PESTA MAKANAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA sepanjang bulan Oktober ni, dapat kekalkan momentum kemas kini satu kandungan baharu satu hari. Kita tengok la ya, sampai habis bulan Oktober ni ada tak 31 konten, hehehe.


Sober Bites ni viral kan. Masa ni dia buka food truck kat Kangkar Pulai, gambar ambil dari thread Sober Bites. Kami pergi malam la tapi.



Tengok orang beratur macam tak panjang sangat, sekali, 40 minit baru dapat. Nasib la Sk tak ikut beratur. SK cakap dengan Iman agaknya, masa Iman dan PI nak beli tu, dorang baru nak mula masak. Sebab tengok vtt Sober Bites, dorang akan masak banyak-banyak terus macam dalam vtt yang Sk screen shot di atas.



SK tak pasti menu Sober Bites.



Tapi, ni yang PI beli.



Dia ada sos kuning (mustard) dan sos hijau tu macam jem. Kemudian ada bawang holland yang diracik tu. Mahal jugak ni satu, serik nampaknya PI, hahahah.



Agaknya lama sangat beratur tunggu Sober Bites, PI tertarik nak makan Mi Rebus kat Medan Selera BBKP ni. Ni kami pergi esok malamnya pulak.



Setiap kali ke sini, mesti beli jus buah kat gerai ni.



Tengok gerai ni lama-lama terpikat.



Ni Medan Selera terbuka ya. Ia bukan medan selera kekal la.



SK pesan Nasi Goreng Daging Salai. Selambak nasi goreng ya, daging salai cukup empuk tak liat dikunyak. Nasi goreng sedap.



Iman punya yang atas tu, Nasi Berlauk, tak silap lauk ayam tapi lupa nama masakannya. 



Ni la ni dah terpikat dengan Shawarma, tapi makan kentangnya jer, shawarma Iman makan kat rumah.



Pergi Fantastic Food Fest by Kak Nab di Angsana Mall. Tertarik nak ke sini sebab ramai yang kata best dan vendor kebanyakan dari utara dan jarang-jarang datang ke Johor.



Mula-mula singgah The Fat Burger.



SK beli Pulut Kuning Rendang Daging. Ni pergi berdua dengan Iman jer, PI ada bola. Balik tu, PI tanya, beli tak Pulut Kuning. Nasib beli, dia tak cakap pun nak. Tahu pulak tu Pulut Kuning ni viral.



Iman beli Kukie ni. Berkerut kening tengok harga, hahaha.



Iman beli yang depan ni. Sedap jugak la, cookie dia chewy, tuang coklat cair tu dulu sebelum makan.



Beli Nasi Daging Belengas untuk Iman. Dia memang suka makan nasi berbanding mi.



Selain daging, ada ayam, lemak bakar, sotong, udang. Harga seperti dalam gambar.



Lauk Udang Belengas.



Yang hujung tu Lemak Belengas, depan ni Sotong Belengas.



Daging Belengas. Setiap set lauk datang bersama nasi, salad dan sambal belacan.



Beratur nak beli Jus Buah Pak Teh


Jus buah datang bersama buah potong. Boleh pilih nak mana-mana buah.



Iman pilih jus nenas dengan buah nenas. SK pilih jus naga merah, buahnya naga putih dan tembikai. Dah nak balik masa ni..Sk beli Sambal Hitam Pahang jugak, memang lama cari tu.


Sambal Hitam Pahang, belum buka lagi ni. Kena cari hari yang malas masak lauk, heheh.



Disebabkan tempat makan disediakan tak cukup, kami pilih makan di rumah. Ni Nasi Daging Belengas.



PI tanya, beli apa untuk dia. SK cakap burger, dia tak nak ya. Dia tataw burger Sk belikan ni doploh lapan hengget!



Agaknya pasal semalamnya, dia dah makan burger, tapi burger legend yang RM4.50 satu tu. PI minta belikan nasi goreng, Sk singgah beli Nasi Goreng Kampung Beras Basmathi Daging dekat Laman Niaga Pulai Mutiara. Dah tak larat nak pusing balik cari ada tak stall jual nasi goreng kat Food Fest Kak Nab, hahaha. Pulut Kuning tu sedap, rendang daging sedap jugak walaupun tengok macam kuah masak lemak. Patut kena masak bagi kering sikit, kan. 


Dekat office baru ni, kadang-kadang Iman join dorang beli buah. Ni dia beli Kiwi Merah, murah la kot RM10/5's. Hari tu tengok dekat Village Grocer RM14+/4's.



Sk tak pernah makan kiwi merah, merahnya kat tengah sikit jer macam tu. SK cakap, Iman, lain kali tak nak kiwi. Pernah jugak dia beli anggur. 



Sekarang ni trend kan buah strawberry siram coklat macam kat Cameron Highlands tapi tak payah pergi sampai CH, kat Johor pun dah ada. Mahallah tapi bagi Sk, huhu.



Apo?? 9 biji jer dah RM15???!
Ni lepas beli singgah Restoran Thoufeeq.



Lama tak pergi Thoufeeq, ni kali pergi berdua jer dengan Iman, PI tengok bola live kat TV (rumah). SK makan Maggi Sup, sedap betul lama tak makan, nak nak telur dia buat gedik, hihi.



Dah seminggu kan kolej kelas online, kantin pun tak ada apa sangat berjualan. Dua hari lepas, Sk tapau Nasi Kandar Melayu Padang Kota yang dibuka di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah. Tak tahu la ni dorang saja letak nama atau betul-betul cawangannya.



Harga dia berpatutan.



Dia bungkus macam ni, perghhh!



Nasi dia yang warna kuning macam nasi royal Kedah.


Ni sehari sebelumnya, pergi makan Nasi Campur Buffet Damansara Aliff. Puas hati betul, bayar RM12.90 boleh ambil macam-macam lauk. Masa ni ada pulak sayur pucuk paku masak lemak. SK ambil urap dan terung berlado. Untuk protein ada ikan, ayam dan paru berlado serta sambal belacan dan seketul jemput-jemput. Harga termasuk minuman. Ni boleh tambah-tambah dalam tempoh 30 minit.


Kelmarin, makan malam di Restoran Ainoni. Satu-satunya gambar yang diambil Kerabu Mangga, hehehe.



Last but not least, sarapan pagi ni, beli Nasi Lemak Daun Pisang kat Warung Pacak Pulai Mutiara. Agaknya terlebih air nasi lemaknya lembik, tapi bila bungkus macam tu terus jadi nasi lemak impit, hehehe. Nasiblah sedap aje sebab sambalnya sedap. 

Burppp.. syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasi goreng daging tu memikat hati la... Selalu juga makan/jumpa rendang jenis berkuah ni, esp bila gu dgn pulut kuning. Nak bagi cukup porsi kot bila makan dgn pulut tu. Agaknya la

    ReplyDelete
  2. meriah pesta makanan...mcm2 nk mkn tu..

    ReplyDelete
  3. Sober Bites tu sekadar indah kabar ke kak?tengok video2 diaorang macam sedap je

    ReplyDelete
  4. Masuk sini dari kenyang terus auto lapar kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!