Assalamualaikum WBT
HARI ni Sk tak sarapan. Ada jer biskut chipsmore dalam beg ni tapi macam tak berapa lapar. Sebabnya, sebelum keluar rumah pagi tadi, sempatlah bancuh sebungkus minuman Coklat Kosong jenama Aik Cheong yang Sk beli di kedai Eco, tiga bungkus, RM2.60. Tu la tu tak rasa lapar sangat. Plannya pukul 11 baru cari makanan di Syurga Dessert. Pukul 10 jer perut dah jerit-jerit. Boleh jer nak pergi Pasar Tani Kekal Datin Halimah cari makanan tapi malas. Ke Syurga Dessert rajin pulak, hahaha. Alhamdulillah, sekarang dah kenyang, tadi Sk beli Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Api dan satu lagi makanan, yang tu nanti makan petang sebelum balik, hehehe.
Tiba-tiba aje hari isnin, 8 Dec lepas, Kak Roz (kakak PI) datang ke Johor. Ceritanya, tiba-tiba anak bongsu beliau kata, nak kena ambil kereta baharu yang dibelinya di Proton Batu Pahat. Tu takpa, sebenarnya pulak bukan ambil kat Batu Pahat, tapi di Senai. Sabar aje la emaknya, hehehe.
Masa Kak Roz beritahu nak datang BP ambil kereta tu, Sk macam.. kenapa jauhnya ambil (beli) kereta kat BP. Tapi tak pe la, masalahnya manalah Sk sempat nak ke BP, pulak tu hari kerja. Dari Johor (baca: Johor Bahru) nak ke Batu Pahat tu jauh ya. Sebabnya, dari bandar BP tu nak ke Plaza Tol jauh. Sebab tu kalau Sk dan PI ke BP kadang kami ikut jalan lama jer.
Esoknya tu, Kak Roz whatsapp lagi, bukan ambil kereta di BP tapi di Senai. Lahhh, Senai tu dekat rumah Angah, kan. Sk tengah busy kerja masa tu tapi macam tak sampai hati pulak tak datang jenguk. Dah selesai kerja Sk, terus isi borang keluar dan menuju ke Senai. Kak Roz belum sampai, Sk tunggu dekat luar Proton Anggerik Senai ni.
Dalam pukul 4.30 Kak Roz sampai dengan Hakim dan Abang Samad. Hakim anak Kak Roz beli kereta Saga Serba Baharu yang baharu dilancarkan oleh Proton juga dikenali sebagai MC3. Paling tak tersangka, Hakim merupakan pembeli pertama Proton MC3 di Proton Anggerik Senai ni tau. Menurut penasihat jualan tersebut, mereka tak mahu tanggung risiko menghantar kereta kepada pelanggan, jadi pelanggan kena datang ambil sendiri. Sekali lagi sabar aje la...
Tahniah, Hakim. Dah ada kereta sendiri. Boleh meronda lebih jauh, heheheh. PI tak dapat datang sekali sebab malam tu bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Sk lupa perlawanan JDT menentang pasukan mana. Oh, Sk masih ingat lagi, Hakim ni lahir 24 Disember 2000 dan esok atau lusanya tu Hari Raya Puasa. Itu la kali pertama Sk balik Kuala Ketil dan sambut raya di Kuala Ketil dan Kak Roz pulak baru balik dari hospital selepas bersalinkan Hakim.
Hakim terus balik KL, Kak Roz nak balik Kuantan. Sebelum balik Sk ajak makan dulu dekat restoran yang berdepan dengan jalan utama ni, lupa nama restoran. Abang Samad terus pesan sebiji air kelapa.
Kami pilih Set Nasi Berlauk untuk 3 orang makan. Set ni lengkap minuman sirap ais atau teh o ais, RM75.90. Lauknya Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin dan Daging Masak Merah. Alhamdulillah, makanan sedap dan tidak mengecewakan. Malulah kalau tak sedap, kita bawa orang Kedah dengan orang Pahang datang makan, hahaha.
Kenalah cukupkan syarat, bergambar sebelum makan. Bukan selalu ni mereka datang Johor. Kak Roz pulak dah nak jadi YB (Yang Bersara) tak lama lagi. Rasanya masa entri ni diterbitkan, Kak Roz dah bersara. Selamat bersara, Kak Roz. Syoklah Abang Samad duduk rumah ada kawan. Makin rajinlah Kak Roz berdansa di dapur, hahaha.









Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih