NASI LEMAK SAMBAL PARU BEKALAN HARI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, ada permintaan nak makan Nasi Lemak untuk makan malam. Permintaan siapa lagi kalau bukan Raja Nasi Lemak, Pak Inche la tuuuu.


Balik kerja, di tangan Pak Inche jarang tak berbuah. Pak Inche singgah Gerai Nasi Lemak Berlauk beli Paru Sambal dan Ayam Goreng Berempah. Iman pulak tukang belikan timun di kedai Acheh


Paru Sambal yang sangat sedap. Semangkuk ni RM5.


Ayam Goreng Berempah potong kecik dua ketul, seketul RM3. 


Iman tukang lenggang telur.


Untuk diri sendiri, Iman goreng telur sebiji. Iman tak makan kuning telur cair.


Pinggan Sk, Sk kurang gemar makan nasi lemak dengan ayam goreng. Nasi lemak cukup aksesorinya, ada kacang, ikan bilis, timun dan telur.


Nasi Lemak Sambal Paru. Berbaki sepinggan lagi nasi dan sedikit paru sambal. Sk buat bekal sarapan pagi ini.


Ikan bilis dan kacang bawa asing, hehehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama dah tak enjoy makan nasik lemak sebab time mengandung ni tak suka sambal 🥲 sabar sikit je lagi lepas pantang can enjoy food taste.

    ReplyDelete
  2. Pagi sejuk gini tengok bekalan nasi lemak Sk tu memang menggugat rasa 😋
    Iman sama macam suami saya, tak makan kuning telur cair.

    ReplyDelete
  3. nasi lemak lauk paru mmg fav ...nk plak smlm masak sambal paru....yummm

    ReplyDelete
  4. sedapnya... sy mlm ni br plan nk masak nasi lemak... sambal dh buat dh.. tp lauk ayam goreng je la kot

    ReplyDelete
  5. tadi tnegahri terfikir nak buat sambal sotong kembang..pas tu terfikir kalau buat nasi lemak pun best kan..pas tu terfikir goreng kacang, ikan bilis, timun jepun...ermmmm dapnyaaaaa

    ReplyDelete
  6. Iman memang pakar betul melenggang telur. Cantik betul kejadiannya!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!