MAKAN MALAM DI RESTORAN SERI MESRA @ PORT DICKSON

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


SUSAH betul nak cari tempat untuk makan malam semasa bercuti di Port Dickson hari tu. Sebenarnya bukan susah apa, banyak jer tempat makan, tapi yang susahnya sebab cerewet. Depan hotel aje ada dua buah restoran tomyam dan ikan bakar, tapi.. mana mahunya PI nak makan depan hotel. Nak jugak dia tekan minyak pergi jauh-jauh. 



Gedebak-gedebuk, lepas dah pusing satu Port Dickson (tipu), akhirnya kami ke Restoran Seri Mesra Ikan Bakar, Tomyam & Seafood yang terletak di Teluk Kemang. Aaa.. Akhirnya, makan kat restoran depan hotel jugak, hahaha.


Tu takpa, tak perasan ada laluan masuk khas ke dalam restoran. Perlu beratur dulu sebelum diberi nombor meja. Kami pulak terus masuk dari tepi restoran dan cari meja sendiri. Mujurlah memang masa tu tak ada pelanggan yang tengah beratur. Kalau tak, mesti kena kecam, huhuhu.


Terubat hati tengok nasi lemak bungkus daun pisang ni atas meja. Untuk pesanan makanan dan minuman perlu buat di kaunter. Makanan laut juga kena pilih sendiri di kaunter.


Sedap nldp. PI makan sebungkus, Sk makan sebungkus. Ada baki lagi tiga bungkus kami tapau bawa balik hotel.


Sotong kat sini semua besar-besar lengan. Kita pilih sekor buat masak sambal. Sambal dia rasa sambal melayu, tapi hiasannya macam sambal thai. 


Tomyam Seafood.


Kangkung Belacan.


Bukan sahaja sotong besar-besar, ikan pun besar-besar bas kat sini. Nampak ikan bawal emas ni macam tak besar sangat, jadi kita pilih dia untuk dibakar. Dekat sini dia letak pes sambal pada ikan bakar tapi sambal tu sekadar menyalut ikan jer la. Ia datang bersama air asam dan sambal untuk cicah. Bagi Sk masakan ikan bakar ni sedap dan tak mengecewakan.


PI makan dengan nasi putih, Sk makan dengan nasi lemak bungkus jer.


Total RM153. Tanjat tengok harga ikan bawal emas tu, hahahah. Kalau ada pembaca yang datang PD nak beli nasi lemak ni, ada jugak jual waktu pagi ya. Dia meniaga di kabin di sebelah khemah restoran.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap pulak nengok ikan bakar tu. Kena cari ikan bakar jugak la nampaknya lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Aduhh.. mai jalan blog ni, rasa lapar sokmo hihi.. ikan bakar, kangkung belacan memang my feveret.. kena cari pasni

    ReplyDelete
  3. Makan dua orang, harga camtu, agak mahal juga. Tapi sebab ikan dan sotong besar, dan banyak lauk sedap-sedap, ok kot. Sekali-sekala.

    ReplyDelete
  4. Kalau sotong saiz besar lengan memang besar sungguh tu SK.

    ReplyDelete
  5. terliur tgk menu sotong & ikan bakar tu

    ReplyDelete
  6. Gedebak gedebuk kedai depan hotel jugak perginya. Nasib baik tak ramai kan, kalau tidak banyaklah mata memandang. Pandang takpe lagi, kalau kena kecam. Terus boikot nak datang PD agaknya. hihi...
    Umangaiii boleh tahan juga harga ikan bawal tu ek. Dah selevel ikan kayangan lain. Mujurlah sedap dan berbaloi juga dengan saiznya tu. Sotong besar pun puas makan. Okaylah nak masuk kedai ni dalam list. Nak sampai tu tak tahulah bila.

    ReplyDelete
  7. Ni kedai kawan SA tau SK..kat sini memang pricey skit, SA pun dh lama x makan kat sini...ada satu lagi kedai best hujung2 tu...ekceli banyak je...kena pandai pilih....

    ReplyDelete
  8. Saya tergoda dengan nasi lemaknya 😍😍😍. Bungkus daun pula. Memang sedaaap. Kalo dah model nasi lemak yg begini, memang tak cukup makan 1 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!