CEMPEDAK KAHWIN VS CEMPEDAK BUJANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


SEKEJAP jer kita dah berada di pertengahan bulan Rejab 1447H. Kira-kira sebulan setengah lagi, insyaAllah, Ramadan bakal berkunjung. Jemputan preview Ramadan Buffet pun dah masuk. Tapi, tahun ni Sk rasa nak bersara dah buat preview hotel buffet ni, la.. aci tak? Malas nak ambil gambar dan malas nak mengarang, tapi bab makan, rajin, hihihi.



Dekat rumah Sk ada kedai buah baru dibuka bersebelahan dengan 7E. Baru tak baru sangat, la.. mungkin dalam dua bulan lebih kot nampak kedai ni jual pelbagai jenis buah. Ceritanya hari tu, Sk nak beli roti kat 7E, tetiba ternampak buah cempedak ni dipamerkan depan kedai. Selalu tengok Wak Warisan Petani tunjuk buah cempedak macam ni, wak kata, cempedak durian. Bila Sk tanya penjual, dia sebut cempedak kahwin. Sk kata, betullah, cempedak kahwin durian, kan.. hahah. Harga sekilo RM7. 


Sk mintak pilihkan yang dah masak untuk digoreng esok. Masa beli ni dah malam, mana sempat nak goreng. Dia pun tekan perlahan beberapa biji cempedak dan tunjukkan yang ni, buahnya gemuk pendek. Lepas ditimbang, harganya RM10. Suka sangat, bila dibelah penuh isinya. Sk kira ada 35 ulas. Ulasnya besar-besar pulak dan dah agak masak.



Sebelum-sebelum ni kan selalu kena scam dengan cempedak, jadi, sebelum bancuh tepung, Sk kopek dulu cempedaknya. Tepung beras tu tinggal sikit, tapi cukuplah untuk salutan batter 35 ulas cempedak ni.

Untuk batter, Sk bancuh tepung beras, air kapur, telur sebiji, garam dan sedikit serbuk kunyit serta sedikit air.


Goreng sampai berkaremel, agaknya cempedak tu terlalu masak la kot, tapi sedapnyaaaa.. hahaha. Lepas tu, tiap kali lalu kedai tu nampak cempedak banyak, baru sampai kot, rasa nak singgah beli tapi fikirkan bila masa nak goreng? Lepas tu teringat, kena beli tepung beras dulu. Asyik bertangguh nak membeli, lama-lama dah tak nampak cempedak kat kedai tu, habis dah la agaknya. Tak ada rezeki.


Tup tup, balik dari pengantin kat Parit Raja tu, nampak cempedak dia dah ada stok ya. Tapi dia letak ke dalam sikit. Entah-entah sebelum ni ada aje cuma kami yang tak nampak sebab mereka dah pindahkan tempat. Terus PI masuk parking, lepas tu Sk tengok kulitnya, oh, bukan cempedak kahwin la, Sk cakap dengan PI. 



Pekedai beritahu, cempedak kahwin dah habis. Yang ni, cempedak bujang la kan, sebab dia bujang Trang tang tang, harganya murah banyak ya, RM5 jer sekilo. Murah betul, rata-rata Sk jumpa cempedak orang jual, RM8 sekilo. Ni lepas timbang, RM11 jer, besar jugak tu buahnya, panjang dari yang beli kelmarin tu. Lepas beli cempedak, terus singgah kedai runcit beli tepung beras. Macam biasa la, Sk kopek dulu sebelum bancuh tepung, ada 39 ulas, puassss hati sangat!


Buah cempedak di luar pagar ❎
Buah cempedak di dalam kuali ✅


Buahnya masak ngam-ngam, tak terlalu masak. Jadi, memang elok la bulat-bulat.



First batch cempedak goreng, makan sambil goreng second batch, heheheh. Sedap dan puas hati betul. Baru-baru ni Sk ada beli cempedak goreng, RM1 seketul, beli RM10. Ni RM11 dapat 39 ketul oi, hihi.


Sengaja letak minyak banyak sikit dan guna kuali besar, malas nak goreng banyak kali. Dua kali goreng, shiappp!



Panas-panas dari kuali. Dinner malam tadi memang makan cempedak aje. Tu pun makan dua kali duduk, sekali makan kat dapur, sekali lagi makan sambil layan filem seram Santet apatah tajuk dia, lupa, hehehe. 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cempedak goreng depa jual seulas rm1. Ni beli sebiji dapat banyakkk. Tapi akak kalau beli sebiji camni tak sempat di goreng sudah ngap masuk mulut. hehehe

    ReplyDelete
  2. cantik betulisinya tu..SA nampak ramai yang jual cempedak kat seremban..x tanya plak berapa harga sekilo....tgok entry ni jadi teringin..angin pun angin la..ubat ada kan

    ReplyDelete
  3. Ni kalau saya yang tengok, semua sama je nama cempedak. Tak kenal cempedak kawin ke apa 😄

    Sedap betul rupa cempedak goreng SK 😋

    ReplyDelete
  4. Murahnya! Berbaloi sangat beli sebiji terus, puas makan 👍🏻

    ReplyDelete
  5. murah kak dia jual sekilo, sebiji tu rm10 murah sangat dah tu... dapat lak jenis yang buah dia rapat-rapat

    ReplyDelete
  6. Ooo.. ada jual ya, cempedak kahwin macam Wak Warisan Petani tunjuk. Saya rasa macam tertarik nak beli cempedak, tapi mengenangkan getah nak kopek tu, macam malas jer (sebenarnya tak reti kupas cempedak). Elok pula isi cempedaknya.

    ReplyDelete
  7. Kat Lipis ni sekilo RM9 kat BS Freshmart tu. Kedai jual cempedak goreng RM1-1.50 seulas tengok size.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!