MAKAN IKAN BAKAR D'RUBY TAPAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SAMBUNG lagi kisah Bercuti ke Ipoh.. entah berapa bahagian dah ceritanya tak habis-habis. Hurmmm.. tu baru jjcm ke Ipoh, belum lagi pergi luar negara. Agaknya kalau ke luar negara, mahu jadi bersiri 70 episod agaknya 😆.

Lepas daftar keluar dari Impiana Hotel Ipoh, kami meneruskan perjalanan ke selatan mengikut jalan lama. Rancangannya nak makan Ikan Bakar di Tapah. Ngam waktu makan tengahari, pelanggan datang berpusu-pusu, hahaha. Nampak ramai yang mungkin baru turun dari Bukit Cameron.

Kali ini, kedua-dua buah gerai dibuka. Terubat kecewa sebab hari tu pergi kan lauknya dah habis sampai kami makan di Mee Rebus Tapah tu. Pak Inche pilih Gerai D'Ruby, gerai yang sama kami dapat makan percuma Datuk Sara belanja, boleh baca ceritanya DI SINI.


Dua beranak ni nak ikan pari bakar sorang satu, tak nak kongsi 😆.


Sk ambil Pucuk Paku Masak Lemak, kuah lemaknya tak nak ambil, nanti kacau rasa ikan bakar cicah air asam. Gerai D'Ruby ni merupakan gerai kekal Majlis Daerah. Ada dua gerai ikan bakar di sini dan sebuah gerai menjual nasi ayam. Juga ada gerai buah dan gerai goreng pisang yang kecil. Surau dan tandas juga disediakan di sini bagi memudahkan pelanggan.


Semua sekali RM77.50.
Hurmmm.. tak ada pulak datuk mana-mana datang belanja hari ni, terpaksalah bayar sendiri.

🤣

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mesti sedap sangat ni sampai taknak kongsi ikan pari tu. Ikan bakar cicah air asam memang mabeles 🤭

    ReplyDelete
  2. Ikan bakar kuah asam memang sedap lah. hihi..ikan pari bakar taknak kongsi. Sebab tak puas makan share kan.

    ReplyDelete
  3. mesti sedap ni sampai x nak share..dapnya..SA memang tgh craving ikan bakar..tapi bukan yang sendiri masak..nak orang lain masak...

    ReplyDelete
  4. ikan pari fav husband...saya kalau bakar suka ikan keli...nk sorang satu tu tknk kongsi nanti tk cukup hehe

    ReplyDelete
  5. Ikan tu nampak menyelerakan. Nak nak dibakar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!