Assalamualaikum WBT
CERITA Ipoh belum habis lagi la.. meh kita sambung 😍
SELEPAS makan tengahari di Dapoor CMK Lekir, sebelum balik ke Impiana Hotel Ipoh, Sk mengajak Pak Inche mengopi dahulu. Hurmm.. macam tak kenyang-kenyang ek. Sebenarnya bukan tak kenyang dan bukan jugak lapar, saja nak menghabiskan duit, hahahaha.
Sk buat carian kopitiam Ipoh di grup facebook Makan-Makan Ipoh, yang keluar semua kopitiam di JB. Facebook sekarang macam dah tak up-to-date tau. Kadang posting rakan kita cuma nampak yang dah dua tiga hari. Kemudian nampak lalu Greentown Dimsum Cafe ni, Sk fikir mungkin ada jugak roti bakar di sini, tapi nan hado. Pak Inche kata, okey jer tak ada roti bakar.
Pak Inche mengopi, Sk mengeteh. Di Greentown Dimsum Cafe ni, sistem pesanan secara manual. Mereka berikan buku menu dan kertas pesanan, kita catit sendiri menu pilihan dalam kertas pesanan tu kemudian panggil waiter dan serahkan kertas pesanan kita. Lepas habis makan, baru buat bayaran di kaunter.
Suka sangatlah nampak ada menu Fried Radish Cake atau Kek Lobak Putih Goreng.
Konsepnya di sini adalah berkongsi makanan. Setiap meja akan diberikan pinggan dan sudu garfu mengikut bilangan orang yang duduk di meja. Kemahen Pak Inche makan popiah pun dah macam makan steak ko 🤣🤣🤣.
Alahai, popiah hangus pun bagi jugak ke pelanggan. Kalau Sk ni jenis banyak cekadak, memang mintak ganti popiah lain. Sk rasa, ni popiah sejuk beku (frozen) dan melekat sesama sendiri. Bila nak dipisahkan, kulitnya pecah dan cepat hangus bila digoreng. Mujurlah Sk ni tinggi jugak tahap kesabarannya 😆😆😆.
Fried Radish Cake ni betul-betul menepati selera Sk. Selalu nampak peniaga cina jual di pasar malam, memang tak bolehlah nak beli. Pernah makan di Restoran Budak Siew Mai tapi macam kureng sedap. Sk pernah makan di Canning Dimsum Ipoh, yang tu sedap juga tapi situ selalu full house dan carpark berdekatan pun penuh jugak memanjang.
Kawasan parkir di sini lebih luas. Sedang enak menjamu selera, hujan turun lebat. Mujurlah kami duduk di dalam restoran.
Hurmmm... Kalau tak singgah sini, selamat duit doploh lima hengget!
🤣🤣🤣🤣🤣
pernah makan fried radish cake...sedap...
ReplyDeletesaya selalu beli domsum frozen aje. sbb takde geng nak makan dim sum
ReplyDeleteTerus teringin..masuk wishlist travel ipoh nanti..
ReplyDeleteMakanan di sini sedap-sedap!
ReplyDeleteHendak ulang datang makan sutau hari nanti. Mudah-mudahan ada rezeki singgah makan di Ipoh.