Assalamualaikum WBT
TERPENGARUH jugaklah nak makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang yang viral di Restoran E&Y Sahul cawangan Taman Adda Heights. Bukan FOMO sangatlah tapi terlintas nak ke sana apabila kedai asal yang kami tuju tu tutup. Tengah blank blank tu teringat pulak, apa kata pergi makan nasi goreng tu, tu pun kalau PI nak laaa. PI pun dah putus asa agaknya nak fikir tempat lain masa tu, hihi. Ni pergi masa malam tahun baru 2026.
Pilih duduk di meja luar bersebelahan kaki lima restoran. Sejak dulu tak pernahlah tak ramai Restoran E&Y ni. Dulu, masa Iman sekolah dan tuisyen di Taman Daya, pernahlah jugak makan di sini. Ada satu lagi kedai mamak jugak kat hujung block sana. PI pulak, beberapa kali singgah makan di sini dengan rakan media lepas balik bertugas perlawanan hoki tapi PI kata, tak pernah pulak la nampak orang makan nasi goreng seafood daun pisang.
Lepas ambil pesanan, kita akan diberi sekeping kad ni. Nanti lepas makan, bawa kad ke kaunter untuk bayar. Banyak kedai mamak guna sistem ni sekarang. Kad ni letak tepi meja yang senang pekerja mereka nampak untuk hantar makanan sebab dia nak tengok nombor pada kad tu.
Lebih setengah jam jugaklah tunggu nasi goreng sampai. Tapi, nasi goreng dia tak panas sangat, la. Bukan dah sejuk tapi tak panas macam baru lepas keluar kuali. Kita nak nasi goreng berasap-asap tu, hahaha. Satu lagi daun pisang tu dibentang atas pinggan dan letak nasi atas, tidak dibungkus macam nasi goreng seafood yang ori kat Stulang Laut tu.
Nasi goreng datang dengan dua jenis pencicah iaitu sambal dan cencaluk. Sk tak pastilah itu pencicah untuk nasi goreng atau ikan bakar, tapi dia hantar dengan nasi goreng, makan untuk nasi goreng la kan. Nasi goreng dia sedap biasa-biasa. Sk cakap dengan PI, dorang yang cakap nasi goreng dia sedap sangat mesti tak jumpa lagi nasi goreng seafood yang lagi sedap macam kat Restoran Jasmin.
Ikan Pari Bakar. Di Johor ni memang bakar sambal macam ni la. Rasa ikan bakar ni bila makan gitu-gitu jer dengan sambal dia, biasa aje tapi bila cicah dengan sambal cencaluk tu terus wow!!
Tadi diorang bagi sudu plastik, kami mintak sudu besi. Aaa.. barulah puas nak makan nasi guna sudu besi, hihi. Tapi sambil makan, dok la terkenang-kenang lagi sedap NGSDP kat Restoran Jasmin, huhu.
Tak puas tekak punya pasal, esoknya tu kami pergi ke Restoran Jasmin pulak nak makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang lagi, hihi. Lama eh tak makan kat sini, sebabnya ada yang datang salah hari, restoran tutup.
Aaaa... Ini macamlah baru nama Nasi Goreng Seafood Daun Pisang. Nasi lepas keluar kuali terus dibungkus dengan daun pisang dan dihantar ke meja panas-panas.
Bila buka jer bungkusan, asap menerobos keluar dan terperciklah aroma nasi goreng dan daun pisang yang memukau.
Dalam nasi goreng ada dua ekor udang dan beberapa potongan sotong. Yang kelakar, PI cakap, dia punya tak nak udang. Tukang masak tu tanya, kenapa tak nak? PI jawab, malas nak kopek. Kakak ada, bagi kakaklah udang, kata dia, hahah.
Pesan jugak Sizzling Tofu dan Sayur Chap Chai. Tak pesan ikan bakar sebab dulu pernah pesan udang bakar tapi tak berapa. Jadinya, dekat sini, nasi goreng dia sedap, dekat sana ikan bakar dia sedap (kena letak sambal cencaluk). Ada pro dan kontra jugaklah kan. Nak masak sendiri, tak pandai. Serius tau, Sk tak pandai masak ikan bakar sambal macam tu, tapi kalau jumpa yang tak berapa sedap, pandai komplen, heheheh.













Menarik juga tu cicah cencaluk. Nanti try la bakar ikan cicah cencaluk.
ReplyDelete