Assalamualaikum WBT
DAH beberapa bulan dah PI dapat voucher Penginapan 2H1M termasuk sarapan untuk dua orang di Double Tree by Hilton tapinya cuma boleh check in pada hari isnin hingga khamis sahaja. Asyik bertangguh sahaja nak pergi sebab sayang nak ambil cuti. Ialah, takkan nak ambil cuti sampai dua hari padahal duduk hotel dekat JB jer kan. Akhirnya Sk suruh Iman jer pergi duduk ajak roommate dia, Ili pada 8 Januari lepas.
Malam tu, Sk dan PI jemput mereka di hotel dan bawa makan di Restoran Kampung Carabao. Lama tak makan situ, kata Iman. Demand pulak budak ni, orang dah bagi duduk hotel, dia ajak dinner pulak, kemahen lagi ek!
Pelbagai pilihan tomyam. Dulu dekat sini tomyam ada satu saiz aje, sekarang dah ada saiz lagi besar. Sk minta saiz untuk 2 - 3 orang makan tapi PI kata nanti tak cukup. Sebenarnya cukup aje sebab ada ambil lauk lain kan, tapi dah tukang bayar kata ambil yang besar, layankan aje la.
Hah.. tu dia, kemahen besar periuk tomyamnya. Sk dah agak, memang tak habis. Sk minta tapau la, ingat nanti panaskan tinggal tambah seafood tapi sampai sekarang masih membeku dalam tempat frozen, hihi. Iman la tu yang kata nanti dia balik nak makan. Mana sempatnya.
Tomyam, RM38.90
Sotong Spicy Style, RM23.90
Ni memang favourite setiap kali ke sini mesti nak order. Sedap rasa sambal dia, ada letak santan. Tapi PI tak minat sangat kan masakan bersantan ni.
Fried Baby Kailan with Garlic, RM16.90
Sedap, selain kailan, dia letak jugak cendawan dan carrot. Nak bagi lagi banyak sayur kot. Tapi bagi Sk, kalau tajuk dia kailan janganlah letak sayur lain. Dah Sk kena makan carrot-carrot tu semua, hahaha. Sk suka jer carrot tapi dorang tak.
Thai Mango Salad, RM21.90
Huishhh.. tapi ni baru perasan mahalnya dia punya kerabu mangga, hahaha. Kerabu mangga tak sedap macam kat Ainoni atau Sayam. Dahlah letak batang-batang sayur dari mana tah. Tapi mewah sebab dia letak gajus, bukan kacang tanah. Tu sebablah mahal kot.
Terkejut tengok Omelette Prawn ni, gedabak besar pinggan dia dengan isinya pun melimpah. Harga RM22.90. Tak tahulah berapa ekor udang dia letak.
Butter Prawn, RM28.90
Ni sedap.. dia masak butter tu basah-basah tapi masih ada serdak-serdak macam butter prawn kering. Udang pun fresh.
Fried Fish Spicy Thai Style, RM75.
Ikan saiz sederhana, digoreng dahulu kemudian dicurahkan sos spicy ala Thai. Rasa sos dia berempah dan bersantan macam masakan sotong di atas. Jadi, PI kurang suka, Sk la yang suka masakan macam ni. Memang sedap la di tekak Sk.
Banyak sangat ambil lauk, tapi semua habis. Yang tak habis cuma tomyam dan ikan tinggal dari leher sampai kepala. Bolehlah makan kat sini sekali-sekala, selalu-selalu, pitammm.
Inilah kawan baik Iman kat U yang sedih sangat nak berpisah tu. Lepas ni Ili akan intern berdekatan dengan rumah keluarganya yang pasti bukan di Johor. Mereka ni kawan dari semester 1 sampai sekarang tak pernah berpisah, macam belangkas ke mana-mana berdua.
Oh, ni kami makan di Kampung Carabao cawangan Jalan Dato Abdullah Tahir.
Burppp.. Alhamdulillah.















Aduhai..kita yang tengok ni terus rasa teringin ha....kena masuk wishlist lagi ni...hari tu dah jatuh cinta nga Rusim Thai...hahahaha..semua penangan blog SK..ye la dah en suami kiter tu nama je org JB, banyak tempat dia x tau...
ReplyDeleteMakanan semua sedap2 ya SK tapi harganya tu wow sangat.
ReplyDelete