HADIAH TOP 10 PENGOMEN TEGAR BLOG SECAWAN KOPI SEKEBUN CERITA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


YEAY! 

Sk tersenarai Top 10 Pengomen Tegar di Tot's Blog, Secawan Kopi Sekebun Cerita. Walaupun kedudukan Sk di tangga ke 8, namun Tot tetap bermurah hati memberi hadiah. Boleh baca ceritanya...

Top Commentators 2025 - Secawan Kopi, Sekebun Cerita


Ini kali ketiga ya Sk menang giveaway Tot's Blog. Walaupun kali ketiga tetap teruja. Hadiahnya sampai semalam. Terima kasih Nur yang bersusah-payah mengepos hadiah. Sk tahu bukan senang prosesnya tu, dari nak membungkus, sampai menghantar. Nak pergi pejabat pos tu pun kalau Sk ni, bercinta jugak.


Lepas buka bungkusan, kad ni Sk tampal di monitor PC. Abaikan la berhabuk tu berapa minggu tak lap, huhu.


Ada zipper bag dalam bungkusan. Dalamnya ada

v

v

v

v

v


Sehelai tudung bawal yang sangat sweet juga sebatang penunjuk Al-Quran. Rasa berkimia sungguh laaa sebab Sk memang tengah cari tudung warna dan corak bunga yang melingkar macam ni tapi tak jumpa-jumpa. Ni nanti Sk nak tampal rhinestones, memang berangannya macam tu la kalau dapat beli tudung macam tu. Uniknya warna tudung ni ada dua tone, kalau nak buat tema matcha strawberry pun sesuai sangat ni.


Barang-barang lain ...


Satu bekas kecil ni boleh buat isi sidedish bekal la ni nanti. 


Beg siling tapi ni nanti nak letak bedak kompak dengan gincu, senang tak terpisah-pisah.


Keychain replika strawberry yang dikait, ni dah gantung dekat beg kat atas tu, hehe. 


Sebuah buku nota capybara. Boleh ni catat resipi ringkas-ringkas, hihi. Sekali lagi, Nur... terima kasih banyak di atas nilai persahabatan di alam maya. Semoga kemurahan hati Nur Allah swt ganjarkan dengan rezeki wang yang banyak lagi halal, ilmu yang bermanafaat, kesihatan yang baik dan sejahtera selalu serta anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan Nur dan suami, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aminn.. YRA.. atas doanya.. 🤲 terima kasih, SK. Terharu saya. Semoga persahabatan maya kita berpanjangan, dan mana tahu kot dapat berjumpa satu hari nanti, ya. 🤗

    ReplyDelete
  2. Meriah kan macam2 ada dalam 1 plastik tu. Cantik la tudung tu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah SK....kita dapat tudung corak sama tapi SA nyer warna cekelat..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Sulam dia cantik. Akak ada warna tudung pink 2 tone tapi takde sulam. Tahniah. Semuga rezeki nur melimpah ruah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak..murah rezeki
    Meriah hadiahnya

    ReplyDelete
  6. Tahniah!! lama nya kita x buat giveaway kat blog sndri :D

    ReplyDelete
  7. Wah..Tahniah SK! Cantik sweet sungguh warna tudung. Beg siling kecil tu memang banyak kegunaan. Saya pun letak kat setiap beg solat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!