Assalamualaikum WBT
JEMPUTAN Walimah pertama Sk penuhi tahun 2026 merupakan jemputan dari sahabat muka buku sejak 17 tahun lalu, Norzie Ezuriantiy yang Sk panggil Ezu, diadakan di Monet Garden by Diva, Skudai. Sejak kenal Ezu, kami memang aktif mengomen di wall masing-masing malah beberapa kali terserempak ketika window shopping di beberapa mall di JB ni. Dia punya rapat tu macam kenal dari zaman sekolah, haha, siap ingat nama suami dan anak-anak Ezu. Begitu jugak Ezu, dah kenal keluarga Sk.
Puteri sulung Ezu, Nadhilah bertemu jodoh dengan Raziq selepas berkenalan semasa melalui internship di GBW Hotel. Nadhilah juga merupakan alumni di kolej tempat Sk bertugas. Sekarang keduanya dah bergelar Chef Hotel ya.
Cantik hall Monet Garden ni, memang sesuai la dengan namanya.
Jamuan disediakan oleh Saripah Catering yang agak famous jugak di JB ni. Sedap betul nasi dan lauk-pauknya, ada Daging Beriani, Ayam Masak Merah, Dalca dan Pajeri Nanas selain kuih-muih, bubur pulut hitam dan buah jambu asam boi. Ada menu tambahan iaitu mihun goreng dan nasi goreng kampung.
Cendol sebagai pencuci mulut yang amat menyegarkan.
Terima kasih Ezu atas ingatan. Penuh tangan dengan goodies pemberian mak pengantin.
Menarik goodies ni, ada dua sachet kopi 3 dalam 1, dua sachet teh 3 dalam 1 dan sebungkus biskut hup seng. Selain tu untuk tetamu lelaki diberi sebungkus mihun kering dan tetamu wanita dapat tepung cucur bawang segera. Yang mana tak ada idea nak bagi goodies kenduri tu bolehlah pinjam idea Ezu ni, hihi.
Comel sungguh gambar pengantinnya. Bukannya letak foto prewed, tapi dipamerkan foto masa kecil, hahaha. Memang kreatif sekali.
ReplyDeletePestanya meriah ya, makanannya pun nampak sedap-sedap. Salam dari Indonesia :)
lawa tempatnya..Alhamdulillah, dapat memenuhi jemputan.. tahniah sis Ezu terima menantu...
ReplyDeleteHaah la menarik goodiesnya....kena amik ni idea ni walau lambat lagi anak dara SA nak kahwin...
ReplyDeleteSweet, dia letak gambar pengantin di masa kecil.
ReplyDeleteSiling dewan sangat cantik. 😍
Baguslah, dia bagi doorgift barang yang orang guna.
Cantik dewannya kak
ReplyDelete