Assalamualaikum WBT
MASAK Sambal Tumis Ayam sehari selepas balik dari Ipoh. Boleh dikatakan sekarang hampir setiap malam, makan di rumah kecuali jika tiada Siaran Langsung liga bola sepak Malaysia. Sebagai penulis sukan Pak Inche perlu mengikuti setiap perlawanan. Kena peka pasukan yang akan pergi ke peringkat seterusnya.
Suruh Iman rendamkan ayam tiga jam sebelum Sk balik kerja. Nanti sampai rumah ayam dah lembut dan boleh diperap. Buka-buka bekas ayam tu, tengok ada lima ketul ayam hampir semuanya bahagian isi. Sk potong kecik-kecik, lumur garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng. Apabila ayam separuh masak, Sk tolak ayam tepi kuali dan masukkan pes cili dan bawang 3 sudu besar dan terus tumis dan dan tu jugak. Saja nak tengok macam mana pergi dia masak cara macam ni. Bila tumisan dah mula terbit minyak, Sk gaulkan semula ayam dalam sambal dan masukkan garam, gula serta pes asam jawa. Biar merenih hingga ayam masak.
Selalu jika ada Ayam Sambal kena ada ayam goreng jugak tapi kali ni buat Udang Goreng. Udang kopek kulit siap-siap cuma tinggalkan bahagian ekor dengan kepala supaya tak hilang manisnya. Kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Cili padi hijau dah ilek, ada cili padi merah bangladesh frozen malas nak keluarkan, lagipun bukan dorang makan 🤣. Jadilah goreng udang alat-alat dengan bawang, hahaha, yang penting rakyat dalam rumah kenyanggg.
Kitakan ada beli udang kan...rasa macam nak masak cenggini la...nampak sedap tu ha..tapi leps tu confim x jadi lauk..leka ratah udang je
ReplyDeleteSedap nampak sambal ayam tu. Err udang tu kalau rumah LM masak gini jadi habuan diorang meratah Je la. Bahaya
ReplyDeletewalaupun simple gini tetap bolehbertambah makan
ReplyDeleteBetul, kalau buang semua kulit hilang manis!
ReplyDeleteTerlihat sangat lezat. Salam singgah dari Indonesia
ReplyDeleteDapnyaaaa.... Kalau saya kena ada hidangan sayur baru rasa lengkap hehe
ReplyDeleteBoleh pergi jauh tak lauk tu Mak Inche? Pak Inche orang kuat bola rupanya. Betul tu, janji rakyat dalam rumah kenyang.
ReplyDelete