Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA hari ini kenalah balik pukul 5.30. Tinggal harapan la nak balik pukul 4.30 macam sepanjang cuti sekolah bulan lepas. Pelik eh, kenapa bila cuti sekolah jalan lengang padahal budak sekolah bukannya memandu ke pejabat. Nak kata cikgu-cikgu yang memenuhkan jalanraya pun tak logik jugak. Sk hari ni sejak sebelum keluar rumah dah susun mind set, tak nak rasa stress memandu hari ni. Nak tenang-tenang aje mengadap jammed. Siap bancuh kopi secawan, tapi belum sampai office, kopi dah wassalam, hihi.
Berbalik kepada tajuk, Warung Jufira ni baru jugak dibuka di Bandar Baru Uda. Dulu, tempat ni nurseri bunga, kemudian ditambah pulak medan selera dan gerai buah. Selain tu juga dibuka carwash. Jadi, sambil tunggu kereta siap dicuci bolehlah makan atau sambil makan, bolehlah cuci kereta. Macam kami, memang fokus pada satu tujuan sahaja iaitu makan, hehehe.
Warung Jufira ni menawarkan masakan cina muslim seperti masakan goreng panas dan lauk-pauk. Dekat menu ni dia tulis nama masakan sahaja.
Gambar-gambar makanan digantung depan kedai. Mungkin dengan melihat makanan tersebut boleh mendatangkan rasa lebih lapar.
PI pesan Mi Hokkiean. Bila dah dapat, PI kata, dia minta mi tapi dapat mihun. Lepas tu berkuah sangat macam Mi Hailam. Sedap tapi bukan macam yang PI bayangkan jadilah tak sedap di tekak PI.
Pekerja hantar pepes dan otak-otak. Ni Mula ingat nak tapau tapi tak jadi sebab dah kenyang.
Apa taknya, PI pesan jugak Shark Fin Soup ni. Besar eh mangkuknya dan kami sama-sama habiskan, tu la tu tak jadi nak tapau pepes.
Sk rasa, ada tiga kali kot Sk ceduk Shark Fin Soup tu. Betul-betul sedap.
Broccoli Mushroom ni kureng sikit. Tak macam yang biasa kami makan di Seafood Restaurant. Tapi okeylah, padan dengan harganya cuma RM10.
Sk minta Nasi Goreng Kampung pedas. Sedap, tapi tak rasa nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung hilang kot, hihi.
Dalam nasi goreng ada udang, tak silap dua ekor. Ada crab stock dan taburan ikan bilis goreng. Ikan bilis rangup dan tak masin sangat tapi bila terlalu banyak jadi masin la pulak.
Keseluruhannya tidaklah mengecewakan. Mungkin kalau lain kali tak ada idea nak makan di mana, boleh singgah sini lagi.
pelik kan... kenapa cuti sekolah jalan clear tapi time sekolah ni jammed merata... kita pun lewat pagi tadi sampai office...
ReplyDeleteKalau kedai makan ala cina ni nasi goreng tu lebih rasa nasi goreng cina la kot kan SK.
ReplyDelete