Assalamualaikum WBT
MASA ke Ipoh tuari, Pak Inche berbual dengan seorang uncle. Uncle tu beritahu, dia hari tuuu ada pergi Johor menghadiri Majlis Konvokesyen anaknya. Malam sebelum konvo, anak uncle bawa makan di restoran mamak yang sedap di Taman U. Tak ingat nama restoran tapi kat selekoh, cerita uncle ramah.
Nisha Fattah la tuuu, teka Iman. Restoran Nisha Fattah merupakan antara port makan mamak yang terkenal di kalangan mahasiswa UTM, terletak di Taman Universiti. Sebenarnya Nisha Fattah ni dikira masih baru juga, tapi selepas ia dibuka, dia cantas kebanyakan restoran mamak senior di Taman U.
Pak Inche makan tosai.. dia minta kuah kari kambing tapi dapat dengan kambing-kambingnya sekali, kenalah bayar lebih, hahaha.
Favourite Iman, Roti Bom. Iman kata, roti bom kat sini paling sedap.
Iman cerita, Roti Canai Goreng atau disebut Roti Goreng antara menu yang popular di kalangan student UTM. Dia menggesa Sk agar mencuba roti goreng. Masa buat pesanan tu, mamak tu pandang lama muka Iman, mesti dia pelik macam mana Iman tahu menu tu.
Masa mula-mula tahu pasal menu Roti Goreng ni, Sk ingatkan roti biasa tu digoreng, rupanya, roti canai yang digoreng macam Mee Mamak. Lama jugaklah nak sampai ke meja, ialah, banyak prosesnya tu.. dari roti canai ke roti goreng. Rasa dia sedap macam Kuey Teow Goreng. Tak sesuai okey kalau tengah diet, huhuhu.
tergigit cili padi hijau tu yang syok....
ReplyDeleteTerliur dibuatnya..
ReplyDeletemenarik gak menu roti goreng tu kak... nampak sodap
ReplyDeleteKari kambing tu menggoda..dah la tgh craving kari kambing
ReplyDeleteEntry ni mengundang nostalgia lepak di kedai mamak Taman U dgn kawan2 lepas habis kuliah malam. Rindu zaman belajar dulu, makan lewat malam / supper tapi badan tak gemuk2 huhu...
ReplyDelete