MASAKAN DI HARI JUMAAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

TERSEDAR awal pagi tadi semasa hujan turun menderu-deru. Syukurlah hujan lebat tak disertai ribut petir. Masa bangun pagi, teringat si Bubu. Entah ada entahkan tiada, dah lebih tiga hari hilang 🥹. Tulah Bubu, bonda selalu pesan, jangan memanjat.. jangan memanjat, degil!!!

Teringat Si Ponti dan Cik Lang dulu, dua kali jugak terkeluar/ jatuh dari atas tembok belakang tu.. tapi dia tak pergi mana-mana. Tunggu jer kat tepi tembok tu sampai diselamatkan. Yang si Bubu tu, mesti merayap, hurmmm..


Dalam pada hilang Bubu hari Jumaat tu, perut tetap perlu diisi. Hujung bulan kan, malas la nak keluar jalan-jalan, hahahaha. Tengahari tu, Sk masak Telur Masak Lemak dan goreng ikan pekasam.


Cikwa bagi dua bungkus ikan pekasam yang dibelinya semasa bertugas luar kawasan di Gerik, Perak. Sebungkus tu mungkin ikan lampam dan yang Sk goreng ni ikan sepat. 

Sk cerita dengan Iman, dulu-dulu, ada satu drama lakonan Linda Rafar masa beliau remaja. Kisahnya, Linda Rafar ni balik kampung nenek dia dan tinggal kat sana sementara cuti sekolah (kot). Satu hari, nenek dia goreng ikan pekasam, suka sangat dia makan, sekali... tertulang. Terus ayah dia datang ambil bawa balik KL dan marah sangat dengan emaknya yang bagi cucu makan ikan pekasam. Sedih sangat babak tu. Neneknya lakonan Noraini Hashim, ayahnya Sk lupa la siapa pelakonnya.

Hurmmm.. tragisnya, tengah Sk makan ikan pekasam tu, tulangnya tersengkang kat gigi geraham. Nasib baik lah boleh keluar, Iman dah cuak dah. Mujurlah bukan Pak Inche yang tersengkang tulang, yang tu drama harus lebih 🤣.


Malamnya, masak Sambal Daging pulak atas permintaan Pak Inche. Daging tu daging 5 kilo yang beli nak buat rendang masa raya puasa. Sk simpan dua bekas anggaran setengah kilo setiap bekas. Ambil sebekas masak sambal daging ni. Biasalah kan, tak sambal, kari; tak kari sambal 😆.


Selain Sambal Daging, buat Sotong Goreng Tepung Bestari. Sotong tu gaul dengan tepung goreng serbaguna jenama bestari jer. Tips semasa menggoreng, kena pastikan minyak betul-betul panas, kemudian goreng sotong tu sekeping-sekeping. Lepas angkat dari kuali, masukkan dalam tapis untuk toskan minyak. Kena banyak bersabar kalau nak dapat hasil gorengan yang cantik tak berminyak atau lembik tepungnya.. gituhhhh!

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...sedapnya ikan pekasam..SA ada jer stok ikan pekasam kat dalam fridge...cuma x rajin plak nak goreng sebab SA ngan adik ipar je yang makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak mahu goreng sebab takut periuk nasi bocorrrr 🤣🤣🤣

      Delete
  2. sy pun masih ingat lg cerita tu kak... rasanya masa tu sy darjah 5-6 mcm tu... hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya ikan pekasam...last mkn ikan pekasam ada opismate dr kedah bg

    ReplyDelete
  4. PH pun ingat cerita tu...
    Gerik mmg terkenal dgn ikan pekasa. Ada satu ikan special ikan loma nama dia. Sedap bila dibuat pekasam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya yg sebungkus lagi tu ikan loma la kot, PH. Dorg tak letak label, kita ingat lampam tapi panjang ikannya.

      Delete
  5. Menu kita harini Kak ikan pekasam.. tak sabar nak makan buka puasa kang.. terliur bau dah ni.. kejap lagi nak tido, hujan sejuk ni syokkkk

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu akak tu.. macam2 ada lak tu

    ReplyDelete
  7. Kalau ikan saya tak terlalu suka, tapi melihat cumi goreng tepungnya teringin masak cumi pula esok pagi 😄👍. Sama lah kak, saya pun kalo masak cumi tepung, pasti pakai tepung instan yg khusus untuk gorengan, biar crunchy pas jadi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ikan pekasam goreng dengan bawang dan cili api. Sedihlah pulak cerita Linda Rafar. Kalau Pak Inche tersekat tulang, drama bersambung sambung nanti. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!