WALIMATUL URUS @ KG PARIT HJ ALI, PARIT RAJA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


DUA hari berturut-turut, awal tahun 2026 ni makan kenduri orang kahwin. Hari ahad lepas, Alhamdulillah, Sk dapat memenuhi undangan menyambut menantu rakan sekerja tapi berlainan cawangan, yang Sk panggil Ina. Terima kasih, Ina atas ingatan dan kesudian menjemput kita suami isteri ke Majlis Perkahwinan anaknda Ina, Amir dan pasangannya Aida. Teruja pulak bila tahu, pengantin perempuan berasal dari Jitra, Kedah.



Dah lama Sk tak pergi kenduri yang dibuat di rumah pengantin sendiri. Sebuah khemah besar didirikan di halaman rumah. Para jemputan berpusu-pusu datang. Di kiri dan kanan khemah disediakan kudapan untuk tetamu seperti cakoi, cucur udang, goreng pisang, minuman panas dan minuman sejuk serta cendol.


Hari tu tengok vtt pasangan artis Mimi Lana dan Syafik Kyle, pergi kenduri ambil nasi dua jemput jer kot. Maka berazamlah lepas ni, kalau pergi kenduri nak ambil nasi dua jemput jugak. Tapi.. lihatlah sendiri. Sk letak sikit, rasa macam tak cukup pulak, hahahah. Nasib baik tak ambik sikit, sedap nasi beriani tu. Lauknya kambing, daging lembu dan ayam goreng serta acar jelatah. Jamuan di rumah Ina ni dimasak secara gotong-royong, jawapan kakak penanggah bila Sk tanya. Menurut beliau, di kampung tu masih mengamalkan memasak secara gotong-royong setiap kali ada kenduri. 


Meriah sangat majlisnya nak nak pulak dapat tetamu semeja yang peramah. Kami berborak macam dah kenal lama siap bertukar nombor telefon, haha. Sama-sama pulak datang dari Johor (JB). Yang sorang kawan mak pengantin, sorang lagi kawan bapak pengantin.


Inilah mak pengantinnya, orang BP kot-kot ada yang kenal. Bertuah tau Aida dapat mak mentua cantik dan sporting macam Ina ni. Macam-macam pulak Ina bagi selain goodies kerepek ubi dan telur pindang. Siap dapat wajik dan bonjrot lagi. Bonjrot tu dalam bahasa Jawa, kami panggil, berkat. Berkat tu nasi kenduri la, dah dapat makan, dapat bawa balik lagi. Jadi, malam tu tak payah risau nak makan apa, panaskan aje berkat yang dibawa balik tu, hihi.


Syukur.. Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantiknya mak pengantin...suka la kenduri2 macam ni...teringat kenduri adik pun ada banyak dapat Bonjrot tu...adik lelaki SA kahwin dengan orang Bakri..jawa jugak kot...memang meriah kalau diorang buat kenduri

    ReplyDelete
  2. Dah jarang orang buat kenduri di rumah tapi kalau buat memang meriah sebab famili rewang sakan nak siapkan majlis. Comelnya mak pengantin. Batu Pahat banyak kerepek dan makanan yang boleh dijadikan berkat pada tetamu. Seronoknya tenguk

    ReplyDelete
  3. Muda lagi mak pengantin. Seronok pergi kenduri dapat makan menum macam2. Rugi la kalau ambil sejemput je.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya goodies dan berkat bawa balik. Alhamdulillah. Mana boleh makan nasi kenduri dua jemput jer.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!