Assalamualaikum WBT
BANDARAYA Johor Bahru sesak teruk dengan kenderaan sepanjang hari semalam gara-gara insiden lori simen terbalik jam 4 pagi di lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Masjid Kempas. Sk turut terperangkap dalam kesesakan tersebut sebaik sahaja keluar plaza tol. Mulanya ingat cuma sesak luar biasa menghala ke Pasir Gudang seperti selalu, eh, tapi rasa luar biasa pulak bila mana menuruni jejambat menghala ke Tampoi juga tak bergerak. Ramai yang dah tahu awal mengambil jalan alternatif turun ikut jejambat. Gedebak gedebuk, 8.20 pagi baru sampai kolej! Sk tengok di Tik Tok, ada yang dua jam baru sampai tempat kerja, huwa huwa huwa.
Masak Kari Daging Jumaat lepas sebelum keluar pergi makan Nasi Kerabu Cikgu Siti. Banyak stok daging dalam peti ais tapi Sk pilih masak daging korban pemberian dari staf Pejabat Menteri Besar Johor yang masih berbaki separuh kotak, Sk anggarkan dalam 500 gram beratnya. Berbanding separuh bahagian yang Sk MASAK DAGING LEMBU KORBAN sebelum ini yang banyak uratnya, daging yang separuh lagi ni tak ada urat, cuma sedikit sahaja berlemak, aaa.. tu la yang sedap, kan.
Sedang syok tumis rempah kari dalam kuali sambil hiris daging tepi sinki, Sk perasan rempah tidak nampak terbit minyaknya. Jenguk ke api, rupanya gas habis, hahaha. Tengok rekod panggilan ke kedai gas, bulan Mac lepas, aaa.. memang patutlah pun dah kosong gasnya. Jadi, sambunglah menumis dalam periuk noxxa. Lepas masukkan daging, setkan high pressure (HP) 25, sementara tu, kupas dan potong kentang pulak. Sk masukkan kentang dan set HP 3, kemudian biarkan jer dalam periuk tu, dah petang balik dari Men-TAUFUFA tu, barulah tambah air, garam, asam keping semua.
Kali ni Pak Inche minta gandingkan Kari Daging dengan Ayam Goreng pulak.
Aaaaa..sedapnya bondaaa. Takleh jadi ni. Dalam peti sejuk kita pun ada daging lagi tu. Nak kene buat roti jala jugak nampaknya ni 😂
ReplyDeleteaduh sedapnya.... tak pernah buat sendiri roti jala, takde kerajinnan nak cuba
ReplyDeleteSedap tu kari daging dgn roti jala 🤤
ReplyDeletePandai menjala ni....
ReplyDeleteroti cicah kari sodap gak ni.. makan panas2 perghhh nikmat nyaaaa
ReplyDeleteWalau saya bkn peminat roti jala..Tapi bila tengok orang buat roti jala...eh macam nak menjala la jugak ..hihihihi
ReplyDeleteMemang sedap le. Nak² lagi makan time hujan macam ni.
ReplyDeleteada sekilo lagi daging korban dalam freezer. boleh la buat menu ni off day nanti.
ReplyDeleteKalau SA ni..confirm kenyang sampai ke malam..perut kita kecik je wak..memang rugi bawak pi buffet, cepat kenyang...sedapnya roti jala
ReplyDelete