SAMBAL UDANG PETAI & TELUR DADAR EKSPRESS

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum WBT 


EMPAT beg baju kotor dibawa pulang selepas berjalan-jalan selama 4 hari 4 malam. Baru dua kali pusing membasuh dan sekali pusing mengering. Itu belum lagi bab nak melipat. Mungkin esok malam baru datang mood sambil layan kdrama, hahaha. Hari ni masih bermalas-malasan. Selain sedang menonton siri Bon Appetit, Your Majesty, yang masih ongoing, Sk juga sedang menonton The King's Affection yang diterbitkan pada tahun 2021. Seronok pulak layan drama tema istana ni.


PI pulak dah mengadu lapar. Dia selongkar peti ais cari udang. Sk suruh rendam udang dulu, Sk jerang nasi. Sementara tunggu nasi masak, PI siap pakej kopek kulit udang sekali.  Bawang dah habis sebenarnya tapi ada baki sambal tumis nasi lemak yang Sk masak sebelum ni. Sk panaskan, tambah air sikit. Teringat pulak ada baki petai setengah plastik, jadilah Udang Sambal Petai Ekspress.


Lepas tu, pecahkan telur ayam dua biji, masukkan garam, pukul dengan garfu. Dah bawang langsung tak ada, jadilah telur dadar togel, heheh.


Cukuplah dua lauk untuk alas dua perut remaja purba hari ni. Malam nanti ada siaran langsung bola di tv, maknanya memang tak akan keluar makan la. Tengoklah apa yang terlintas nanti. Dinner maggi pun sedap juga, hihihi.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduh ..sambal udang petai tu memang tak tu.. tengok kaler pun dah menitik air liur koi...

    ReplyDelete
  2. Pergh terliur ..dinner malam Maggi campur telur pun sedappp kak Seri.ehheheeh

    ReplyDelete
  3. Tinggal berdua makan yang simple gini pun dah sedap. Boleh menambah nasi juga menu camni.

    ReplyDelete
  4. Less is more hihi...
    Tadi dah keluarkan udang, ingat nak menyambal juga. Tapi malas nak gunting cili kering, masuk baliklah dlm esbok 🤭

    ReplyDelete
  5. Sambal udang petai tu, bikin terliur sungguh.

    ReplyDelete
  6. hushhhh sambal udang diaaaaa mai dah

    ReplyDelete
  7. Ohh drama Bon Appetit, Your Majesty ni lah popular terus pajeon ek. Kita pun ikut rasa macam nak mencuba buat pajeon. Daun bawang pulak tak ada.
    Untung juga ada simpan leftover mana tak habis tu. Masa sesak macam ni, terus boleh siap sambal udang petai. Kann...
    Telur dadar togel pun sedap, makan dengan sambal tu acah-acah macam nasi lemak.
    Kalah pulak JDT malam tadi. Elok dah leading first half tu.

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah sedap ni kak, baca pula tengah malam hahaha.

    Sama dgn mak kita, suka tgok drama Korea version tema Istana. Best juga sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  9. Telur dadar togel sebenarnya sedap kan SK. Tambah sedap ada sambal udang tu.

    ReplyDelete
  10. Kalau sudah tinggal berdua, memang makin mudah nak masak. Tak perlu yang susah, yg simple saja pun dah sedap ya kak 👍😄😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!