PUDING & JELI MANGGA NONA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MASA selongkar-selongkar laci kabinet nak cari kismis untuk dimasukkan dalam Nasi Tomato, kelmarin, terjumpalah harta karun. Dua pek serbuk puding dan serbuk jeli segera perisa mangga jenama Nona ni dah lama jugaklah Sk beli. Lama tu belum la setahun, mungkin baru dua bulan, hehehe. Terlanjur takde nak buat apa sangat kelmarin, marilah kita buat dessert ekspress.



Serbuk puding perisa mangga

Cara membuatnya, didihkan air 400ml dahulu. Apabila air dah mendidih, baru masukkan serbuk puding dan kacau hingga larut. Bila dah larut, tutup api tapi kacau lagi hingga hilang buih, baru dituang dalam acuan.


Serbuk kristal jeli perisa mangga

Cara membuatnya, masukkan serbuk jeli dan serbuk buah dalam air (400ml) yang sedang dididihkan, kacau hingga serbuk jeli larut dan mendidih. Tutup api dan terus kacau hingga hilang buih, kemudian tuang dalam acuan.


Sk masukkan dalam bekas-bekas ni. Yang dalam bekas empat segi besar tu, buat nipis aje. Konon nak buat macam kelopak bunga ros. Padahal plan sebenar beli ni nak buat berlapis-lapis selang-seli.


Jeli jernih tadi potong berombak kemudian gulung dan letak atas puding. Ada rupa bunga ros kuning ke? Hahahaha.


Tapi asyik terbuka aje gulungan kelopak bunga ros kita ni.


Kuntuman belum mekar, hehe.


Ni kembang senaman kot, tak nak duduk diam kelopaknya tu.


Makin lama makin kembang kelopaknya, hehehe. 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pandai SK buat bentuk kelopak bunga ros dgn jelly tu

    ReplyDelete
  2. wah kreatifnya. Kalau ahkak nan ado lerrr masuk bekas masuk peti ais bila dah sejuk ngap. hehehehe sedap bila time waktu musim panas. Chewahhh

    ReplyDelete
  3. Presentation kalah hotel...rasa nak minta sesudu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!