Assalamualaikum WBT
SEPERTI yang dirancang, semalam Sk dan PI makan mi di kedai. Eh, opsss.. sebenarnya PI ajak makan western tapi kedai tu tutup pulak, padahal sepatutnya tutup hari Jumaat. Agaknya jalan-jalan cuti sekolah. Tu la jadinya dapatlah makan mi seperti yang dirancang sejak awal.
Dah lama tak makan dekat kedai ni. Tu takpe, lepas sekian lama makan kat sini baru tahu nama kedai ni The Ha Aliff. Selama ni kami panggil kedai hot plate jer.
Gatal tekak semalam nak minum yang sejuk dan manis. Passion Fruit Soda namanya. Segelas ni RM7. PI punya takde soda RM5. Seram Sk kalau dapat gelas kurus tinggi dan berpinggang macam ni.
Membuka selera dengan fries cicah sos cili dan mayonis. Belajar cicah kentang dengan mayonis dari kawan kami, arwah Ramzi.
Mula-mula dia hantar sepinggan, kitanya utamakan suami, hiks.
Tiup dulu sebelum suap nanti melocot bibir.
Sampai lagi sepinggan, kita bagi kamera makan dulu.
Ada ayam tiga ketul kecik, telur sebiji dan cendawan dua helai kot. Atas Yee Mee ditabur kubis. Harga tak silap RM12. Sedap kuahnya tak rasa kicap sangat. Alas kayu hot plate tu pun nampak elok putih tak berlumut. Pernah dulu makan dekat satu tempat tu, alas kayunya... astagaaa. Lepas tu macam serik nak makan sizzling mee, geli... hahahaha.
Setelah sekian lama baru tahu nama kedai ye. Ini parah ni. hihi..Saya pun seram lah dengan gelas ramping tu. Nampak tinggi padahal airnya ciput je. Nak minum pun payah. Kena angkat dan pegang ikut level mulut. Haa kalau kayu tu berlumut, saya pun geli nak makan. Kalau dulu sizzling hot plate ni macam meriah isinya. Sekarang ni boleh dikira berapa ketul berapa helai.
ReplyDeletejrg tgk sayur kobis atas sizzling..biasa sawi...suka sizzling tp yg mee bkn yee mee..air kalo dpt gelas gitu tk syok sbb skit haha
ReplyDeletesaya first time nampak org letak kobis dlm sizzling ni..
ReplyDeleteSiap tabur kobis ye atas tu. Kalau letak cendawan banyak baru sedap. Betul tu kalau papan tu hitam je geli nak makan. Berlumut. Walaupun tempat letak hot plate je pun tetap kena jaga kebersihan.
ReplyDeleteLama tak makan sizlling, nak kene cari jugak ni kak oi... buat terliur orang je akak ni tau
ReplyDelete