PAK INCHE MASAK SIAKAP STIM LIMAU & SOTONG CHIU CHOW STYLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

HABISLAHHHH dapur bonda.. adu Iman masa Sk balik kerja semalam. Iman kata, masa bangun pagi semalam, tengok kereta vios dah tak ada. Tahulah dia, babahnya dah keluar ke pasar. Pak Inche bawa balik ikan siakap kemahen besar, hurmmm.. babah tak ukur ke saiz periuk stim bonda? Kata Iman. Petangnya, Pak Inche bertukang kat dapur tung tang tung tang sorang-sorang.


Aduyaiii.. punyalah banyak mangkuk besi kedai RM2 Sk beli untuk prep bahan masak, mangkuk portmerion jugak yang diguna. Letak sekadar di pinggiran pulak tuuuu 🥹


Dah sampai persimpangan lampu trafik terakhir sebelum sampai lorong rumah, baru nampak whatsapp Pak Inche mintak tolong singgah kedai belikan Thai Chilli Paste. Sk terus memandu sampai rumah, ajak Pak Inche ke kedai sekali. Pergi dua kedai tak jumpa langsung Thai Chilli Paste, jadi, Pak Inche kata guna yang ini jer la.. Chiu Chow Style Chilli Oil jenama Lee Kum Kee yang ada pengesahan halal.


Sotong Chiu Chow Style. Abaikan jer la comot-comot tepi pinggan tu, malas Sk nak lap, kan. Penat kerja semalam, kalau boleh rasa macam lepas mandi terus nak jadik tapak sulaiman aje 😆.

Oh ya, Chiu Chow ini merupakan Teochew Cuisine. Selain Chiu Chow, masakan ini juga dikenali dengan nama Chaoshan, Chaozhou atau masakan Teo-swa, berasal dari wilayah Chaoshan di bahagian timur Wilayah Guangdong China, yang merangkumi bandar Chaozhou, Shantou dan Jieyang. Sumber.


Baby Kailan Sotong Goreng Oyster yang pekat likat sosnya. Pak Inche ni kalau masak sayur memang rajin bancuh tepung jagung nak bagi pekat sos tu tapi dia punya kecah ya ampunnnn.


Siakap sekilo RM28, yang ni sekilo lebih sikit, RM29 seekor, boleh bayangkan tak kegemukan ikan ni. Pak Inche kata, yang ni tukang siang ikan tu ikut arahan, potong butterfly dari bawah perut ikan, tak macam yang hari tu, tak mahu ikut cakap pelanggan. 

Punyalah masam sos limau Pak Inche, apa taknya, sampai empat bijik limau dia perah. Dah tambah gula pun tetap masam lagi, yassalammmm. Masam-masam pun tetaplah licin ikannya tinggal tulang 🤣.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pencen nanti bolehlah pak encek bukak kedai makan

    ReplyDelete
  2. Wah...PI aje la ulyg masak lepas ni SK, presentation dh macam kat kedai dh tu...

    ReplyDelete
  3. sesekali babah masuk dapur...kalau berhari-hari senang la bonda balik kerja terus boleh lunjur kaki..kalau saya laki masuk dapur tak senang duduk mata asyik nak menjeling je ke dapur risau dilanda garuda

    ReplyDelete
  4. Dapat bayangkan Kak camne sepah dapo kita kalau orang lelaki masuk dapo, samalah dengan yang di rumah ni, adoiii serabut kadang lepas masak nak kemas hahahahaha tapi nampak sedap masakan Pak Inche..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!