Assalamualaikum WBT
AKHIRNYA dapat jugak masak Udang Lemak Cili Api semalam petang untuk makan malam tadi. Udang 15 ekor besar tapak tangan budak, baru lagi Pak Inche beli hari ahad di Pasar Tani. Tapi, taklah Sk masak semua sekali, 8 ekor simpan untuk masak sambal tumis pulak. Barulah adil, hehehe.
Udang Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
6 ekor udang besar
1 ketul kunyit hidup besar ibu jari
15 tangkai cili api hijau
1 batang serai diketuk
1 kotak santan
1 cawan air
2 asam keping
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Cara memasak :
1. Tumbuk kunyit hidup bersama cili api hingga lumat, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai dan sedikit air. Buka api dan didihkan seketika sehingga cili masak.
2. Tambahkan lagi air, masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. (Air letak secukupnya sahaja)
3. Masukkan santan, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan udang, kacau kuah perlahan. Tambah sedikit garam jika perlu.
5. Masak udang anggaran 5 - 6 minit sahaja, tutup api.
Udang kalau kat rumah SA kureng laku, SA sorang je makan...kalau dania makan pulak kena kopekkan kulitnya baru dia makan...
ReplyDeleteUdang ni semua dah gunting kulit atas tu, dah mudah nak kopek. Dalam rumah ni semua hantu udang, hehehe. Kalau ikan pulak yg tak berapa laku.
DeleteSaya nak bubuh kuah udang masak lemak cili api bagi banjir atas pinggan nasi!
ReplyDeletesedapnya..seafood kalau masak lemak mmg manis je rasa kuahnya....lemak manis ala amboi-amboi....tengahari tadi makan nasi putih kuah ketam masak lemak...kasi banjir...best...
ReplyDeleteDapat juga udang masak lemak ambil port di dapur. Okaylah tu Iman boleh bantu masak lauk mudah mudah gini.
ReplyDelete