Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, berlangsung Majlis Raikan Dedikasi anjuran syarikat tempat Sk bertugas melibatkan lebih kurang 300 staf di Hotel Impiana Senai. Hotel ni depan taman perumahan rumah Angah. Memandangkan ruang parkir terhad dan ramai yang parkir di sekeliling hotel kerana ruang parkir hotel penuh, Sk tinggalkan kereta di rumah Angah. Walaupun dekat tapi idok ler Sk larat nak jalan kaki ke atas, hihi, jadi Sk minta Izzat hantarkan ke hotel.
Sk didaftarkan di meja nombor 5. Nombor meja dah tahu awal tapi geng semeja dah sampai baru tahu siapa kecuali Naza la, dah tahu duduk meja nombor 5 jugak. Sk perkenalkan dari kiri, Ustaz Farhan, Haji Daud, Nor, Ina (Mak Pengantin), Fika, Mahani, Naza dan sebelah Sk tu, Zura. Yang belum sampai masa ni, Has.
Bos-bos jalan dari meja ke meja dan bergambar bersama. Kami memang ada ramai bos, hehehe.
Wajah-wajah bahagia bila big bos umumkan bonus dua bulan.. contohhhhh!!
Zura kata macam mimpi, Kak.
Terus ber- love - love.
Acara makan pulak. Buffet line kat pintu belakang, meja Sk di depan, bila sampai barisan dah panjang berjela, jadi kita ambil makanan sampingan dulu la.
Kerabu Maggi, Roti John dan Rojak Asma.
Pudding Cocktail.
Buah-buahan dan kek potong.
Kopi Hitam (no sugar) dan Kordial Oren.
Makanan utama ada nasi goreng dan spaghetti, Sk ambil spaghetti. Ayam blackpepper dia sedap tapi masakan berasaskan makanan laut tu rasa pelik.
Sambil makan, sambil layan lucky draw. Dah habis makan, Zura ajak bergambar di booth, tapi cabutan Lucky Draw belum habis. Agak-agak, kalau diorang panggil nama, dengar, kan.. sempat kan lari ambil? Sebab booth tu kat luar. Tengah-tengah fikir tu, tiba-tiba nampak nama Sk terpampang kat skrin. Terus, eh??!!! Sambil tunjuk skrin, hihi.
Dapat hamper, Alhamdulillah, dapat jadi 30 yang bertuah daripada 300 orang.
Sebelum balik, bergambar dulu di booth yang memaparkan nama-nama staf sebagai penghargaan. Cuba cari nama Sk, jumpa tak?
Shu, kawan lama yang tidak lagi sebumbung. Dulu kami sama-sama bertugas di Bukit Senyum.
Tunggu Izzat kat luar ni. Tiba-tiba bos ajak bergambar sama. Mesti korang pelik, ramainya bos Sk kan, hihi. Sk jugak yang sampai ke sudah jadi ikan bilis, hehehehe.

















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih