SARAPAN DI KEDAI KOPI REMAJA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SALAM 66 Tahun Merdeka

Pagi ini kami tiga beranak bersarapan di Kedai Kopi Remaja di Bandar Baru Uda. Kalau ikut perancangan, nak bersarapan di Kopi Tenggek cawangan Kulai tapi pagi tadi baru sedar, 'gula-gula' Pak Inche tinggal stok cuma untuk dua hari jer lagi dan kami pulak hendak ke luar negara negeri. Jadi, terpaksa tukar haluan ke BBU dulu, tak jadilah nak bertenggek minum kopi 🤣.


Memang dah berapa hari ni rasa nak makan Lontong. Masuk-masuk restoran pulak nampak ada pelanggan tengah mengadap mangkuk lontong, maka kita pun minta semangkuk. Lain macam warna kuah dia kan, suruh Iman rasa. Iman kata, macam masak lemak ketam 😆.


Menyusut kuahnya disudu sedikit sedikit. Sedap jugak, Iman kata agaknya tukang masaknya Indo. Kalau stail Sk masak, kuahnya dilebur terus tanpa ditumis.


Pak Inche makan Roti Telur dan Telur Separuh Masak. Perghh.. tiga bijik telur sekali hadap, menangis mak hayam.


Iman makan Roti Telur jugak.


Lepas tu dia nampak staf hantar Roti Bakar kat meja sebelah, terus dia pesan satu set, kongsi dengan Pak Inche.

Lontong
Roti Telur 2
Roti Bakar 1
Telur Separuh Masak 2
Teh O Panas
Nescafe O Panas
Teh Tarik

Jumlah RM24

Burppp.. Alhamdulillah😋

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam merdeka SK 🇲🇾 Seronok la org Johor cuti panjang hehe. Hari ni apa plan cuti merdeka?

    ReplyDelete
  2. Remaja?

    Alaaaa... Uncle tak layak la....

    ReplyDelete
  3. Menarik cara hidang roti bakar tu.

    Kemain nama…kedai kopi remaja 😄

    ReplyDelete
  4. menu breakfast yg menyelerakan, sambil ngopi2 cuti hari kemerdekaan

    ReplyDelete
  5. Lama tak singgah sini.. Cuma duduk dalam tu tak pernah, salu beli bungkus je...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Merdeka SK 🇲🇾
    Murahnya! Nampak macam2 yg di-order tu :)

    ReplyDelete
  7. Selamat bersarapan. Cantik presentationnya.

    ReplyDelete
  8. Unik nama tempat makannya 😄. Pastilah berasa selalu remaja makan di sana kan 😁.

    Kliatan sedap kan. Krn lontong sudah banyak sebagai menu sarapan di sini, saya lebih tertarik dengan roti bakar butternya 🤤. Dengan kopi, beuuughhh nikmat 👍👍

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap roti bakarnya tu, nampak butter...ye ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!