Assalamualaikum WBT
ADA lagi rupanya episod makan tiga beranak di Paradigm Mall yang belum diterbitkan di blog Alam Sari ni. Bila disemak tarikh gambar, 24 Disember tahun lepas. Oh, baru Sk ingat, ni sehari sebelum Family Gathering @ Laman CaSa Tangkak. Plan asal, pagi sebelum bertolak ke Tangkak, kami jemput Iman di kolej tapi tiba-tiba dia muncul depan pintu menjelang maghrib 24 Disember tu. Tu la malamnya kami pergi makan di Oriental Kopi. Masa tu la dia paw PI kasut, bukan masa makan kat Rusim Kitchen. Yang tu pasal apa ek pergi PM, lupa dah.. mungkin semata nak pergi makan, huhu.. ampunnn salah cerita.
Biasanya nak masuk ke Oriental Kopi ni kena beratur panjang tapi malam tu, tak ada orang beratur cuma meja dekat dalam penuh. Jadi, kena tunggu sekejap staf kemas meja yang baru ditinggalkan pelanggan.
Cincau untuk Iman dan Soya Bean untuk TTK.
Kalau datang bertiga, roti bakar kena ambil dua set. Sk makan Mi Kari. Hurmm.. rasanya lepas ni tak nak lagi la makan Mi Kari di mana-mana kopitiam kecuali jika terlalu lapar. Portion dia macam nak bagi dua orang makan, masalahnya kami ni lain-lain taste, hehehe. Tetap jugak kena pesan main dish sorang satu.
PI makan Mi Udang.
Pilih mihun campur mi kuning. Samalah, besar jugak portion, jika terlalu lapar mungkin mampu habiskan. Sk suruh PI ratah udang jer kalau tak mampu habiskan mi.
Iman pada mulanya nak makan nasi ayam, tapi staf kata dah habis. Pening jugak nak pilih makan apa tapi tu takpa. Tup tup kami nampak pelanggan yang duduk meja belakang Iman dapat nasi ayam pulak. Padahal kami datang dulu, kenapa masa kami pesan, staf kata tak ada?? Tapi, tu laaa.. malas nak betah (bergaduh).
Mungkin lepas ni tak mahu dah makan kat sini kalau dah malam. Itu habis, ini habis, menyampah!!
Portion besar boleh share, tapi lain-lain selera pula ya. Betul, tak best la kalau kita order tapi menu dah habis. Jadi macam movie Senario lama tu, itu habis ini habis, habis tu apa yang tinggal? Air je ada. 😂
ReplyDeleteNi yang tak syok kalau itu habis ini habis. Potong mood tau
ReplyDeleteDari gambar pun nampak portion besar
ReplyDeleteSaya pun tumpang menyampah, itu habis, ini habis...memang sakit ati.
ReplyDeleteAduhai, gambar dlm galeri 2025 tinggal beberapa keping jew. Terpaksa delete untuk laluan gambar travel huhuhuu....
Potong selera nak makan kalau semua takde. Besar sangat portion tu memang terlebih kenyang la nak habiskan.
ReplyDelete