Assalamualaikum WBT
HARI kedua di Ipoh, selepas sarapan di The Coffee House Impiana Hotel Ipoh, kami rehat-rehat di bilik. Kemudian, nampak Iman bersiap-siap nak keluar. Baru teringat, dia akan keluar dengan Shaf, rakan sebilik Iman semasa belajar di Politeknik Ungku Omar. Shaf sudah bekerja di Ipoh dan keluarganya memang tinggal di Ipoh. Tinggallah Sk dan Pak Inche berdua, dia tengok kita, kita tengok dia. Eh, tak boleh jadik ni, jomlah kita jalan-jalan juga.
Pak Inche mengajak ke Taiping, tapi Sk kata, teringin nak ke Bota, selalu baca rakan blogger Kait dan Lari, Nur bercerita tentang Bota dan baru-baru ni, Nur ke Esplanade Bagan Datuk. Pak Inche terus bersetuju. Sk set dalam waze, kedua tempat ini menghala ke selatan. Kami akan sampai ke Bota dahulu baru Bagan Datuk. Tapi, Bota tu dalam waze, sebuah felcra. Waze ni biar betul! Sk set Bagan Datuk Esplanade, wahhh.. ada dalam waze. Mungkin ini jambatan baharu yang diceritakan Nur, ada sekumpulan konvoi motorsikal berhenti untuk bergambar atas jambatan.
Ini pertama kali kami sampai ke Bagan Datuk. Tak silap, dari cerita Nur, waterfront ni baru dibina. Ada sebuah jeti di sini. Nampak jugak ramai pelancong bermata sepet, tak pasti dari mana tapi bising mulutnya bila dikenakan bayaran 50 sen untuk menggunakan tandas. "Mahalnya 50 sen!", rungut auntie bertopi. Sekarang 50 sen macam 5 sen, jawab pakcik penjaga tandas .
Kalaulah naik kuda hitam
Lari kencang nafas pun panjang
Kalaulah punya pacar hitam
Walau hari panas senyum senang...
😆😆😆
Hajatnya, nak makan ikan bakar, rupanya tiada restoran ikan bakar di Bagan Datuk. Perlu ke Lekir, cadang seorang pakcik, rakan pakcik yang jaga bilik air. Sampai ke Lekir, nampaklah kedai di seberang jalan, Dapoor CMK namanya. Lauk banyak lagi sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi ikan bakarnya cenonet, hehehe.
Jumlah semua sekali RM19 termasuk dua gelas ais limau.
Dapoor CMK.
Masakannya sedap.. makcik-makcik orang kampung situ jugaklah kot yang masak. Memang berasa sungguh la.. dari masak lemak sampai sambal belacan, sampai ke esoknya Pak Inche asyik memuji, hahahaha.
orang lama kalau masak insyaallah memang sedap je
ReplyDeletekekangan masa betul...selepas jambatan bagan datuk siap, x sempat lagi naik...pdahal dok tgu je jambatan siap...hihihi
ReplyDeletepuas hati kan bila dapat makanan yg betul2 sedap... sampai teringat pak Inchek
ReplyDeleteBagan datuh dah membangun kan... next trip kitrg bole msk gak bagan datuh ni nnt.. aritu g teluk intan x smpt menyimpang ke bagan datuh... ada satu tmpt mmg dah aim lama nak ke situ
ReplyDeletePatut saya terbatuk- batuk dari tadi. 😁 Makcik kat Lekio masak memang sedap. Kena guna google maps kot lain kali, baru sampei bota. 😁
ReplyDeleteBoleh pi ni bebila balik kg sok. Lekir dekat je. Hihihi
ReplyDeleteBaru je baca post Kak Ana Jingga pasal BD ni...SK pun dah sampai ye .. lauk-pauk airtangan acik² kampung memang tak leh lawan kan...nmpk ja simple tapi sedap ampa :D
ReplyDeletecuaca panas cantik gmbr tp jrg2 kalau suami nk bergmbr kalo cuaca panas
ReplyDeleteSebelum ni kami kerap ke area sana. Tapi sejak jambatan baru siap, belum sampai sana lagi.
ReplyDeleteTakpelah tandas kena bayar 50 sen pun, asalkan memang bersih dan berfungsi baik.
lauk kampung yg makcik² masak mmg sedap kan
ReplyDeleteKelakar la SK ni letak lirik lagu kuda hitam tu...
ReplyDeleteTak pernah ke sini jugak..Hohoho...
ReplyDeleteSpecial betul lagu Kuda Hitam itu untuk PI ye SK.
ReplyDelete