Assalamualaikum WBT
TERKEJUT pagi tadi apabila menerima berita, rakan fb, Nur Khairiah, pemilik Dapo Mokcik Kopi Pokcik yang Sk panggil mokcik, kembali ke rahmatullah malam tadi. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn...
Ya Allah, ampunilah segala dosa arwah Nur Khairiah dan berilah ketabahan kepada suami dan anak-anaknya. Cucurilah rahmat ke atas roh Nur Khairiah dan gantikanlah tempat tinggalnya dengan yang lebih baik di dunia ini, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Ya Allah. Sedih sangat bila mengenangkan anak-anak mokcik masih sekolah lagi, semoga pokcik kuat menghadapi ujian ini.
Kisah semasa JJCM ke utara dua minggu lepas. Selepas menghantar Iman balik ke kolej setelah menghadiri Majlis Walimah Amirul dan Hajar di Amber Event Hall, Kota Masai, Sk dan PI terus masuk ke Plaza Tol Skudai. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamat serta dipermudahkan. Walaupun plan asal PI nak bermalam (transit) di Taiping, tapi Sk nasihatkan PI agar kami bermalam di Bidor sahaja. Macam biasa hotel pilihan kami tentulah B&L Hotel.
Dah ada restoran tomyam baharu di aras bawah hotel. Tak silap Sk, bangunan hotel ni ada tiga lot besar. Lepas check in, kami terus makan malam sebelum naik ke bilik.
PI lapar katanya, jadi dia makan nasi putih dengan sotong masak paprik dan telur dadar. Sk makan nasi goreng kampung sahaja, macam penat dan kurang selera (tipu).
Esoknya, kami check out pagi dan singgah makan di Warung Roti Canai Pak Dan yang terletak bersebelahan stesen bas di pekan Tapah. Tak silap laaa.. tengok rupa bangunan tu macam stesen bas.
Sk pesan Roti Telur, PI pulak makan Roti Telur Bawang. Roti tu mereka dah potongkan kecik saiz satu suapan, mudahlah kita nak makan. Baru sahaja menyuap sepotong dua, PI dapat call dari kawan dia orang Melaka yang datang ke JB. Panjang jugaklah mereka berbual sampai Sk dah nak habis makan. Jadinya, Sk la yang habis dulu makan.
Sementara tunggu PI makan, Sk habiskan masa belek menu yang ditulis pada banner warung. Baru perasan ada menu Bihun Sup Utara. Tanya dengan PI, nak tak Bihun Sup Utara, PI tak nak, dah kenyang makan Roti Telur Bawang, dia kata. Hurmmm.. apa barang laaa.. kata nak JJCM tapi makan roti canai, bidas Sk.
Sk terus pesan semangkuk Bihun Sup Daging. Tapi sebelum tu, tanya dulu, ada canai merah tak?
Nasib baik ada eh. Sebab sebelum ni dah beberapa kali jumpa kat utara ni, bihun sup makan dengan sambal kicap.
Aaaa... Ini macam barulah Bihun Sup Utara. Kongsi makan dengan PI la yang kata tak mahu tadi. Tapi Sk la yang makan banyak, hehehe. Sedap, lama tak makan BSU. Daging pun okey, tak liat, empuk dan boleh dikunyah oleh dua remaja purba. Sambal merah pun sedap, bihun dicelur lembut, sup tak rasa air hujan. Memang pior la ni Bihun Sup Utara. Syukur.. Alhamdulillah.
Innalillahiwainnailaihirojiun...alfatihah...sedap nampaknya BSU tu...Saa take note hotel dan kedai makan ni...
ReplyDelete