Assalamualaikum WBT
MALAM Jumaat lepas, pergi makan lagi di Ghanim Seafood Restaurant. Kali ni pergi berdua aje, awal-awal Sk dah ingatkan PI, jangan pesan lauk banyak-banyak. Ambil ikan, sayur dan udang jer. PI kata, okey.
Ni keliling-keliling ramai pelanggan, sini jer la macam clear sikit nak ambil gambar. Kami tengok ramai masih tak dapat makanan lagi, sama ada mereka pun baru jugak sampai atau memang makanan lambat. Tapi, Sk banyak baca review, ramai kata, berbaloi tunggu, tak kisah lambat, sebab sedap, heheh. Jadi, kami pun tak kisahlah menunggu.
Tapi, ajaibnya tak lama kemudian lauk-pauk yang kami pesan sampai ke meja. Ini ikan siakap stim Hong Kong la. Ada dua cara masakan ikan, goreng atau kukus, PI pilih kukus. Bagi Sk, kukus la paling sesuai untuk stim Hong Kong ni. Sos HK dia tak ada rasa manis, kalau manis sikit mesti sedap.
Baby kailan goreng.
Udang sambal. Rasa belacannya agak kuat, udang tu dia dah gunting kulitnya tinggal nak siat aje, memudahkan kita memakannya.
Makanan bukan seafood yang wajib dipesan di restoran makanan laut Ialah ayam lemon, hehehe.
Satu lagi wajib masuk dalam list, sizzling toufu. Puas hati makan dekat Ghanim ni, kena masuk dalam bajet bulanan tapi tu la, kena bertabah sebab jauh dari rumah.
Burpppp.. Alhamdulillah.
Macam order banyak je tu...x jadi order 3 lauk je ye PI...
ReplyDeleteJanji 3 menu, sampainya 5 erk hehe... Nampak pun sedap² masakan dekat sini. Berbaloi la repeat dan masuk dlm list wajib pergi setiap bulan :)
ReplyDeleteWahhh banyak tu lauk pauknya. Terus terliur tengok nampak sedap semuanya ni.
ReplyDeletesedapnya.. kecur air liur.
ReplyDeleteTak apa, makan selagi ada selera dek ya, bukan nya selalu makan ke restouran ni, ada masa lapang kita ke sana..dan pergi berdua menjalinkan kasih sayang bertambah utuh..sedekah jariah juga kepada yang menyediakan makanan..
ReplyDeleteSedap-sedap tengok lauk seafood dan bukan seafood. 😋
ReplyDelete