MENANG LUCKY DRAW & KOLEKSI GAMBAR MAKAN DI RESTORAN THOUFEEQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


SABTU hari ni nampaknya tak ada jemputan makan kenduri. Tapi, esok (ahad) ada. Bagus jugak sebab hari ni PI bertugas perlawanan bolasepak di Stadium Sultan Ibrahim. Kalau ada jemputan kenduri nanti macam kelam-kabut sikit sebab sepak mula di sebelah petang. Ni tadi dah pergi kerja PI, tinggallah Sk di rumah mengadap kain baju, huhuhu.



Restoran Thoufeeq ni port sarapan dan makan malam Sk dan PI kalau malas nak keluar kawasan. Dalam taman ni jer ada tiga buah cawangan restorannya dan menjadi tumpuan ramai penduduk walaupun ada tiga empat buah lagi restoran mamak.


Ni gambar masa sarapan tiga beranak. Tak silap ni sarapan sebelum bertolak ke Tangkak untuk family gathering. Malas nak semak semula tarikh pada gambar.


Ni pergi makan malam. Kadang dah makan malam tempat lain tapi sebelum balik singgah sini dulu makan tosei, hehehe.



Tosei garing dan kuah kari kambing. Kuah saja, kambing tak mau. Kedek betul, hahahha.


Sk makan maggi sup kuah pekat.


Syok betul makan maggi malam-malam. Ni rasanya takde makan tempat lain kot sebelumnya, sebab tu Sk makan maggi.


Aaa.. ni ada makan tempat lain dulu la ni, makan roti bakar je dengan milo panas.



Ni sarapan. Masa ni tengah ketagih makan idli, hahah.



Ni balik makan tempat lain, singgah makan roti canai.


Sebenarnya dulu selain tulisan dalam rumi, ada jugak tulisan jawi, tapi bunyinya macam bukan Thoufeeq. Agaknya ada orang lain tegur, tu dia tutup tulisan jawi tu.



Sarapan tosei. Kalau sarapan memang duduk dalam la.


Sk makan puri.


Suka kalau dapat puri kembung besar macam ni. 


Seminggu sekali cheat day.



Thoufeeq lagi. Yang kali ni ada Iman.


PI pesan idli seketul tapi dia hantar dua. Makan jer ler.


Iman makan roti kahwin. Roti telur dan roti kosong dalam satu pinggan.


Sk makan maggi. Suruh buat kuah pekat.


Lepas ni makan kat Thoufeeq dah tak nak ambil gambar lagi, hahaha. Bukan apa, kadang saja snap nak hantar report kat grup. Oh, lepas makan idli PI makan tosei pulak, gambar tak ada. Masa dorang hantar tosei, handphone dah simpan, hehe.

Ni hari tu, masa Malam Media dengan Wakaf An Nur, PI dapat cabutan hadiah bertuah nombor 6. Aaa.. lama mengidam Air Fryer Philips yang boleh nampak dalam ni, hihi.



Ni pertama kali dapat hadiah air fryer. Tapi dekat rumah pun dah ada sebiji, di office pun ada sebijik. Tak kira, nak jugak pakai air fryer Philips ni nanti. Takkan nak simpan buat tukun pulak, kan. Nanti fikir kat mana nak susun air fryer yang lain-lain ni, hehehe. 

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!