Assalamualaikum WBT
SEMALAM.. Pak Inche bertugas di Media Prima Berhad @ TV3 Bandar Utama bagi membawa client beliau iaitu Tourism Johor dalam segmen Malaysia Hari Ini yang membicarakan mengenai pengisian program Majestic Johor Festival 2023 yang akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 3 September 2023 bertempat di Puteri Habour, Iskandar Puteri, Johor. Kebetulan pulak, semalam juga merupakan Hari Cuti Kelepasan Am bagi negeri Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, jadi Sk dan Iman pun mengendeng la nak ikut. Tak sampai hati pulak nak biar Pak Inche pergi sorang-sorang, hehehehe.
Selalunya, jika ada tugasan di KL, Pak Inche diberi penginapan percuma di Cititel Kuala Lumpur tapi memandangkan kali ni Pak Inche tak nak kelam kabut, beliau sanggup tempah dan bayar sendiri hotel lain yang berhampiran. Begitulah Pak Inche yang komited dengan kerja. Avante Hotel ni cuma berdepan sahaja dengan Sri Pentas, dalam 300 langkah jer la gitu, perlu seberang jalan menggunakan jejantas.
Daftar masuk hampir jam 11 malam sebab hari selasa tu kami masih kerja lagi. Luas sungguh lobi Hotel Avante ni dan tersangatlah cantiknya.
dpt rate government jimat...kwn aritu stay sini sbb dia connecting dgn 1utama mudah la nk ke mall
ReplyDeleteIman x merajuk kan bonda x beli barbie plussize tu..hehehe...lamanya SA x pi One Utama..last 2019 kot masa masih ngan bopren lama...SA suka sarapan kat hotel..paling suka kat Sunway Putra Mall, nasi lemak dia sedap..
ReplyDeleteDah agak, skrol2 mesti jumpa gambar bilik air
ReplyDeletesedapnya breakfast. tetiba rasa teringin nak breakfast kat hotel..hahaha
ReplyDeletesenang kalau hotel dkt dgn tempat kerja, tak kalut dgn 'jem'....bilik besar & selesa..
ReplyDeletemenarik hotelnya memang nampak luas betul,sian ada org ngajuk tak kuar mkn nasi lemak,. Dah ngape akak tak kuar berdua je ngn iman? Jenjalan je kt one utama tu tak beli apa ek kak? kuat iman betul akak tau.
ReplyDeletePuas hati menginap di Avanta Hotel.
ReplyDeleteMemang special betul welcomenya tu SK.