MAKAN DI RUMAH MAKAN PERPATEH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

AGAKNYA tentulah dah lapar sangat Pak Inche, sejak sebelum daftar keluar bilik di Avante Hotel Bandar Utama sudah bertanya, nanti kita nak makan tengahari di mana? Sk menyerahkan pada Pak Inche untuk memilih, maklumlah, Sk ni tolak batu dengan kayu aje, dialah yang cerewet pasal tempat makan. Sebaik keluar dari Plaza Tol Sungai Besi, Pak Inche mengajak makan di Bangi. Katanya, ada sebuah restoran Kari Kepala Ikan yang terkenal di sana. Aik! Sejak bila babah makan kepala ikan? Tanya semula Sk. 

Kemudian, Sk teringat sebuah restoran yang agak viral, Zamira Dapur Kayu. Sk buka aplikasi waze, jumpa. Tapi, carian di facebook beritahu, restoran ditutup setiap hari selasa dan rabu. Sk mengira-ngira dengan jari, eh.. hari ni rabu la. Hurmmm.. tak ada rezeki nampaknya nak makan di Zamira Dapur Kayu. Selalu nampak novelis kegemaran Sk, Kak Maria Kajiwa makan di ZDY ni.

Pak Inche menggesa lagi mencari mana-mana tempat makan yang menarik. Sebaik nampak Plaza Tol Seremban, Sk cadangkan Pak Inche keluar lebuhraya dan kemudian baru cari tempat makan yang menarik di sana. Selalu nampak Suria Amanda share tempat sarapan tapi jarang nampak SA share tempat lunch sebab beliau selalu lunch di KL kan 😆. Sambil-sambil tu, Sk tekan-tekan tempat makan menarik di Seremban (sebenarnya tak ingat perkataan apa Sk taip), waze memaparkan beberapa pilihan, yang paling teratas dan nampak menarik adalah ...


Rumah Makan Perpateh dan Medan Selera Penghulu Cantik. Pak Inche lebih tertarik dengan Rumah Makan Perpateh walaupun jaraknya lebih jauh dua kali ganda dengan Medan Selera Penghulu Cantik. Kami ikut jalan yang diarahkan waze, gedebak-gedebuk tetiba dah sampai Senawang.


Rumah Makan Perpateh ini beroperasi di lot akhir bangunan kedai berhawa dingin di Pusat Bandar Senawang. Di luar restoran ada pondok-pondok seakan gazebo yang dibina dari rotan disusun di kaki lima untuk pelanggan yang memilih makan bersimpuh atau bersila. Namun, tiada siapa nampaknya memilih untuk duduk makan di situ memandangkan cuaca yang agak panas. Ruang dalam restoran kelihatan elegan dengan penggunaan kerusi warna emas dan kerusi kayu serta beberapa permaidani yang dibentang seperti sedang berada dalam sebuah banglo yang mewah.


Mengikut peredaran semasa nampaknya, pesanan makanan dibuat dengan mengimbas QR Code yang diletakkan di atas meja. Konsep menu di sini adalah masakan kampung asli  Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Cili Api dan Sambal Berlado serta Sambal Tumis. Sk risau juga sebab tak ada lauk kari kan, tapi Pak Inche okey asalkan ada Sambal Tumis dan Ayam Goreng kegemaran dia. 


Daging Salai Lemak Cili Api, RM20
Syahdu betul ya pertama kali makan masakan salai betul-betul di negeri kelahirannya. Daging tu lembut dan berjus, mungkin kerana ia dimasak selepas di salai dan tidak disejukbeku. Kuah lemak cili api pun sedap dan cuma pedas biasa aje la. Mungkin sebab kami ni jenis yang tahan pedas.


Udang Sambal Petai, RM22
Udang besar dan segar, dimasak bersama kulit namun mudah kita nak mengopeknya. Petai dipotong kecil dan ada sambalnya dimasak agak kering. Ada taburan bawang goreng jadi bila ianya digaul, terasa rangup bawang goreng tu. 


Rugi rasanya kalau tak ambil lauk Telur Itik Lemak Cili Api ni. Semangkuk ni telurnya dua biji, RM7. Kuah lemak cili api sama rasa macam masakan daging salai tadi. Oh, ada pucuk ubi dalam kedua-dua masakan tapi tidaklah banyak. Buat ada-ada la gitu.


Tak pasti macam mana teknik mereka masak telur dalamnya jadi macam ni. Kuning telurnya tiga perempat masak tapi tak pulak pecah dalam kuah. Kalau Sk, memang tak menjadik macam ni, hahaha. Iman pulak tak nak makan telur itik, terpaksalah Sk menambah nasi untuk menghabiskan dua bijik telur ni (alasan!🤣)


Ayam Goreng Kampung Berempah, RM15. Dihidang bersama sambal kicap macam sambal kicap soto. Pak Inche kata, ayamnya tak masin atau lebih tepat lagi tawar, hehe. Nampak selera Pak Inche makan berbanding malam kami bertolak  ke KL tu. Sampai nak pergi makan Nasi Lemak 222 pun tak lalu!


Ada pilihan sayur Kangkung Belacan dan Kailan Ikan Masin tapi Pak Inche kata, ambil ulam. Set Ulam mengandungi salad, timun, daun selom (kot) dan Sambal Belacan, RM4. Sambal belacan dia pedas dan sedap. Keseluruhan hidangan tidak mengecewakan. Boleh dikatakan restoran ini mengetengahkan hidangan tradisi dalam suasana moden dan ekslusif.


Rumah Makan Perpateh

1, Jalan Bandar Senawang 1, 
Pusat Bandar Senawang, 
70450 Senawang, Negeri Sembilan

Buka setiap hari kecuali Jumaat
11.30 pagi hingga 9.00 malam

Tel : 0108372504

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya menu telur itik tu...bila sebut rumah makan trus tringat mkn2 kt bandung Indonesia...biasa kt sana kn tmpt mkn sebut rumah makan

    ReplyDelete
  2. Baca Perpateh, teringat Adat Temenggung dan Adat Perpateh.
    Di Rumah Makan perpateh tu, nampak lauk pauknya menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
  3. Eksklusif ruang makannya. Kena pulak lauk sedap, memang tambah berselera makan 😀
    Memang lebih santai kalau dapat makan sambil bersila/bersimpuh, tapi saya tak boleh duduk lama sebab kaki cepat kebas 😅

    ReplyDelete
  4. Tertarik dengan suasana restoran yang nampak eksklusif. Belum pernah lagi pergi JJCM ke N9 harap2 ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete
  5. Lauk pauknya alahai lapar pulak bila tengok post ni.

    ReplyDelete
  6. Meleleh liurku melihat potretnya ... He he ..

    ReplyDelete
  7. Ahad ni kalau sempat bolehlah jjcm NS hehehe

    ReplyDelete
  8. Patut la kita tersedak banyak kali, ada yang sebut nama kita la..hahaha..kita kan selalu masak..so jarang la ada peluang makan kat luar utk lunch..rumah makan perpateh ni kita blom pernah cuba lagi..nak kena cuba ni..org dari tanah jauhar dah sampai apa citer org Seremban x pi lagi kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!