SARAPAN LONTONG DI FOOD FASHION

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT

HARI yang sibuk semalam, jangan kata nak update blog, nak buka Tik Tok pun tak sempat ya 😆. Jadi, sebelum membizi lagi hari ni, kita cerita pendek jer la.


Dua hari ini, pagi-pagi Iman dah ikut ke pejabat. Semalam, dia perlu ke U dan pagi ini pula ke RHB Bank untuk urusan pengaktifan kad peranti siswa dan membuka akaun RHB bagi tujuan PTPTN. Ikut Sk tu, sebab nak pakai kereta. Pitam la kalau nak naik grab dari rumah, hahaha. Semalam, kerana Sk sibuk dengan pelajar baharu yang mendaftar ke asrama, kami cuma tapau makanan kantin Kak Sabariah. Hari ini, Sk nak makan kat kedai la.. teringin nak makan Lontong, hehehe.



Pada mulanya nak sarapan di Dapur Tokma, kemudian teringat pulak hari ni isnin, Dapur Tokma tutup. Teringat Mom's Kitchen di Kampung Melayu atau kedai pajak (gelaran Fidah 😆), tapi rasanya sana pun tutup Isnin. Iman cadangkan Food Fashion yang berhampiran dengan pejabat Sk tapi tak pernah pergi lagi. Food Fashion ni sebelah Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Larkin.


Ada tiga kategori/ harga Lontong (Basah).

Lontong Basah Biasa (sambal tumis sahaja)
Lontong Basah Special (+ Sambal Kacang & Serunding

dan Lontong Basah/ Special Berlauk, ada pilihan Sambal Paru, Sambal Udang, Sotong, Kerang dan Telur Puyoh.

Sk pilih Lontong Basah Special Sambal Paru. Iman ambil Special tanpa lauk.

Kuah lodeh sedap tapi kurang sayur. Telur pulak cuma sebelah. Rasa makanan tidak mengecewakan cuma yang kecewanya bayar mahal tapi penghawa dingin dalam restoran tidak berfungsi. Harga bukan harga warung ya, hurmmm.. 




Mungkin masih awal, cuma dua meja sahaja ada pelanggan. Kadang kalau malam-malam datang makan bubur nasi di sini, boleh tahan penuh jugak tempat ni. Agaknya nanti dah pukul 9 la baru ramai orang pejabat datang sarapan.


Kita tepek bil sini. Dessert tu, Taufufa Melaka, Iman kan pantang nampak taufufa 😆



Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak rasa ketiga-tiga jenis lontong basah tu.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tapi tu la..SA ni ketegaq kata org Kedah..ntah apesal degil sanagt x nak mencuba makan lontong...

    ReplyDelete
  3. Sedap Kak Lontong!!! Favourite ever!

    ReplyDelete
  4. Ooh kat JB. Kalau kat Penang boleh cuba pula. Penikmat lontong juga ni.

    ReplyDelete
  5. student kt kolej akak dh mendaftar ke? kami x lama lg ni... lps ni bz la dh start kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Mim, tapi ikut course. Ada yg lambat jugak daftar sbb kapasiti tak cukup.

      Delete
  6. Itulah nampak lontong takde sayur. Kalau orang tidak suka saur mungkin gembira tidak payah asingkan.
    Mungkin ambil lontong dengan sambal sotong. Menggamit untuk cuba.

    ReplyDelete
  7. Di Penang susah nak jumpa lontong. Kalau ada pun susah nak dapat yang sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!