Assalamualaikum WBT
PAGI Sabtu ni merajinkan diri untuk bersiap dan bersarapan di luar. Dah lama aim nak sarapan di Kopi & Mentega yang terletak di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, berhampiran dengan Nasi Kerabu Usop.
Ia terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Ulu Pulai dengan Pekan Nanas. Kiranya bersempadan antara daerah Johor Bahru dan Pontian. Boleh masukkan dalam aplikasi waze, Kopi & Mentega.
Sebaik sahaja duduk, kami diberikan sebuah buku menu dan sehelai kertas pesanan.
Menunya kurang pelbagai. Walaupun terletak dalam kawasan kampung tapi tiada menu sarapan ala kampung seperti ubi rebus atau lempeng.
Kertas pesanan perlu dihantar sendiri ke kaunter di hadapan manakala bayaran dibuat selepas selesai makan.
Jika tiada meja kosong, boleh beratur di hadapan. Staf akan panggil bila sudah ada meja tersedia. Restoran terbuka ini tidak menawarkan kapasiti yang banyak.
Walaupun begitu, banyak meja batu taman dengan payung diletakkan di luar kedai. Namun, saiznya mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak. Sakit pinggang dan lenguh lutut bertenggek di bangku batu ni ditambah lagi pesanan agak lambat dihidang ke meja.
Mee Rebus untuk Pak Inche sampai dulu ke meja. Tengok muka Pak Inche boleh agak tentu rasa Mee Rebus tidak mengecewakan. Meh, rasa sikit, pinta Sk. Hurmmm.. ternyata memang sedap mee rebusnya, tapi ini bukan rasa mee rebus. Kuahnya lebih mirip pada rasa Mee Bandung.
Roti di sini dibakar dengan menggunakan kayu arang. Memang berbeza kerangupan roti dibakar menggunakan kaedah kayu arang berbanding menggunakan pembakar roti elektrik.
Roti Telur Goyang untuk Sk, Roti Bakar dan Telur Separuh Masak untuk Pak Inche. Signature Kopi di sini adalah Kopi Mentega iaitu kopi yang diletakkan mentega. Sk kurang pasti sama ada mereka meletakkan mentega. Tapi, dari video yang Sk pernah tonton, mereka meletakkan lepa susu (buttercup).
Selain itu, Kopi & Mentega turut menawarkan Asam Pedas Ayam Kampung. Haaa.. kalau nak makan Asam Pedas Ayam Kampung ni kena roger awal-awal la ya.
Eh eh.. bila baca bil ni, baru perasan, masa bayar tadi dapat diskaun 50 sen rupanya. Biasalah, lepas dapat bil terus simpan masuk beg. Tu yang bila kemas beg, banyak jumpa resit-resit, hahahaha.
Berlemak rasa kopi.
ReplyDeleteJauh jalan cari sarapan.
Kalau tak silap, dalam proses membuat kopi memang sedia dicampur dengan mentega.
ReplyDeleteBetul
DeleteTeringin pulak Asam Pedas Ayam Kampung 😃
ReplyDeleteNamaknsedap roti bakar tu SK..SA plak kalau pesan telur separuh masak, x nak diorang pecahkan..x puas rasanya kalau x buat sendiri
ReplyDeleteEhhh..nak cari la sarapan macam.ni nanti..