Assalamualaikum WBT
GANTUNG periuk lagi hari ini. Tengahari nanti, InsyaAllah akan menghadiri jemputan walimatul urus seorang kawan sekerja tapi lain cawangan yang menerima menantu bulan lepas. Ni kira majlis menyambut menantu la atau jugak kalau di Johor ni dipanggil majlis bertandang.
Kisah Jumaat lepas, Angah buat Pulut Kuning tanda kesyukuran. Lauknya Kari Kambing. Ada jugak sambal telur rebus.
Pulut kuning Angah masak 5 kilo.
Kari Kambing. Tapi ni untuk family jer la. Tak banyak kambingnya, hehehe.
Bukan nak double standard tapi kadang-kadang ada orang tak makan kambing, ada orang tak makan daging (lembu). Kari Ayam lebih selamat dan hampir semua orang makan ayam. Jadi, untuk agihan kami beri Kari Ayam.
Balik kerja Sk terus ke rumah Angah. Masa tu Cik Ani tengah gaul pulut dengan santan sebelum dikukus semula. Selesai kukus, barulah Sk masuk line, tolong pek pulut jer pun.
Kita hias sikit la bagi berseri, letak timun sehiris dan daun kari sehelai atas pulut.
Letak dalam bekas polisterin ni jer la. Guna bekas mahal-mahal walaupun cantik lepas makan orang buang je. Lauk kari bungkus dalam plastik jer, senang nak makan tuang terus atas pulut.
Peminat pulut kuning angkat tangan, heheh.
Bungkusan pulut kuning ni diagihkan kepada jiran-jiran Angah.
Aaaa.. shiappp!
Syukurrrr Alhamdulillah.
Menyelerakan pulak dihias cantik2 tu. Mesti gembira si penerima dapat pulut kuning cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRamai dapat merasa pulut kuning kari ayam.
Sedapnya makan pulut kuning dengan kari ayam 😋
ReplyDeleteCantik pulut kuning ada buat bentuk gitu, tambah pula ada aroma daun kari. Saya tengok di skrin pun rasa seronok apa lagi si penerima.
Bentuk bunya pulak pulutmya!
ReplyDelete