Assalamualaikum WBT
HARI-HARI minggu ni, marilah kita sambung kisah JJCM ke Penang baru-baru ni. Tempat makan kebanyakannya kami pergi tempat yang sama aje. Banyak jer tempat makan viral baharu tapi yang lama jugak jadi pilihan.
Penang Road Famous Laksa ni telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM. Ini kali kedua la kami ke sini, kali pertama dulu Iman yang ajak, kali ni PI pulak yang nak ke sini.
Dekat sini kena beratur tapi kali ni tak panjang sangat. Bukan tak panjang, tapi depan kami ada satu grup sahaja.
Selain laksa, kuey teow pun ada.
Terus pesan makanan dan minuman di pintu masuk.
Tiga signature dish di sini iaitu laksa, kuey teow goreng dan omelette oyster atau udang.
Nampak tu, PI dah tak sabar nak makan laksa.
Letak petis, orang Penang panggil otak udang.
Sk ada seorang kawan orang Penang, cara dia makan laksa sebijik PI la, letak otak udang banyak-banyak sampai dah rasa kuah rojak.
Sk makan Char Kuey Teow. Pucat warna dia tapi sedap la. Cuma sikit no sepiring kecik aje. Sk ingat dorang memang buat porsi kecik sebab biasanya pelanggan yang datang sini akan pesan banyak jenis menu.
Pink Lady untuk TTK. Pink Lady tu sirap bandung. Lupa la PI minum apa, lemon kot.
Omelette Oyster.. sedap. Sk pertama kali makan ni dulu kat Hatyai lepas tu terus suka.
Banyak jugak oyster dia letak. Paling best bila ia letops dalam mulut.
Selalu penuhhhh kedai ni.
Lepas tu kami jalan kaki ke Ais Tingkap. Tapau la tapi.
Selain ais tingkap, tapau cendol jugak, minum kat hotel.
Malam tu kami ke Kopitiam 7 Pagi.
Walaupun namanya 7 Pagi, dia buka sampai tengah malam.
Lemon panas, kopi ais dan dumpling goreng.
Sk makan ni aje.
PI makan mee wantan.
Ada roti bakar jugak.
Dumpling tinggal satu, Sk punya.
Ramai orang dalam poster hehe. Oh, tepi-tepi ni ada pelanggan sebenarnya.
Lepas tu kami ke Sup Hameed pulak. Ni wajib eh kalau ke Penang.
Nampak ada nasi lemak daun pisang, ambil sorang sebungkuih.
Telur rebus sejuring.
Pesan sup kambing semangkuk dan roti benggali. Roti ada dua keping, makan sorang sekeping. Sup ni share la dua orang.
Makan dekat luar ni haaa. Angin kuat, ni tepi jalan. Makan kat dalam tak best, hahaha.





























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih