Assalamualaikum WBT
SABTU lepas, SK sekeluarga memenuhi jemputan dari dua pupu (ke tiga pupu??). Kakak saudara yang Sk panggil Kak Ana menjemput kami anak beranak meraikan Majlis Bersanding dan Sambut Menantu anaknda beliau, Danish Iman dan pasangannya Siti Nur Hidayah.
Sepanjang jalan, cuaca agak mendung. Sampai di kawasan taman rumah pengantin, hujan sudah mula turun rintik-rintik. Sampai rumah pengantin masih hujan, pasti kebasahan jika tidak berpayung. Sk berjanji dengan Angah, akan jumpa di rumah pengantin saja tapi masa kami sampai, Angah belum sampai. Angah datang dengan Indah, ibu dan Cikwa. Jadi, kami ambil makanan dulu, la. Ada nasi beriani dan nasi putih. Lauk-pauknya, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalcha dan Acar Rampai serta ada Sambal Goreng Pengantin. Ada kuih Kole Kacang, Sk ambil dua potong. Selain itu, ada Bubur Pulut Hitam, minuman Sirap Sejuk dan Teh O Panas.
Datang betul-betul waktu makan tengahari, jemputan memang tengah ramai, la. Nampak ada sebuah meja enam kerusi diletakkan dalam sebuah khemah kecil berasingan dari khemah panjang. Kami tiga beranak berkongsi meja dengan jemputan berbangsa cina, tiga beranak juga, hihi. Sedang menjamu selera, Iman mencuit, tunjuk Cikwa baru sampai dengan nenek. Rupanya, Angah salah set nombor jalan dalam waze.. tu yang sesat barat, mujur tak jauh sesatnya.
Lepas makan, kami join duduk sekali kat meja dorang. Masa tu, Sk ditegur oleh seorang jemputan, rupa-rupanya pelajar Sk semasa berkhidmat di sebuah kolej lebih 20 tahun lepas! Boleh pulak terjejak kasih di majlis Danish dan Hidayah ni. Mereka ni kenalan kepada adik mak pengantin dan hubungan mereka memang rapat jugaklah. Tu takpa, Iman pulak terserempak dengan kawan sekolah menengah yang agak rapat jugak hubungannya dengan Iman, Dina namanya. Dina pulak, sepupu pengantin perempuan. Masa salam Mak Dina, Mak Dina kata, dah sedaralah kita ya, hihi. Iman tanya, dia sekarang dengan Dina dah kira bau-bau bacang ke? Hahahaha.
Di sebelah Sk tu la bekas pelajar Sk, Saiful namanya. Yang tudung merah jambu tu, isteri Saiful, Raha. Dorang ni bercinta dari zaman belajar, kuat jodoh mereka berdua ni, dah anak tiga.
Sebenarnya, masa tengah makan tu Sk dah terperasan Raha yang sedang mengambil makanan. Macam kenal, tapi di mana? Macam kawan sekolah, tapi macam bukan. Lepas Saiful tegur tu la baru teringat, lahhhhh.. dorang ni yang couple masa zaman kolej dulu. Raha tu kursus lain, tapi sebab zaman tu banyak aktiviti kolej, tu agaknya terberkenalan dan terberkenan dan setia hingga ke akhirnya, insyaAllah. Yang tudung biru kiri kanan tu la dua pupu Sk. Arwah atuk mereka yang kami panggil Tok Itam merupakan bapa saudara arwah abah. Ni dulu, kalau kami datang rumah mereka, selalu mengendap dari celah langsir pintu bilik, kelakar!
Bergambar dengan mak dan nenek pengantin lelaki. Muka nenek pengantin dah sama betul dengan rupa arwah Tok Itam (perempuan). Oh, dua-dua atok lelaki dan perempuan kami panggil Tok Itam. Dulu masa kecik-kecik, Sk selalu pelik kenapa panggil Itam sedangkan kulit mereka kemahenlah putih melepak ya, hahahahaha.
Bila ke majlis walimatulurus ni paling best jejak kasih la kan...sebab tu la Pak Zain nak majlis SA kat rumah, x nak kat dewan sebab nak sedara mara berkumpul macam ni..yang lama x jumpa boleh jumpa kembali...
ReplyDeleterezeki dpt berjejak kasih... seronok kan dah la lama x jumpa
ReplyDeleteTahniah buat kedua mempelai dan keluarganya
ReplyDeleteMemang jejak kasih sungguh ni SK.
ReplyDeleteEh, tenggelam pula nasi beriani dikelilingi lauk-pauk!
anak murid x lupa gurunya...seronok berkumpul sanak-saudara di majlis kenduri..
ReplyDelete