MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, May 4, 2010

APPLE PIE

ASSALAMUALAIKUM... SALAM SEJAHTERA... kali ini saya nak kongsikan apa yang saya buat pada petang Jumaat yang lepas.

Alhamdulillah, akhirnya buat pertama kali saya menyibuk menumpang sekaki belajar tentang penyediaan apple pie dan chicken pie bersama-sama ahli wanita HQ Club. Terlanjur ada jemputan dan telah ditag untuk turut serta saya memang tak lepas peluang.Terima kasih Pn Asnah Marturi kerana mengingati saya ya. Kalau ikutkan saya pernah buat apple pie ni sekali tetapi teknik menghasilkan kulit pie dan memasang pada acuan tu yang saya tak pandai dan tak sia-sia belajar sebab saya mula faham teknik mencanai yang betul.



APPLE PIE
Bahan kulit pie/ Sugar Dough (Pie Crust)
250 gm tepung gandum
140 gm mentega (lembutkan)
75 gm gula kastor
1 biji kuning telur

Bahan Inti:
3 biji epal hijau
30 gm mentega
360ml air
30 gm tepung jagung
100 gm gula perang
1 st serbuk kayu manis
1 st serbuk buah pala
20 gm kismis hitam
1 st jus lemon



Cara-cara menyediakan kulit pie
1. Ramas tepung gandum dan mentega hingga sebati dan menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan gula kastor, ramas lagi dan masukkan kuning telur. Sebatikan hingga menjadi doh. *Jika tepung masih berderai, tambahkan sedikit putih telur dari bahagian kuning telur tadi.
3. Bungkuskan dengan plastik dan sejukkan dalam peti ais kira-kira 10 minit atau biar di ruangan yang berhawa dingin.

Sementara itu sediakan intinya:
1. Epal dikupas dan dibelah-belah sederhana nipis.
2. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan air dan epal, kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk kayu manis dan serbuk buah pala, kacau sekejap.
4. Masukkan gula perang, kacau rata, biar mendidih sebentar.
5. Kemudian masukkan kismis dan jus lemon, biarkan mendidih.
6. Kacau sekali-sekala, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau lagi supaya ia tidak melekat di periuk dan hangus di bawah. Bila airnya kering, matikan api dan sejukkan inti.

Cara memasang kulit pie pada acuan:
1. Sapu acuan pie dengan mentega. Letakkan sebahagian doh yang telah disejukkan tadi di antara dua helai kertas minyak. Canai menggunakan pencanai sehingga mencapai ketebalan lebih kurang 5mm.
2. Semasa mencanai, doh hendaklah sentiasa diterbalikkan (canai kedua-dua belah bahagian doh). Selak kertas minyak setiap kali sebelum mencanai dan selepas diterbalikkan.
3. Apabila mencapai tebal dikehendaki dan muat dengan ukuran acuan angkat kertas minyak (dalam keadaan doh tercanai melekat padanya) dan pindahkan ke atas acuan. Tarik keluar kertas minyak perlahan-lahan.
4. Potong lebihan doh pada tepi acuan dan tekan-tekan sedikit kulit pie pada acuan. Cucuk bahagian bawah kulit dengan garfu. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
5. Selepas 20 minit, keluarkan kulit pie dari ketuhar, isikan penuh dengan inti epal yang telah disediakan tadi. Tutup inti pie dengan lebihan doh yang telah dicanai mengikut kreativiti anda. Sapukan permukaannya dengan telur yang dipukul bersama sedikit susu uht.
6. Bakar 20 minit lagi dengan suhu yang sama.

Terima kasih untuk cikgu masak-memasak kami Puan Shasha, jangan serik layan kerenah makcik-makcik ni ya..

Untuk kawan-kawanku, Selamat Mencuba

rakaman video cara memasang dan menutup kulit pie .. akan datang

4 comments:

  1. Salam Yus, nmpk cantik apple pie ni, mesti sedapkan...lepas ni bolehlah ajar akak pulak...atau boleh ambil tempahan..

    ReplyDelete
  2. malulah kak yatie ni.. ingat lagi tak apple pie yg sy bljr dgn kak yatie tu.. haha... takkanlah nak ajar akak pulak, kui2

    Tapi skrg sy dah fhm cemana nak buat kulit tu elok je kat acuan, dulu tu pakai hentam semberono jer..

    ReplyDelete
  3. salam Sari Yusa..akak mmg penggemar pai..tapi bukan penggemar membuatnya..t.ksh diatas resepi lenkali bolehlah buat sendiri..

    ReplyDelete
  4. Salam, Datin..
    Wah, suka mkn tapi tak gemar buat ya.. hik2.. mcm mn tu? order jelah ya

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...