PESAN KFC DI IPOH GUNA GRABFOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SAMBUNG cerita Jalan-Jalan ke Ipoh tuari.

Hurmmm.. rasanya sejak dah memasuki usia remaja purba ni, setiap kali bercuti ke mana-mana dah tak larat lagi nak keluar untuk makan malam. Selalunya tapau makan malam siap-siap sebelum balik ke hotel atau buat pesanan dalam talian dan guna khidmat penghantaran. Begitu jugaklah malam kedua di Ipoh. Plan asal nak makan di Medan Selera dekat dengan dataran Ipoh tu tapi hujan, kan. Kita buka grabfood la tengok apa yang ado!


Sekian lama eh Sk tak buat pesanan guna grabfood ni. Iman kan keluar dengan kawan dia, Shaf, jadinya terpaksalah Sk godeh sendiri, hahah. Nasib baiklah otak ni belum beku lagi, lepas scrol atas bawah atas bawah, pesan kfc la.. lagipun dah berapa kali Pak Inche nak makan kfc tapi asyik tertukar dengan mcd la, a&w la. Kfc sampai hampir waktu maghrib.


Sk pilih set combo 5 ketul ayam mix original dan spicy, semangkuk coleslaw (L) dan semangkuk whipped potato (L). Dalam set ni juga ada dua gelas soft drinks. Jumlah harga dalam RM48 termasuk penghantaran.


Lepas maghrib baru makan. Hidang elok-elok ni bukan saja pasal nak ambil gambar tapi sebab dah terbiasa. Makan mesti nak kena susun kemas-kemas.


Mula risau tak cukup sos cili sebab lupa nak note kat pesanan tu. Sekali haaa kauuu.. melambak sos cili dia bagi, tak kedekut langsung ya. Tapi tu la, lupa pulak nak minta pinggan kertas, jadinya gunalah penutup coleslaw dan whipped potato tu buat pinggan, hehehehe.

Maaf laaa.. gambar malap dan suram vibe hotel 80-an 😆😆😆.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..romentik betul dinner SK ngan PI tu ha...malap2 vibe pun sure best layan KFC kan..SA pun macam lama plak x makan KFC...hahahaha

    ReplyDelete
  2. sedap jugak ni kak, nak tunggu iman balik lagi lah kelaparan kan

    ReplyDelete
  3. KFC ni kadang2 teringin juga nak makan.....

    ReplyDelete
  4. Tiap kali ke Malaysia, menu KFC yg PASTI saya pesan hanya Cheesy potato wedges 😄👍👍. Krn KFC Indonesia tak jual menu itu 😂😂😂😂. Whyyyyy, saya sampai kirim message ke KFC Indonesia menanyakan menu wedges yg saya suka sangat tuh 😄👍.

    Kalo ayam dan lainnya, saya suka tapi Krn sama saja jadi tak lah tertarik sangat. Hanya si cheesy wedges , sampai2 bila nak balik ke Indonesia, saya sengaja pilih time siang, biar bisa beli KFC wedges tadi utk bawa balik jakarta 😂

    ReplyDelete
  5. Sedap tu layan KFC dalam suasana suram & sejuk² aircond tu hehe...

    ReplyDelete
  6. Saya biasa macam tu lah kalau check in lambat mesti terus beli makanan je malas keluar. Bila hujan lagilah malas nak keluar kan. mujur jugalah ada perkhidmatan delivery. Senang kerja, order je sampai. Hidang elok elok baru mudah nak makan pun.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!