Assalamualaikum WBT
Bersambung dari entri
SARAPAN ISNIN & SELASA MINGGU AKHIR 2025
HAMPA betul, semalam kan berangan nak makan Nasi Minyak tapi van yang Sk cerita beli Nasi Dagang tu tak ada pulak di lokasi. Sk jeling jam, baru pukul 7. Kelmarin tu 7.05 dah meniaga. Agaknya dia meniaga ikut hari pulak ke, Sk yang tak perasan. Pagi ni, masa lalu dia baru buka meja. Sk pulak dah janji nak sarapan dengan PI di Restoran Ashoka. Akur tak ada rezeki semalam, Sk teruskan perjalanan menuju pejabat. Dalam hati fikir ada bawa biskut chipsmore tapi sampai office, tengok dalam beg, tak ada. Mesti lupa masukkan padahal dah letak atas meja, hihihi.
Sk ajak Angah, Cikwa dan Cik Ani brunch di Rumah Makan Haji Sendot yang terletak bersebelahan dengan Pelam Tree Cafe. Tapi Angah dan Cik Ani busy. Cikwa jer la yang nak datang bawa Jeika. Cikwa menyambung cuti dari cuti Hari Krismas tuari. Dua-dua ni bff ya sekarang sampai Jeika kata Cikwa jangan ada kawan (kahwin) nanti dia takde kawan.
Rumah Makan Haji Sendot ni dah lama juga tular tapi ini pertama kali la Sk ke sini. Kadang weekend tu nak ajak PI tapi tahulah PI tu agak cerewet sikit nanti ada jer yang tak kena. Nak ajak kawan office datang lunch hour memang la tak sanggup, mesti ramai pelanggan datang lunch jugak. Waktu kerja Sk ni flexible, boleh keluar lunch awal, waktu lunch pulak kena ada kat office sebab masa tu la biasanya ada urusan dengan pelajar. Ni pelajar cuti, bolehlah keluar sebelum tengahari. Sebab itu hari bekerja Sk lagi senang beli makanan di kantin aje.
Mula kami duduk meja sebelah tingkap tapi meja tu berlobang-lobang dan banyak semut besar-besar pulak. Restoran ini merupakan bangunan rumah lama yang dah berusia 108 tahun dan perabot termasuk kerusi meja pun dah lama jugak. Agaknya semut-semut tu pun memang dari keturunan asal dah beratus tahun, tak tahu la, haha.
Jadi, kami pindah meja besar ni, serba salah jugak sebenarnya datang bertiga duduk meja besar. Bagusnya staf tak suruh kami pindah meja lain ya. Jom tengok menu.
Konsep menu di sini, set nasi putih dan indomie berlauk. Boleh pilih nasi atau indomie, nak makan bersama lauk pilihan. Ada kambing, ayam dan ikan. Ayam pun boleh pilih nak ayam bakar atau ayam goreng. Semua set harga sama RM16.
Suruh Jeika pilih sendiri nak lauk apa, mi atau nasi? Selalu budak-budak suka mi (maggi).
Suasana dalam rumah.
Setiap meja ada kicap. Meja pun ada macam-macam jenis. Ada jugak meja ruang tamu, sakitlah pinggang makan kalau dapat meja tu, hihi. Tapi meja makan banyak, jangan risau.
Boleh duduk di anjung. Best ni angin masuk dari depan, kiri dan kanan.
Ada jugak ruang untuk makan bersila di belakang.
Semua minuman percuma termasuk dessert. Hari tu ada lengkong pandan bersantan. Jeika tolong ambilkan minuman.
Lengkong Pandan Bersantan atau ada yang panggil Agar-Agar Lumut. Ambil seorang seketul tapi Jeika tak nak.
Tak banyak pinggan mangkuk lama dalam gerobok ni.
Kasut kulit lama.
Barangan kulit.
Banyak masa tunggu makanan, ambil saja mana ruang yang rasa menariks.
Yey! Makanan dah sampai.
Tiga-tiga ambil nasi. Jeika tak nak pulak makan indomie. Nasi tu dua mangkuk kecik. Yang tak kuat makan boleh kongsi la kot satu set ni. Tak pasti kenapa dia sukat nasi guna dua mangkuk kecik berbanding guna jer mangkuk yang besar sikit. Selain lauk utama, sampingannya ada ulam pegaga, ulam raja, potongan tauhu dan tempe goreng. Ada dua jenis sambal iaitu sambal lada dan sambal kicap, dua-dua pedas. Selain tu ada sebelah telur masin dan semangkuk kecil sup kosong.
Set Nasi Pak Long Latiff (Sk)
Ikan Sumbat Sambal dihidangkan bersama nasi putih, ulam, telur masin dan tahu tempe berlada.
Set Nasi Mak Rokamah (Cikwa)
Ayam Bakar Kicap dihidangkan bersama nasi putih, ulam, telur masin dan tahu tempe berlada.
Set Nasi Mak Mariamah (Jeika)
Nasi putih dihidangkan bersama ayam muda goreng rempah, sambal meninggal, telur masin, ulam dan tauhu tempe berlada.
Ikan sumbat sambal tapi rasanya yang lebih tepat ikan sumbat kelapa. Ikan tak besar, tak kecik sangat, disumbat sambal kelapa dan digoreng. Ikan sedap tapi nasi banyak lagi ikan dah habis, sudahnya minta ayam Cikwa, hihi.
Ayam muda goreng rempah. Walaupun begitu rempah ayam tu tak la banyak macam biasa kita beli ayam goreng berempah nasi kukus tu. Ayam ni separuh ayam ya, kiranya kalau yang jenis makan tak banyak, bolehlah kongsi makan berdua. Macam Jeika ni tak boleh habiskan ayam tu, Cikwa terpaksa tolong la. Yang mana bawa anak kecik tu, boleh suruh anak kongsi.
Sk rekomen la siapa datang sini ambil Set Nasi Mak Rokamah atau Ayam Bakar Berkicap. Ayam bakar dia lembut. Cikwa pulak nak habiskan ayam Jeika, jadi Sk tolong habiskan ayam Cikwa ni, memang eempuk dan sedap berasa. Ulam-ulaman segar betul ya, macam baru petik dari laman.
Jemput makannnn.
Gendang-gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati.
Telefon zaman moden yang kira dah klasik jugak.
Jeika tanya, ni apa?
Adoi, kenyangnya. Nasib baik turun tangga, kalau naik tangga memang tak larat dah.
Sk tak pastilah, rumah ni ada pintu belakang yang tak bertangga ke tak. Nampak semua pelanggan memang naik dari tangga tinggi ni.
Ish.. rata muka asyik bergambar aje. Kami memang kaki bergambar, hehe.
Setiap langkah disuruh berhenti jap.
Dah datang bawa kameraman, kannnnn..
Okey.. last.. last! Jeika dah boring dah tuuuu, hahahahaha.


































Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih