Assalamualaikum WBT
HARI berlalu, dah masuk hari ke 9 tahun 2026 dan hari Jumaat kedua tahun 2026. Pagi tadi di Plaza Tol Perling, kedua-dua lorong RFID sangkut sehingga menyebabkan kesesakan yang luar biasa di semua lorong. Para pengguna RFID terpaksa mencilok masuk ke lorong touch n go. Haih, buang aje la lorong RFID tu, kerap sangat menyusahkan pengguna lain. Sebab tu sampai sekarang Sk lagi senang guna tng aje. Masa guna smart tag dulu, tak pernah ada masalah kecuali kalau bateri kong, heheheh. Berderau ui darah kalau tiba-tiba siren berbunyi masa nak keluar lorong. Kalau toreh pipi agaknya darah pun tak keluar, hahaha.

Baiklah, cerita pasal makan pulak la ya yang memang tujuan utama. Ni keluar bertiga beranak, Iman ajak ke Paradigm Mall, Sk lupa tujuan asal tapi tiba-tiba dia paw bapak dia beli kasut baru. Sebenarnya sejak mula dia minta dengan mak dia tapi Sk buat tak tahu. PI pulak lembut hati belikan, dia guna alasan nak pakai untuk intern, hahaha. PI kalau pasal belajar memang mudah mengalah dengan anak. Lepas beli kasut, perut pun dah menjerit, kami ke Rusim Kitchen.
Sk dan Iman dah dua kali makan di Rusim Kitchen ni tapi ini pertama kali bagi PI dan memang sesuailah dengan taste beliau yang sukakan masakan Siam. PI tak berapa minat kalau kita ajak makan di restoran western. Ada time la yang dia tiber layan makanan western.
Tomyam Seafood (RM24.90)
Tengok resit balik, baru perasan tomyam ni dapat diskaun 2nd items 30% off. Harganya jadi RM17.43 sahaja. Sup tomyam sedap, tiada rasa pes atau msg yang kuat. Makanan lautnya segar dan banyak. Selain tu ada cendawan shimeji kot nama dia.
Kerabu Mangga (RM16.90)
Sedap, tapi kerabu mangga kedai tomyam sedap lagi.
Sotong Kukus Ala Thai (RM31.90)
Sedap, masam manis pedas sosnya, sotong tak liat. Dalam masakan ni pun mereka letak cendawan shimeji.
Baby Kailan Goreng (RM14.90)
Sayur biasa ajelah. Mungkin dia celur dulu lepas tu goreng, kemudian ditaburi bawang goreng di atasnya. Jadi, ada rasa rangup. Kelihatan jugak tu, Sotong Goreng Tepung.
Porsi nasi dia mencukupi tidak berlebih. Tapi pinggan dia kecik, susah nak letak lauk. Kena ambil lauk sikit-sikit, hehehe.
Sotong Tepung dia macam jemput-jemput. Hurmm.. tak berapa sedap la bila sotong digoreng macam tu. Berapa ketul aje pulak sotongnya, harga RM23.90.
Yang paling win, Lime & Garlic Steam Fish (RM49.90). Rasa tak nak berhenti menyudu sos ikan stim ni. Ikan ni diletakkan di atas pinggan hidangan yang ada api dibawahnya, memang kuah dia tu sentiasa mendidih eh hingga ke titisan terakhir, hihi. Bagi Sk, untuk hidangan yang macam ni, berbaloi la bayar ikan RM50 seekor.
Berselera makan sebab tengah lapar betul masa tu. Oh, tengah taip ni baru teringat, PI pernah la makan di Rusim Kitchen tapi masa tu mereka beroperasi di Aeon Tebrau. Tu la tu sekarang mereka dah pindah ke Paradigm Mall. Lama jugak la pindah, Sk dan Iman masa tu datang bulan puasa tahun lepas.
PI minta Sk belanja. Bolehlah sekali-sekala, jangan selalu-selalu, bengkok bahu kita nanti, hahaha.
Burppp.. Alhamdulillah.
boleh tahan juga harganya. yg penting enak dimakan agar tidak terkilan bila membayar.
ReplyDeleteokeylah..kita dah terliur..esok kita balik JB kita ajak menteri kewangan kita pi makan kat Rusim Paradigm mall la...x leh tahan la tgok menu dia..
ReplyDeletesekali sekala boleh la... kalau nak selalu SK belanja, SK masak kat rumah jelah.. belanja juga tu.. hihihi... semu alauk2 pun nampak sedap...
ReplyDeleteDana tak daftar rfid lg biasa pakai smart tag je... kalau tetiba tak boleh guna lorong rfid tu naya kan kak. Aduhla sedapnya tgk semua menu akak terutama yg ikan dgn sutung tu
ReplyDeleteRFID kena Reverse, Forward, Insya-Allah, Detect.
ReplyDeleteKita terliur tengok ikan tu. Dalam peti ais ada sos dia. Nantilah kot beli ikan besar di pasar, nak buat sendiri je di rumah. Nampak sedap la, semua hidangan dalam gambar. 😋
Husb Cie takmau pakai RFID walaupun dapat free masa beli kereta. Entahla kenapa dia tu. Pakai tng je. Nampak sedap pulak Lime & Garlic Steam Fish tu.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera sesedap
ReplyDelete