JALAN-JALAN KE MAJESTIC JOHOR FESTIVAL 2023, MAKAN DI MANA CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

TAK sempat nak pergi MAJESTIC JOHOR Festival 2022 yang dengarnya begitu meriah. Sebelum tahun 2023 ni pun tak sempat pergi jugak, Sk ajak Pak Inche ke sana malam tadi. Ni pasal Iman la mengajak, tak sampai hati pulak nak tolak walaupun Sk agak festival ni sama aje macam festival makanan viral yang lain.


Lagipun, Pak Inche terlibat secara tak langsung memandangkan penganjur merupakan client Pak Inche. Tu yang penyebabnya Sk menginap satu malam di Avante Hotel Bandar Utama minggu lepas masa Cuti Hari Hol Sultan Iskandar.


Ada replika landmark setiap daerah. Bandar Maharani adalah daerah Muar (sebut Muo).


Yang ini booth penganjur iaitu Tourism Johor. Sk segan pulak nak ambil gambar booth daerah-daerah lain.


Malam masih terlalu muda, orang belum ramai lagi. Kemudian, kami ke khemah tertutup yang menempatkan booth-booth seperti pakaian, tudung dan seumpamanya. Artis-artis ramai dalam ni antaranya yang kami nampak, Ifa Raziah, Ramlah Ram, Reen Rahim, Hafiz Shuib dan Salina Saibi. Ah, malu pulak nak bergambar dengan artis kali ni 🤣 sebab tengok dorang macam Barbie Doll. Nanti nampak sangat pulak macam Beauty & The .....

Barang jualan artis kebanyakan adalah produk kecantikan dan makanan tambahan. Jadi, tak beli apalah.. pusing se-round lepas tu terus keluar tengok booth-booth makanan pulak. Dah agak dah, semua pun makanan viral yang biasa kita jumpa kat mana-mana food festival.


Gerai Keropok Lekor Tokwan bagi tester keropok tak kedekut langsung. Rasa dia sama sebijik macam Keropok Losong Skudai tapi yang ni dekat Pekan Nanas alamatnya. Cuma tu la.. memang sekarang ni orang berjual jenis paksa beli banyak-banyak ek. Keropok tu, RM7, 15 ketul. Boleh jer kot kalau jual RM4, 7 ketul (contoh). Naya kalau yang beli tu memang dia sorang jer nak makan dan nak kasi perabis 15 ketul tu 😆. 

Lepas tu lalu pulak dekat stall jual Kek Tapak Kuda. Sk penggemar kek tapak kuda ni ya, jadi Sk berhenti, staf dia terus bagi tester, besar eh dia potong nak bagi kita rasa. Harga kek tapak kuda, RM40/ 2 loaf. Nak beli satu, tak boleh ke? Boleh, RM21. Sk beli la satu loaf aje. Tak ambil gambar kek tu, nanti nak potong Sk snap pic tayang kat korang 🤣.


Banyaknya yang dijual makanan dan minuman viral aje la.. tu tak pa, masalahnya meja makan yang disediakan tak banyak. Penganjur pulak letak meja bulat banquet untuk 10 orang tu, ingat pengunjung-pengunjung yang datang tu nak berkongsi meja ke? Ni lepas dah berapa kali percubaan baru eh dapat meja, tu pun pengunjung sebelumnya tinggalkan bersepah. Nak duduk makan pun tak selera, jadinya kami tak beli la makanan berat, cuma beli air dan makan keropok lekor tadi tu, pun tak habis sebab tak selesa.


Satu lagi nak komplen, kan.. dahlah meja tak banyak, patut ke krew gunakan tempat yang sama untuk buat kerja-kerja editing tu dia dah pakai satu meja, kemudian dia letak barang-barang dia dekat dua lagi meja lain. Yihhh.. geramnya tengok perangai masing-masing!

Cuma, yang Sk puji, pengurusan tempat letak kenderaan pengunjung diuruskan dengan baik. Disediakan pula tempat letak kenderaan yang luas, selamat dan percuma.


Sk rasa, lebih efisyen lagi penganjur Festival Usahawan di Kangkar Pulai tu. Sebenarnya lebih baik guna meja segiempat kapasiti 4 orang tu. Kalau ramai, boleh sambungkan aje.


Lepas tu, nampak pulak Orkestra Johor Bahru ni nak buat persembahan. Tengok sekejap sebab nampak anak kawan sekolah Sk pun ada buat persembahan. Cari-cari kawan Sk tak nampak pulak, Sk hantar whatsapp dia tak jawab, kami pun beredar.


Ternampaklah pulak stall Pancake ni. Iman kata, pancake dia sedap.. ahhh.. faham dah.. jom kita beli.


Tapi, Iman nak Croffle. Croffle ni Croissant yang ditekan dalam kuali wafle tu, maka jadik croffle.


Geram jer tengok sambal-sambal kat stall sebelah.


Kalau tengah banyak duit dan memang jenis belasah aje pasal makan, mesti suka festival ni.


Teringin jugak tengok Nasi Kerabunya tapi Pak Inche ajak makan kat Mana Cafe. Sk dah terbayang Mantao Mana Cafe.


Makin malam makin ramai yang baru  sampai.


Kami jalan kaki pelan-pelan sampailah ke Mana Cafe. Baru duduk, kawan Sk tadi whatsapp, tanya kat mana. Dia kata, meh la datang balik kat fest. Aaaa.. mahu merangkak karang nak pegi kerja esoknya kalau patah balik ke sana.


Buka croffle ni untuk ambil gambar jer. Makan kat rumah, sedap la tapi keras!!


Sk pesan satu set Mantao. Karinya agak berminyak sikit mungkin tak gaul betul-betul sebelum ceduk dalam mangkuk. Mantao tu, Sk makan dua, Pak Inche makan dua.


Pesan dua mangkuk Sup Ekor Goreng sebab Pak Inche kata, tak cukup kalau kongsi. Suruh ambil saiz M, eh.. nak jugak saiz S sorang satu. 


Aiii.. mana nak cari resepi Ekor Goreng ni ek.


Supnya tu sedap macam kat Restoran Ainoni tapi macam kat sini lagi sedap.


Sk tak jumpa tempat lain yang jual Sup Ekor Goreng ni. Harga Sup Ekor Goreng di sini, RM25 (S), RM40 (M). Ada saiz L jugak, lupa harga dia.


Pak Inche pesan Nasi Goreng Isi Ketam. Isi ketam tu berjurai-jurai dalam nasi goreng ni.


Lepas tu, yang ekor goreng tu semua dia masukkan dalam sup. Hurmmm.. hilanglah rasa ekor gorengnya terus. Tu takpa, nasi goreng tak habis, sup ekor pun tak habis jugak. Terpaksalah kami jadi majlis bandaraya 🤣🤣🤣.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya susah cari tempat parkir..Dua tiga kali pusing..ahhaaha.Tempat makan, kejap je dapat..siang lagi masa tu kot.. Saya bergambar ngn laki Che Ta jeee..Hahahaha...Ngn Che Faez..Kemain sukaaa...Beli Jugakk kebab Chef Faez tu...Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak nampak pulak Zain Saidin. Tapi mmg agak segan nak bergambar dgn artis kali ni.

      Delete
  2. Macam menarik je program ni....kalau SA yang pi ni mesti kiri kanan tangan penuh macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu³ mcm tu la, penuh tangan tapi sudahnya tak habis. Kita cari tongmo.

      Delete
  3. keropok tokwan tu saya selalu beli. Memang rasa dia macam kopok losong kat IPD tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi lalu kat Keropok Losong Skudai, dia dah gantung banner Keropok Losong Tokwan 😆😆😆

      Delete
  4. Banyak gerai. Betullah beli banyak-banyak bazir pula. Mesti hendak cuba dan beli makanan lain.
    Hehe tidak tahu pula ada sup ekor goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli makanan byk tapi meja makan tak ada, tu yg fikir byk kali nak beli.

      Delete
  5. Bestnya, kalau dekat tu mesti rasa nak terjah. Terus diet IF kelaut macam tu 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!