Assalamualaikum WBT
KEMBALI senyum di hari isnin. Selamat bekerja kepada yang bekerja, selamat beristirehat kepada yang bercuti, selamat menguruskan rumah tangga kepada para suri dan sura rumah. Semoga hari ini semuanya baik-baik, bahagia dan sejahtera sentiasa.
Hujung minggu yang baru berlalu, Sk tak ke mana-mana. Duduk rumah kerjanya masak dan makan saja sambil uruskan kain baju dan declutter sikit-sikit. Sambil lipat kain baju, Sk layan drama bersiri netflix, The Evil Lawyer (Thailand) dan satu siri kdrama, Agent Kim Reactivated, tapi ni baru episod 2. Hurmmm.. tak tengok cerita melayu, ke, Sk? Siapa kata tak tengok, hahah. Antara siri drama melayu Netflix yang Sk dah tonton ialah, Bapa Mentuaku Mafia, Griya dan Good Boys Go To Heaven. Cerita seram Indonesia pun Sk suka jugak tengok, tapi tak berani tengok malam la, takut terbawa dalam mimpi, hahaha.

Disebabkan malas nak keluar ke mana-mana sama ada untuk makan atau menapau makanan, jadi kena rajinkan diri memasak. Menu, ikut permintaan PI la. Hari sabtu, dia cakap nak makan Kari Ikan Bawal. Pagi-pagi PI dah keluar ke kedai beli bendi nak letak dalam kari dan cili hidup nak buat sambal belacan. Ikan tu beli kat pasar tani dah dua minggu lepas tak silap, sama hari yang Sk masak Kari Ikan Merah tu.
PI beli timun jugak sebatang. Tak ada sayur, acilah ek makan timun cicah sambal belacan.
Masak Kari Ikan wajib ada sambal belacan kalau tidak nanti ada amukan.
Goreng ikan selar seekor. Besar ikan ni, PI makan sebelah aje, lagi sebelah bagi Elang dan Vester. Elang kucing paling senior dalam rumah, dia dan Vester (kucing paling bongsu) jer la pandai makan ikan dan ayam. Yang lain semua tak makan.
Petang, Sk buat jemput-jemput, tapi lupa betul nak ambil gambar. Jemput-jemput letak udang hidup yang kecik-kecik, jagung dalam tin, daun bawang dan bawang besar dipotong dadu serta cili padi Thai. Cicah dengan sos Linggam campur sos cili Thai. Goreng separuh adunan aje, rasa macam banyak sangat satu adunan tu sebab Sk tertuang tepung gandum setengah bungkus, hahaha.
Tertinggal pulak gambar papadom. Papadom kecik-kecik ni PI goreng nak makan sekali dengan kari ikan tu.
Masih hari sabtu, malam tu, PI kata nak makan steak. Sk cakap, Sk dah penat nak masak, PI kena masak untuk Sk pulak. Jadi, PI la masak. Sk baring-baring dalam bilik jer sambil membayangkan, apalah jadi dengan dapur aku nanti, hahaha. Tak lama, PI panggil minta buatkan sos lada hitam. Aisehmannn, ni kalau ada mak Sk, mesti cakap, buat kerja tak habis, tak jadi orang nak meminang nanti, hahaha. Sampai dapur tengok PI tengah panggang steak dan dah siap masak side dish, sauteed baby potato, tomato ceri dan aspalela asparagus. Ni sebenarnya belen-belen side dish, sebelum ni ada masak Lamb Rack. (yang tu belum sempat blog lagi, heheh).
Daging Sirloin yang dah siap dipanggang kena angkat dan rehatkan atas papan kayu selama 10 minit. Tutup dengan aluminum foil bagi mengekalkan kelembapannya.
Daging Sirloin Steak ni dah beli lama, tak dimasak-masak. Besar, kann.. masing-masing tak habis. Pulak tu kan petangnya makan jemput-jemput seorang 10 biji kot. Baki daging yang tak habis tu Sk simpan.
Esok paginya, Ahad, Sk masak nasi goreng letak daging steak yang tak habis tu serta buat telur separuh masak seorang dua biji. PI macam biasa, pagi-pagi keluar brisk walk ke pasar tani, dia bawa balik roti canai. SK geram, semua nasi goreng ni simpan dalam esbox. Padahal dah bagitau kita nak masak nasi goreng. Telur Sk pun Sk simpan, PI jer makan telur dia dengan roti canai.
PI pergi pasar tani tu beli daun saderi dan daun ketumbar serta beberapa bahan lagi sebab nak minta Sk masak sup tulang siam. Tulang tu dia beli hari sabtu dari penjual daging dekat dalam taman. Rancangannya nak masak sup tu hari ni tapi Sk fikir-fikir, baiklah masak jer terus memandangkan hari cuti, kan. Taklah penat sangat nak masak berbanding masak lepas balik kerja.
Tulang ni Sk rebus bersama 3" halia dan sup bunjut khas untuk sup tulang dalam pressure cooker, set HP 60. Dari inner pot pressure cooker, Sk pindahkan dalam periuk lain dan masak atas tungku dapur, tambah 3 senduk sos ikan dan 1 senduk jus limau nipis. Bahan-bahan lain, daun saderi, daun limau purut dan pokok ketumbar serta cili padi yang diketuk. Dekat pukul 5 petang baru makan nasi lauk sup tulang ni. PI tambah telur dadar ala kedai tomyam. Malam, Sk habiskan adunan jemput-jemput dan goreng onion rings. Lagi sekali lupa nak ambil gambar, hahaha.
Pagi ni punya bekal, Sk panaskan nasi goreng steak dan telur separuh masak yang tak makan masa sarapan semalam. Ni pun nasi goreng baru makan separuh, hihi. Kenyang betul sebab dah minum susu Anlene perisa Cafe Latte, rasa cerah biji mata pagi-pagi minum latte, hehehe.
Seronok tengok SK dan PI masak-masak. Macam mudah sangat kerjanya. Saya kalau duduk kawasan bandar, mau kerjanya beli aje ðŸ¤
ReplyDeleteCantik elok telur setengah masak gitu. Rasa nak buat jugak untuk sarapan esok 😀