resit dan tunjukkan gambar makanan kami kepada staf stall tersebut. Menggigil-gigil eh dia nak bagi resit baru. Dahlah yang mula-mula tadi tak bagi resit, geram betul! Ni bukan pasal nak berkira RM2, tapi hak kita sebagai pembeli.


Iman dok menatap menu dan harga di depan ni la sambil berfikir-fikir. Nasi lemak telur RM4. Mee goreng pulak tak ada harga kat situ. Takkanlah mee goreng kosong RM6, tu yang dia nak tengok resit. Tu yang dia nampak kat resit tu tulis nasi lemak ayam padahal sepatutnya nasi lemak telur, hahahaha. Tapi kan, mee goreng dia sedapppppp 😋😋😋.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib baik Iman alert tengok balik resit. Memang tak masuk akal harga tu. Agaknya berapa ramai la pelanggan yang dah terkena hari tu.

    ReplyDelete
  2. Mujur Iman perasan...
    Tapi diakui, harga f&b di rnr boleh tahan mahalnya. Ada tu tak sepadan dgn rasa dan kualitinya :(

    ReplyDelete
  3. Bagus Iman, alert.. Betul SK bukan sebab berkira tapi sebab hak..

    ReplyDelete
  4. mujur ada iman yg perasan kan, kalau harap emak dan ayahnya memang selamat la ehehhehe. Kadang kita tak berkira harga cuma bila melampau sgt mahal kita pun pelik jugak, lainla akak oder mee goreng mamak boh ayam kan kalu nak mahal pun,

    ReplyDelete
  5. saya mmg suka belek resit..sbb kdg2 slh caj...bkn berkira tp kita sbg pengguna kena tau hak kan

    ReplyDelete
  6. Adoii..Ni kira dia surh eramkan telur tu jadi ayam dulu ke acaner?🤣
    Apapun tu la kan...kita dah la makin rabun jenuh nak kena belekmresit dulu sblm makan

    ReplyDelete
  7. Mmenggigil ye tangan staff stall tu.
    Tahniah Iman. Tenang saja Iman kan.

    ReplyDelete
  8. nasib mee goreng sedap... kalau x sedap dia caj pulak mahal mmg mendapat la.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Bagus kan amek gambo sebelum makan..Haha..Tapi kena check ngn resit lah..Kalau tak amek resit Dan terus makan aje..Tak memasak kena gula gula gitu je 😅 Ok, kalau pergi kedai tu area sana, kena berhati hati gak ni..huhu... Mark sesiap✅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!