Assalamualaikum WBT
DIA ada beza tau Jalan-Jalan Cari Makan stail anak muda dengan stail orang tua. Seingat Sk, kami mula jjcm ni sejak Iman kecik-kecik dalam 4 - 6 tahun macam tu. Belum ada Instagram dan Tik Tok tapi laman muka buku (facebook) telah mula bertapak di Malaysia. Zaman makcik-makcik buka blog masak-masak dan pakcik-pakcik buka blog politik. Tapi, ada jugaklah pakcik yang buka blog masak-masak sehingga menjadi inspirasi kepada ramai makcik-makcik, yang paling femes tentulah Che Mat Gebu.
Oh, masa tu, rujukan Pak Inche setiap kali nak JJCM adalah rancangan Warung Kita yang dikelolakan Farouk Hussin. Dan seingat Sk di Malaysia ni yang mempelopori Jalan-Jalan Cari Makan tentulah Maria Tunku Sabri. Sanggup ya Pak Inche memandu sehingga ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pernah pusing satu Semenanjung dan sampai naik kapalterbang pun ada, semata nak jjcm. Masa tu, Sk belum dapat mandat memandu jauh lagi, jadilah co-pilot tersengguk-sengguk, lama-lama berdengkur jua, hahaha.
Kami first time ke New Hollywood tahun lepas, memang sedap.
ReplyDeleteIni betul-betul aktiviti cari makan. Hehe. Alhamdulillah dapat merasa semua tempat ya. Tiada yang tutup/cuti.
ReplyDeleteseronoknya JJCM
ReplyDeletewahhh ok la peach tu murah sikit dari sini ,
gambar mee goreng sotong dgn mee goreng mamak tu menggoda sungguh kak oi, nampak sangat mengiurkan betul. Murah lak donat peach tu kak, kalau tak sampai puluh2 hengget
ReplyDeleteKecur tengoknya menu JJCM Ipoh ni. Nak ke Ipoh jauh nau. Kot ke Ipoh bolehlah mencuba menu-menu di resto yang disebutkan.
ReplyDeleterancangan JJCM masih ada ke sekarang?saya dah lama tak tengok TV,kalau dulu setiap hari Ahad memang tunggu depan TV siap2 pegang remote risau orang lain alih rancangan
ReplyDeletenmpk sedap semuanya., dh lama wak x gi ipoh mali ;p
ReplyDeleteNanti bila free boleh pekena kari kepala ikan salim.. sedap jugak kat situ
ReplyDeleteKena masuk New Hollywood ni dalam wishlist JJCM Ipoh SA dan Dania nanti
ReplyDeleteWah..dah murah tu donut peach..
ReplyDeleteTapi dalam bebanyak..saya terliur tepung talam pandan tu...nampak klasik sangat dan kemas macam kuih talam dulu2