MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, May 31, 2010

KISAH HANTU... untuk yang berani sahaja..

ASSALAMUALAIKUM...
SURAM je petang ni kan, agaknya pasal nak hujan. Tengahari tadi dah hujan sekejap, tapi dah berhenti. Tiba-tiba teringat pula pasal kisah hantu ni. Biasalah, cerita dulu-dulu. Sesiapa yang ada lemah jantung atau penakut tu tak usahlah baca ya, ni untuk yang berani sahaja.

Jeng.. jeng... jeng...

Tersebutlah kisah dua ekor hantu, mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apasal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh.. cara aku mati dulu teruk... aku mati dalam peti ais... sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo.. kesian... aku dulu mati sebab heart attack," kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tak gi buat operation? Kalau tak, mesti kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang," balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery, panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit... sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..., aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. Jadi satu hari tu, aku
ingat nak perangkap la isteri aku.. aku pura-pura gi keje tapi sebenarnya aku letak kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je. Yang aku heran, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab 'heart attack'. Dan aku tak sangka aku
mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, mesti kita berdua masih hidup lagi."

Sekian....

AYAM GORENG ADIGUN

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT pagi Isnin... hari ini hari terakhir bulan Mei, esok bulan Jun menanti. Rasa macam bersemangat hari ni, tak tahulah kenapa, mungkin pasal cuti tiga hari dan saya dapat bermalas-malasan di rumah semalam.. hehe.

Malas punya pasal, malam tadi saya tidak memasak. Tapi En Hubby saya goreng ayam ala-ala Kentucky Fried Chicken. Tapi ayam yang patutnya kuning keemasan jadi coklat mungkin pasal tak ada supervisor bertugas.. ahakz! Layan gambar jerlah...




beli jer tepung kentucky ni...



ada banyak.. suka hatilah nak belasah sorang berapa ketul pun.. hehe..

Sunday, May 30, 2010

NASI DAGING MERAH

ASSALAMUALAIKUM...
SEKEJAP jer dah nak masuk hari Isnin kan. Sekejap jer menghabiskan cuti hujung minggu. Kalau nak tahu, saya ni dah tiga hari tak keluar rumah tau. Jangankan ke Giant, Tesco dan sebagainya, ke kedai pun tak. Malassssssss sangat nak berjalan. Takutlah, kalau dah berjalan tu, tangan ni gatalll jer nak membeli, mata pun macam rambang semacam, jadi baik duduk rumah diam-diam.

Lagipun minggu depan dah cuti sekolah. Macam biasalah kalau dah cuti sekolah dan kebetulan suami pun tak ada jadual perlawanan bola, kami akan bercuti panjang. Kali ini abang ipar saya yang berada di Australia yang khabarnya baru pulang ke Malaysia mengajak kami ke Tasik Banding. Wow! Saya suka.. masih terbayang-bayang keindahan Tasik Banding semasa kami melintasinya sewaktu pulang dari Kelantan ke Kedah. Tasiknya biru kehijauan, saujana mata memandang, mestilah tak sabar sebab kali ini kami akan bermalam di resort tasik yang diuruskan oleh seorang biras saya. Nanti kalau jadi ke sana, saya akan ceritakannya di sini ya. Jadi minggu ni nak simpan tenaga dan duit supaya boleh enjoy betul-betul minggu depan.

Sebenarnya, bukan mood nak berjalan jer tak ada, mood nak mengemas rumah dan memasak pun terbang juga. Jadi rumah saya memang tak berkemaslah, setakat kemas yang wajib-wajib asalkan sedap mata memandang. Memasak tu hendak tak hendak kenalah buat, nasib baik suami saya tak kisah, janji perut kenyang.. hehe. Jadi pagi tadi sarapan kami agak nyummy juga, nasi goreng cina.. sangat simple tapi kenyang. Untuk makan tengahari, menu ringkas minggu ini.. Nasi Daging Merah.. jemput makan..
Eh.. eh.. nak resepi ke? Alah... campak baling jer..


Bahan-bahan:
200 gm daging batang pinang dihiris nipis dan diperap dengan pewarna merah
2 ulas bawang putih dicincang
2 sb minyak masak
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili hidup dihiris
1/4 sk garam
1 sk gula
sedikit ajinomoto
2 sb sayur campur
2 sb tomato dadu (stok dalam esbox.. huhu)
(senangkan, semua dua sudu.. hehe)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sebentar, masukkan daging, kacau sehingga daging separuh masak.
2. Masukkan semua jenis sos, kacau rata. Masukkan bawang besar, cili hidup dan sayur campur, kacau lagi. Masukkan tomato dadu.
3. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Kacau sehingga daging masak, sedia dihidangkan dengan nasi putih.

yang ni menu sarapan... Nasi Goreng Cina.. tak payah resepi okey..

Saturday, May 29, 2010

AYAM MASAK MERAH ADIGUN

ASSALAMUALAIKUM.. bertemu kembali.

INI pula ayam masak merah yang dimasak oleh en suami. Alhamdulillah.. untung dapat En Adigun yang pandai memasak ni.. hehe. Yaya pun suka sangat ayam masak merah ni, sampai dua ketul dibalunnya. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan:
1/3 ekor ayam dipotong kecil (diperap bersama sedikit garam dan kunyit dan digoreng setengah masak)
2 sb minyak sapi
3 ulas bawang putih (diketuk)
5 tangkai cili hidup (dikisar)
2 sb cili siap kisar bersama bawang (tengok sini)
1/2 inci halia dihiris
1 sk garam
1 sb gula
100 gm puri tomato (1/2 tin kecil)
1/2 sk asam jawa adabi
1/2 cawan susu cair
sedikit ajinomoto
100 gm kacang peas (1/2 tin kecil)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang putih sekejap. Masukkan cili hidup dan cili yang dikisar bersama bawang serta halia. Tumis hingga sebati dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, kacau rata. Masukkan sos tomato, garam dan gula, kacau lagi hingga sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
3. Tuangkan susu cair. Tunggu sehingga kuah meresap pada ayam. Masukkan kacang peas dan ajinomoto. Gaul sekejap dan bolehlah dihidangkan.

ACAR PENCUK

ASSALAMUALAIKUM..

YANG ini ada macam-macam panggilannya kan.. Ada yang pangil acar timun, ada yang panggil acar nenas. Saya panggil pencuk. Nak membuatnya pun amatlah senang dan mudah, tapi tak boleh pejam matalah, nanti terpotong jari.



Bahan-bahan:
1/2 biji nenas dihiris
1/2 batang timun dihiris
1 biji cili hidup (merah) dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris
1/2 sb cuka masak
1 sb gula (kurangkan sedikit)
1/2 sk garam

Gaulkan sebati semua bahan dan bolehlah dihidangkan.

KURMA DAGING

ASSALAMUALAIKUM...
Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya akan masukkan resepi lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi tomato semalam. Lauk yang pertama ni adalah kurma daging. Biasanya saya masak dalca untuk dihidangkan dengan nasi tomato, tapi sebab malas nak sediakan bahan-bahan yang lain, suami cadangkan masak kurma daging sahaja. Saya ni bukanlah pandai sangat masak kurma tapi kalau untuk makan sendiri tu tak ada masalah.



Bahan-bahan:
300 gm daging batang pinang (dipotong dadu dan direbus bersama garam dan halia)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2" halia*
1 batang serai diketuk dan disimpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 1/2 sb rempah kurma (digaul bersama sedikit air)
1 senduk santan kotak (saya guna santan M&S)
garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 bii tomato dibelah empat
2 biji kentang dikupas dan dibelah empat
2 batang cili hidup dibelah dua dan dibuang biji
2 senduk minyak masak
3 mangkuk kecil air rebusan daging

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Panaskan minyak masak dan masukkan semua rempah tumis serta bahan tumbuk dan serai. Tumis hingga naik bau, masukkan rempah kurma, kacau sebati.
2. Tambahkan sedikit air rebusan daging ke dalam lebihan rempah kurma, tuangkan ke dalam periuk, kacau lagi hingga sebati. Masukkan daging dan air rebusannya serta kentang. Kacau sebati, masukkan asam gelugor, biarkan mendidih. Perasakan garam, tambah garam jika perlu (kerana air rebusan sudah bergaram)
3. Apabila telah mendidih, masukkan cili hidup dan santan, kacau sentiasa. Masukkan pula tomato, kacau sekejap dan boleh tutupkan api.

Friday, May 28, 2010

NASI TOMATO

ASSALAMUALAIKUM..
ADA idea tak nak masak apa yang istimewa esok? Manalah tau, ramai yang sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinankan.. Di sini saya nak kongsikan resepi nasi tomato yang saya hidangkan sebagai santapan tengahari tadi. Tentu ramai yang tahu resepi asasnyakan...

Sebenarnyakan, nasi tomato ni merupakan hidangan utama di sebelah keluarga mertua setiap kali musim perayaan. Boleh dikatakan juadah wajib juga selain laksa penang. Kalau dulu mak mertua yang masak, maklumlah.. anak-anak semua rindukan masakan emaknya kan, tapi sekarang kakak ipar saya yang sulung yang saya panggil Kak yang masak. Kalau ada Kak Jana, iaitu biras saya, dialah yang masak. Kalau ada Kak Shida, biras saya juga, Kak Shida akan masak. Jadi saya tengok cara atau bahan yang digunakan asasnya sama, kebanyakannya menggunakan puri tomato. Kalau Kak Shida dia akan tambah sup tomato. Jadi saya pun dah cuba juga pelbagai versi memasak nasi tomato ni.

Dalam banyak-banyak versi tu saya rasa inilah yang paling sedap. Tak percaya, cuba.. pasti terangkat punya.. hik.. hik... Jadi untuk memudahkan kepada yang baru belajar dan sibuk bekerja.. inilah versi saya.


hidangan untuk 5 ~ 6 orang
Bahan-bahannya:
3 cawan beras dibersih dan ditoskan(kalau guna beras basmathi rendam dahulu mengikut aturan di bungkusan)
3 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
4 ~ 5 ulas bawang merah dihiris*
3 ulas bawang putih dihiris*
1/2" halia dihiris*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
3 helai daun pandan disimpul
100 gm puri tomato (1/2 tin kecil)
200 gm tomato dadu (boleh guna yang dalam tin@ 1/2 tin)
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air (@ secukupnya)
1/2 sb garam @ secukupnya
100 gm kacang peas (1/2 tin kecil)
100 gm kismis

Cara-caranya:(gunakan periuk elektrik)
1. Hidupkan periuk elektrik, panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk elektrik. Tumiskan bahan-bahan bertanda* sehingga naik bau. Masukkan puri tomato.
2. Gaulkan sebentar, masukkan pula tomato dadu. Gaul sekejap sehingga sebati masukkan susu cair. Kacau sebati.
3. Masukkan daun pandan dan beras. Tambahkan air, sukat jika perlu. Masukkan sekali garam, kacang peas dan kismis. Kacau rata, tutupkan periuk. Masak nasi seperti biasa.
4. Sekiranya periuk nasi 'off' sebelum nasi kering, gaulkan nasi dengan sudip kayu dan 'on' semula.

Petua jika nasi jelantah @ separuh masak. Letakkan cawan tahan panas berisi air panas ke atas nasi dan biarkan setengah jam.

Taburkan bawang goreng ketika menghidang jika suka.

Oh ya, ada orang suka letakkan stok ayam apabila memasak nasi begini. Terpulang, tetapi saya lebih suka membiarkannya natural.

JEMPUT MAKAN NASI TOMATO

ASSALAMUALAIKUM...
HARI ni saya mandi hujan sekejap. Entah kenapa, tanpa apa-apa tanda tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Saya pulak menjempur bantal dan membasuh cadar setelah trip kain baju yang saya basuh awal pagi tadi telah kering di jemuran. Ermmm... nasib baik bukan kain yang dah kering tu yang kena hujan, kalau tak mahu menangis saya.. hehe.

Cuti-cuti begini memang berangan sangat nak baring-baringkan, tapi apahal pulak orang dua beranak ni nanti kelaparan. Pagi-pagi tadi saya rebuskan cocktail sosej jer untuk Yaya. Saya dan hubby makan sandwich sardin, maaflah tak ambil gambar, alaaa... sandwich biasa-biasa jer, malas nak nyusun sandwich dalam pinggan buat 'photoshoot'. Sapu mayonese kat roti, letak inti sardin terus ngap.. hehe.

Tapi dalam pada rasa nak baring-baring tu, atas permintaan hubby saya masak nasi tomato. Tapi ada syaratnya, dia kenalah tolong saya. Bukan setakat tolong, hubby siap masakkan lauk ayam masak merah tu. Yaya makan sampai menjilat jari tau.

Sementara tu, saya masak kurma daging. Malas pulak nak buat dalca, leceh nak potong-memotong sayur-mayur ni. Jadi, nasi tomato ni saya lawankan dengan ayam masak merah adigun, kurma daging dan sayur pencuk, cukup syarat dah tu.

Nasi tomato ni saya belajar masak melalui pemerhatian jer tau. Masa tu mak mertua saya sihat lagi, jadi setiap kali kami balik selalulah beliau masakkan nasi tomato untuk anak bongsu kesayangannya tu, hubby sayalah. Selalulah saya perhatikan apa yang dia masukkan tu sambil-sambil tolong godak-godak apa dalam periuk tu. Sebenarnya saya ni boleh dikatakan tak pandai nak masak kat rumah orang walaupun rumah mak mertua, rasa janggal sangat. Tapi kalau tolong tengok dengan makan tu nombor satu.. hehe.

Nilah rupanya set nasi tomato saya tu. Resepinya entri kemudian ya. Penat sangat ni...

SOTONG KAILAN.. layan gambar je..

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ini cuti, rasa seronok sangat, rasa nak berehat sepanjang hari, rasa tak mo buat apa-apa. Tapi saya rasa saya tak dapat buat begitu sebab dah macam-macam permintaan timbul sempena cuti-cuti ni.

Lalang-lalang dan rumput-rampai di depan rumah, di dalam pasu dan di mana-mana tu bagai melambai-lambai je. Nampaknya punahlah harapan saya untuk berehat hari ini.

Ni nak tayang gambar sotong kailan yang saya lawankan dengan siakap kukus hong kong minggu lepas. Cara masak pernah entry sebelum inikan, cuma kali ni sotong dan kailan tu saya celur dulu dalam air panas, jadi taklah berair sangat sayur tu. Layan gambar jelah ya.. (ermmm... lambatlah pulak nak upload gambar ni...)

Thursday, May 27, 2010

AWARD & TAG DARI ERIENZ82


ASSALAMUALAIKUM...
Seronoknya hari nikan, maklumlah esok merupakan hari cuti umum sempena Hari Wesak. Itulah untungnya di Malaysia, banyak perayaan yang kita pun dapat menumpang berehat sekali.

Comel dan manis sekali award dari erin ni. Sebenarnya ada dua tiga tag yang saya dapat dari beberapa orang sahabat maya, tapi minta maaflah sesangat, bukan saya tak nak jawab tapi tengah cari idea macammana nak jawab.. hehe.

Macam award dari Erin ni pun disertakan dengan beberapa soalan, jadi kena jawablah ya..

1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
~ kenapalah internet hari ni tersangatttlah lembabnya..

2. Nama Samaran?
~ Sariyusa... Yusa Sari...

3. Tiga orang yang kamu sayang?
~ Ibu, Anak, Suami
~ Suami, Anak, Ibu
~ Anak, Ibu, Suami

4. Panggilan untuk si dia?
~ Baby... Baba

5. Hadiah yang anda impikan dari orang tersayang?
~ Apa minta semua dapat... hehe

6. Blog mana korang suka follow?
~ Blog yang happening dan tidak mengambil kesempatan di blog orang lain

Sekian...... mekasih ;-D

Wednesday, May 26, 2010

JANGAN BENCI KUCING

ASSALAMUALAIKUM...
ANDA peminat kucing atau pembenci kucing? Ada juga yang dua-dua pun tak, tapi geli dengan kucing. Hari ni saya nak cerita pasal kucing supaya dapatlah kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini.



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama Si Putih, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada Putih dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Putih berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Putih dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Putih, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Putih tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Putih dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Putih, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Putih berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang seluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Putih lagi jauh tapi dibawanya Putih pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekiejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Putih dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Putih ada kat dalam rumah tak? (tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...)

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? (tanya Gayah lagi)

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni

hehehe...

Monday, May 24, 2010

SIAKAP KUKUS STAIL HONG KONG

ASSALAMUALAIKUM...
MALAM sudah... mahu tidur tapi kena tunaikan janji kat en suami dahulu... Janji???
Mahu masukkan resepi siakap kukus stail hong kong nilah.. Hubby masak Sabtu lepas, kiranya resepi tertunda... hik.. hik..

Bila hubby yang masak, kita bukan setakat tinggal makan jer, tapi kita juga ditinggalkan dengan segala macam periuk belanga yang tunggang langgang.. hak.. hak.. Sah-sah macam ahkakkkkkk juga yang masak. Lepas tu sekejap panggil.. sekejap panggil, kalau nak masak satu taman boleh dengar dia cari sudip, senduk semua. Tu belum lagi cari sos.. kicap segala.. padahal dah depan mata. Pas tu dok canang dialah Chef.. hik.. hik..

Tapi apapun memang sedap tapi tak boleh lawan siakap kukus nyonya ahkak.. hehe.. layanzzzzzzzz!



Bahan-bahannya semua secukup rasa ye...
1 ekor siakap sederhana besar dibelah dua seperti 'butterfly'(saya kata siakap, bukan bawal bukan kembung ya.. hehe)
1 sudu kecil biji ketumbar
2 tangkai daun ketumbar
2 sb sos ikan
2 sb kicap cair
1 sb kicap pekat
2 sb air
minyak secukupnya
garam secukupnya

Cara menyediakan:
1. Tumbuk halus biji ketumbar dan satu tangkai daun ketumbar.
2. Sapukan sedikit minyak dan 1 sb sos ikan pada ikan. Taburkan sedikit garam. Perapkan dengan bahan yang ditumbuk halus selama setengah jam, letakkan ikan pada pinggan tahan panas.
3. Siapkan periuk kukusan. Masukkan akar daun ketumbar dan sedikit minyak dalam air kukusan.
4. Dalam mangkuk lain satukan 1 sb sos ikan, kicap cair, kicap pekat, air dan sedikit minyak, kacau sedikit dan tuangkan pada ikan.
5. Kukus ikan sepuluh minit atau sehingga masak.
6. Taburkan dengan setangkai lagi daun ketumbar dan hirisan cili padi jika suka pedas.

SELAMAT MENCUBA..;-D

ISTERIKU KUAT BERLETER

ASSALAMUALAIKUM...

KEPADA bakal-bakal suami & suami-suami
tak lupa juga kepada isteri-isteri & bakal-bakal isteri..

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana dah tak tahan dengan leteran isterinya, si suami berjumpa dengan Haji Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Haji Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Haji Ahmad ni tersenyum dan bagitahu pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?"

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni."

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam.."

"Itu saja ka haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana."

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Haji Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana? Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yg Haji Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang di beri oleh Haji Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni."

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi kontang yang dah 20 tahun tak di gunakan.. Sampai kat perigi kontang tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Haji Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?"

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang niatkan nak bini hang tu balik. Lepas tu, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba tiga kali. Kalau lepas tiga kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi kontang tempat dia mencampakkan isterinya tiga hari yang lepas.

Sampai saja di perigi kontang tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi kontang tu. Selepas saja berniat, si suami tu tariklah tali tu naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke dua. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yg ke tiga. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi kontang ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, ptg, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah"

Hah? Moral of the story? Jembalang pun tak tahan dengor orang yang suka berleter tau!!!
Hik.. hik... sesaja gurauan di petang hari..

BILA NAK ANGKAT SAMPAH?

ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini boleh tak kalau saya nak cerita tentang perkara yang serius sikit. Nampak memanglah agak remeh, pasal sampah jer... tapi saya jadi meluat kerana adanya kenyataan tentang ini..


BHARIAN ONLINE

Tolonglah... nak mengasingkan sampah, dah lama sangat saya buat sehinggakan kalau rumah orang lain ada satu je plastik sampah dalam tongnya, rumah saya ada tiga empat plastik, semata-mata menyahut kempen selamatkan bumi. Tapi apa yang saya dapat. Sampah bertimbun-timbun tak diangkat dah lebih seminggu di kawasan perumahan saya.

Dulu-dulu masalah ini pernah berlaku juga sehingga suami saya menelefon ke pihak yang berkenaan. Selesai sekejap masalah, tapi sekarang ni dah mula balik. Kalau dulu sampah diangkat tiga kali seminggu, dah menjadi dua kali seminggu dan akhirnya sekali seminggu. Tetapi sehingga semalam,tong sampah di luar pagar rumah saya sudah lebih seminggu isinya tak dikeluarkan ditambah lagi dengan sampah baru.

Sudahlah budak-budak di sini sesuka hati membuang bungkus jajan yang selalu terbang ke persekitaran rumah, kad along yang bersepah-sepah, risalah-risalah yang diselitkan di pagar dan diterbangkan angin dan ada juga yang dicampak bergulung dalam kawasan rumah.... tolongggggggggglah...

Memang sakit mata dan sakit hati dibuatnya. Jadi bila ayat-ayat yang keluar dari mulut Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Kabinet sebelum ini mahu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan selewat-lewatnya awal tahun depan saya harapkan ia bukanlah sekadar hanya memenuhi agenda mesyuarat sahaja tetapi kata hendaklah dikota.

Nak melaksanakannya pun memang mudah bila berkata-kata sahaja, meh baca lagi petikannya..

'Bagi pelaksanaannya setiap rumah akan dibekalkan DUA TONG SAMPAH, satu untuk buangan sisa pepejal organik dan satu lagi untuk buangan yang boleh dikitar semula.'

"UNTUK ORGANIK KITA AKAN KUTIP SETIAP DUA HARI MANAKALA UNTUK KITAR SEMULA AKAN DIKUTIP SEHARI SEKALI. Tong sampah ini akan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PPT) dan syarikat konsesi dilantik."

Isyyyyhhhh... makin baca makin meluat rasanya lebih-lebih lagi bila terbayangkan sampah depan rumah masa nak keluar tadi. Harap-harap petang ni tong sampah saya dah ditonggengkan di atas 'stand'nya. Itupun nasib baiklah kalau ada pekerja SWM yang rajin, dibuatnya hujan lebat petang ni... alahaiiiiiiii...

Sunday, May 23, 2010

NEAPOLITAN MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM...

TAK habis-habis dengan muffin kan... hik.. hik.. nampaknya dah jangkit penyakit Izah Muffin Lover, saya dah jadi pencinta muffin juga.

Kali ni saya nak tayang neapolitan muffin ni, yang tersangatlah gebu dan comel. Rasanya pun ermmmm.... bayangkanlah sekejapan saja lebih separuh dan masuk perut, memang sedap dengan tiga rasanya yang berlawan-lawan di tekak tapi serasi.


Masih lagi menggunakan resepi muffin coklat cip vanila, kali ini saya bahagikan adunan kepada tiga warna dan rasa, strawberi, coklat dan oren. Pulak tu kerana malas nak ke kedai walaupun susu segar dan habis lalu saya gantikan dengan bancuhan susu pekat manis.. hihi. Gulanya macam biasa kenalah dikurangkan.

Bahan-bahan:
375 gm tepung gandum*
2 sk serbuk penaik* (ayak bersama bahan bertanda*)
250 gm mentega
200 gm gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur
210 ml bancuhan air dan susu pekat manis (sederhana manisnya)
1 sk strawberry emulco
1 sk coklat emulco
1 sk kordial oren sunquick
2 titik pewarna merah atau pink
60 gm coklat cip

Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.
2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.
4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.
5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak.
8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.



SELAMAT MENCUBA

Saturday, May 22, 2010

MUCHKIN DONUT

ASSALAMUALAIKUM...

PETANG Sabtu hampir melabuh tirai dan saya nak tunjuklah donut-donut comel yang saya buat ala-ala muchkin donut yang pelbagai perisa di Dunkin 'Donut tu.

Sesajalah buat nak 'test power'... haha.. pasal inilah pertama kali saya buat donut. Masa kecil-kecil dulu adalah tengok ibu buat tapi tak pernah ambil tahu, tahunya nak makan jer. Jadi disebabkan Yaya suka sangat muchkin donut tu saya pun tanya-tanyalah dengan member dan walaupun dia tak memberi resepi secara 'detail' kerana diapun selalu tengok maknya buat, jadi berkali-kali jugalah saya merisik sukatan, tapi sampai la ni, maknya dok kata.. "Ala... kau letaklah banyak ni, yang tu banyak ni.. haha.."

Jadi saya bulatkan hati, agak-agak jerlah. Tapi ada satu rahsia... 'Syhhhhhh... cemanalah rupanya yis tu kat kedai ya, letaknya kat mana??? '

Kalau instant yis tu saya tahulah. Masalahnya mak kawan tu guna yis tradisional. Bila tanya nyonya kedai tu pulak, dia kata, ada dalam 'ice-box'... waaaaa... Nasib baiklah uncle kedai tu tolong ambilkan, kalau tak memang malu sehhh tak kenal yis.

Hik.. hik... melampaukan.... tapi resepi muchkin saya menjadi, maklumlah, bakat memasak tu memang dah semulajadi kan... hik.. hikk... Dapatlah Yaya menjamu kawan-kawan sepermainannya tadi, dapat lebih 50 biji jugak tu dan semuanya telah selamat masuk ke perut.. Alhamdulillah..

Bahan-bahannya:
Yis selebar dua jari
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu uht @ 2 sb susu tepung
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Larutkan yis dengan sedikit air dan garam.
2. Masukkan tepung dan susu tepung (jika guna susu tepung) dalam mangkuk besar dan masukkan larutan yis dan garam tadi. Gaul dengan hujung jari.
3. Jika guna susu uht, masukkan susu uht, gaul lagi dengan hujung jari. Tambahkan air sedikit-sedikit sambil terus menggaul. Hentikan menambah air jika adunan sudah menjadi seperti adunan jemput-jemput @ cekodok. Jangan terlalu cair. Picit-picit dengan hujung jari adunan yang agak berketul sehingga semuanya sebati.
4. Simpan adunan selama 1 jam. Selepas 1 jam, bentukkan adunan kecil-kecil dengan hujung sudu (boleh juga dijemput dengan jari) dan gorengkan dalam minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan.
5. Taburkan gula icing sebelum menghidang atau mengikut citarasa anda.

P/S: Saya ni penakut sikit dengan minyak panas, maka pada mula tu terhasil jugaklah pelbagai bentuk, bulat, lonjong, segiempat, segitiga... hehe.. tapi lama-lama dah cantik sikit bentuknya, tapi bentuk yang cantik tu selalunya lebih memikat untuk masuk ke perut dulukan... hik.. hik..

Friday, May 21, 2010

SUP TULANG MERAH

ASSALAMUALAIKUM...
Salam Pagi Jumaat... maknanya esok kembali bertemu dengan Sabtu. Apa agenda anda? Jemputan kahwin, kenduri, basuh kain baju, kemas rumah, bersihkan laman, tengok wayang (Shrek... Ogre.. Ogre)atau tidur sepanjang hari? Tapi perut tetap kena isi jugakan. Ada idea tak? Jom masak sup tulang merah..

Haa.. kalau sebelum ni kita biasa buat sup tulang yang jernih (ada jugak yang keruh.. hihi), kali ini saya nak kongsikan resepi sup yang berwarna merah. Sup merah ni terkenal di negara yang berjiran dengan negeri saya, Singapura. Rasanya pun lain sikit, maknanya bukan warnanya saja yang merah tapi rasanya pun berbeza tidak seperti sup biasa. Enak sekali dimakan dengan roti Perancis, tapi pasal tak sempat terbang ke Perancis, saya bantai jer dengan roti Gardenia... layanzzz.

Ops, lupa nak bagitau, resepi ciplak dari ruangan Variasi Harian Metro, Sup Tulang Ketuk. Resepi asal menggunakan tulang 'gear box' atau kepala lutut tapi saya guna tulung rusuk jer, pun boleh.. yang penting mahu merah ya Mak Ngah.. Resepi asal ikut sukatan dalam gram, manalah sempat nak menimbang-nimbang bawang, cili, sos-sos tu semua, jadi saya pakai lebur. Ha, siapa yang belum 'expert' tu sila ikut sukatan ya, nanti kalau tak sedap jangan salahkan saya.. hik.. hik..

Bahan-bahannya:
1 kg tulang daging
600 gm bawang merah
50 gm cili boh
80 gm pes tomato
30 gm kicap manis
5 gm garam (garam pun timbang??)
25 gm gula
serbuk perasa stok ayam atau daging (tak letak)
10 gm serbuk lada hitam
50 gm sos tiram
140 gm tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 biji telur
20 gm bawang goreng (tak letak)
20 gm daun bawang
100 gm kubis hiris halus (tak letak)

Cara menyediakan:
1. Rebus tulang daging selama tiga jam (kalau gear box). Saya rebus dua jam.
2. Dalam kuali/ periuk lain, tumiskan bawang merah dan masukkan stok ayam atau daging. Apabila nampak agak garing, masukkan dalam periuk rebusan tulang daging tadi.
3. Masukkan pes tomato dan cili boh ke dalam air rebusan. Gaul sekejap, masukkan gula dan garam.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau.
5. Pukul telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam periuk sup merah, kacau cepat.
6. Sebatikan sup, masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih dan kuahnya kering sedikit, barulah diangkat.
7. Hiaskan bersama taburan hirisan kubis, bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa. Sup sedia dinikmati... yummy!!

Thursday, May 20, 2010

KAKI YANG BIJAK

ASSALAMUALAIKUM...
Salam Pagi Khamis... lepas-lepas sarapan ni mesti ramai yang agak mengantukkan? Jom hilangkan mengantuk dengan mengajak kaki anda berlawak... hehe..

Tahukah anda bahawa setiap kaki manusia dianugerahkan Allah swt dengan satu keupayaan yang luar biasa? Jom ambil ujian ini, luangkan sedikit masa anda... sekejappppppppp jer..

1. Duduk di atas kerusi anda, letakkan kaki kanan anda di lantai dan gerakkan secara pusingan kaki anda mengikut arah jam.

2. Sekarang, dalam masa yang sama, tuliskan nombor 6... pergerakan kaki anda akan berubah secara automatik.

Cubalah lawan pergerakan tangan anda dengan kaki anda, boleh atau tidak??

p/s: cuba kaki kiri pulak..

Wednesday, May 19, 2010

MUFFIN STRAWBERI COKLAT CIP

ASSALAMUALAIKUM...

SUSAHLAH nak bagi tajuk hari ini. Muffin Coklat Cip Strawberi... muffin strawberi coklat cip... samalah ya, yang penting sampai maknanyakan..

Muffin ni saya olah dari resepi asalnya, Muffin Coklat Cip Vanilla yang diambil dari majalah rasa (kot... dah lama, tak ingat). Tiba-tiba datang idea nak jadikannya strawberi pasal muffin ini tak dideco. Jadi daripada bulat-bulat macam tu baik diberi warna supaya nampak berseri.



Buat ni pun sempena Jamuan Hari Guru kelas Yaya. Mula tu memanglah berangan nak hias dengan buttercream, tapi Yaya bagitahu sesi sambutannya petang. Macammana ya, Yaya ni tinggal di taska sementara tunggu sesi sekolah petang. Karang bersemut pulak, ialah.. Yaya ni kecil lagi umurnya (orangnya besar), tentu dia tak peka dengan benda-benda macam ni. Lainlah kalau saya bercuti, boleh hantar terus ke sekolah ataupun jamuan dibuat waktu pagi, taklah pening kepala. Jadi keputusannya muffin budus2 jer la.. hik.. hik..

Yang penting, Yaya kata memang laris pasal sedap, cikgu kata sedap, kawan-kawan kata sedap.. "Cikgu siap bawa balik bonda...", kata Yaya. Alhamdulillah kalau sedap dan laris, saya suka sangat, hilang penat membuatnya.

Jom, layanzzz resepi..

Bahan-bahan:
250 gm mentega
3 biji telur (A)
225 gm gula kastor (saya guna 200 gm)
210 ml susu perisa strawberi
375 gm tepung gandum*
2 st serbuk penaik* (ayak bahan bertanda*)
1 sb strawberry emulco
beberapa titik pewarna pink atau merah
100 gm coklat cip

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Alas loyang muffin dengan cupcake liner atau gunakan mangkuk muffin.
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan susu perisa strawberi, putar lagi. Masukkan strawberi emulco, putar sekejap dan berhentikan mesin.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik hingga semuanya sebati. Masukkan pewarna, gaul sebati.
6. Masukkan coklat cip, gaul sebati. Sudukan 2/3 penuh ke mangkuk muffin atau cupcake liner.



Boleh mendapat 43 biji muffin saiz M... SELAMAT MENCUBA..

Hadiah yang sempat saya sediakan untuk guru Yaya. Yaya kata cikgu pesan tak payah beli hadiah untuk semua cikgu, pilih dua cikgu je.. fuhhhh... selamat.. hehe

Tuesday, May 18, 2010

ASAM PEDAS TETEL

ASSALAMUALAIKUM..

SEKALI lagi kita bertemu, kali ini saya nak tunjukkan asam pedas tetel ni yang saya masak Sabtu lepas. Mesti ramai yang dah pernah menikmati resepi istimewa dari negeri Melaka ni kan. Ini memang masakan kegemaran saya sekeluarga.. daripada saya, suami sampailah anak, berulang-ulang makan nasi kalau ada asam pedas ni.

Kalau singgah bermalam di Melaka, mesti nak cari jugak asam pedas ni. Kalau tak sempat ke rumah kakak di Batu Berendam, kami terjah satu restoran kampung yang terletak di pinggir bandar Melaka, memang meletup.

Tapi kalau rumah kakak tu, bukan kakak yang masak tapi abang ipar saya yang asal dari Melaka. Ilmu masak asam pedas tetel ni saya dapat dari dialah, Encik Ismail Felix (bapanya orang Belanda ya). Masakan abang ipar yang saya panggil Abang Long ni, memang menyengat tau, isk.. kecur air liur pulak.

Tapi, maaflah.. gambar saya ni tak berapa meletops pasal guna kamera telefon je, tapi rasanya memang meletops(sepatah kata CMG) tau... tak percaya, cuba..


Bahan-bahan:
2 senduk minyak masak
2 1/2 senduk cili yang siap dikisar bersama bawang (tengok sini)
1 kg daging tetel dibersihkan dan potong kecil (lebih sedap tetel tempatan)
3 mangkuk kecil air (saya guna saiz mangkuk taufu fa)
1 genggam asam jawa
2 keping asam gelugor
1 sb serbuk belacan maggi
1/2 sb garam/secukup rasa
2 batang serai (diketuk dan disimpul)
1" halia (diketuk)
1" lengkuas (diketuk)
1 st halba
3 ~ 4 helai daun limau purut

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis sebentar halba, serai, halia dan lengkuas.
2. Masukkan cili kisar, kacau hingga agak garing.
3. Ramaskan asam jawa dalam semangkuk air. Tuangkan air asam tersebut ke dalam periuk. Kacau rata. Masukkan daging tetel, kacau sebentar. Masukkan garam dan belacan.
4. Tambah lagi semangkuk air dalam asam jawa tadi. Ramas lagi hingga asam jawa tinggal biji dan tuangkan airnya ke dalam periuk asam pedas. Kacau rata, tambahkan semangkuk air lagi ke dalam periuk.
5. Masukkan asam gelugor, kacau sekejap dan biarkan mendidih kira-kira sejam dengan api sederhana. Tutup periuk semasa memasak, kalau boleh gunakan periuk yang agak besar.
6. Masukkan daun limau purut dan masukkan ke dalam periuk, biar kira-kira 10 minit dan tutupkan api. Kuah asam pedas akan menjadi pekat tidak berapa lama kemudian. Enak dimakan bersama nasi putih.

Nota: Daging tetel tidak perlu direbus dahulu, inilah yang akan memberi rasa kepada asam pedas.

KISAH ORANG DAPUR... cili kisar

ASSALAMUALAIKUM..
DAH siap masak untuk makan tengahari ke? Yang duduk kat rumah tu, mesti tunggu anak balik sekolah kan. Macam saya ni, tunggu waktu makan je.... hihi.

Saya ni pening sikit sebenarnya, bukan pasal apa.. cemanalah blog saya ni boleh jadi blog masak-masak ek. Tapi sebenarnya saya masih campur-campur dengan macam-macam cerita cuma kebelakangan ni banyak cerita masak-masak pulak. Ah, tak kisahlah, blog ahkak.. suka hati ahkaklah.. hik.. hik..

Orang nak masak ni pun ada macam-macam cara jugak kan. Ada yang hari-hari masak lemak... payah jugak. Hari-hari nak parut kelapa, nak perah santan lagi..,macam mak saya dulu-dululah. Hari-hari sayalah tukang suruh ke kedai... isk, bukan ngungkit, cerita je.

Nasib baik sekarang dah ada santan kotak jadi senanglah. Tak payah lagi nak memarut dan memerah. Jimat masa, jimat tenaga.. tapi wang tak berapa nak jimatlah, pasal kos santan kotak ni tinggi sikit banding dengan perah sendiri. Eh, ye ke? Entah-entah sama je, kelapa sebiji pun dah seringgit kan.. yo yo oww je aku ni.. hik.. hik..

Kalau orang Johor pulak, asyik-asyik masak asam pedas. Macam saya ni, balik-balik sambal tumis. Maaflah, rasanya tak pernah lagi buat entri sambal tumiskan... ada ke belum ek, dah selalu sangat masak, boleh dikatakan seminggu dua tiga kali jugaklah masak sambal tumis ni.

Jadi kenalah sentiasa bersiap sedia dengan cili kisar supaya cepat sikit masa nak memasaknya. Sebenarnya saya tak pandailah, asal nak masak baru nak rebus cili, kopek bawang dan sebagainya. Kecualilah kalau stok cili kisar memang betul-betul habis. Barulah itu jam (pinjam ayat Cik Mat.. hehe) juga nak rebus cili kering. Hishhhh... penat tu. Lagilah kalau bekerja ni kan, agak-agak bajet malam tu nak masak sambal tumis, terus je keluarkan cili kisar dari peti ais.

Satu lagi, cili kering saya dah siap dikisar bersama bawang merah dan putih. Senangkan.. Ada orang kata, cepat basi. Tapi pada saya tak pulak, tahan sampai sebulan tau. Kalau lebih sebulan, tak tahulah.. pasal biasanya paling lama dalam sebulan habislah stok cili kisar saya.

Jadi di sini saya nak kongsikan pada sesiapa yang kesuntukan masa nak mengisar cili tu, jadi lepas ni taklah terkejar-kejar lagi. Yang dah tahu, takpelah ya. Tumpang lalu..

Tapi saya tak pernah pulak kira berapa tangkai cili... ni anggaran cili kering yang bernilai RM2 ya.. hik.. hik... (keluarga saya kecik je). Jadi, bila ke kedai minta tukang jual tu bungkuskan cili kering RM2.

Bahan-bahan:
Cili kering (RM2)
24 ulas bawang merah sederhana saiznya
20 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
air secukupnya

Cara-cara:
1. Rebuskan cili kering sehingga lembut. Boleh potong kecil-kecil kalau rajin.
2. Buang air rebusan cili. Bilaskan beberapa kali, sila tahan nafas supaya tidak terbersin-bersin.. hik.. hik..
3. Masukkan separuh cili ke dalam jug mesin pengisar. Masukkan separuh bahagian bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan suku cawan minyak masak dan air kurang 1/3 bahagian jug. Kisar semua bahan sehingga halus. Tambah sedikit air jika perlu. Ulang pada sebahagian lagi.
5. Simpan dalam bekas yang ditutup rapat dan simpankan di dalam peti ais. Jika hendak digunakan ambil bahagian yang diperlukan dengan sudu atau senduk yang bersih. Jangan campurkan belacan dalam cili kisar yang hendak disimpan.
InsyaAllah, cili kisar ini tahan lama dan memudahkan kerja kita.

Kita boleh dapat cili kisar anggaran 1 kotak besar aiskrim walls atau nestle tu.

Nota: Jika beberapa lama disimpan, air punca peluh peti ais akan bertakung pada cili kisar, buang air tersebut.

FRENCH TOAST

ASSALAMUALAIKUM...
Selamat Pagi...

JOM sarapan french toast pagi ini

Bahan-bahan:
4 keping roti putih (paling sedap Gardenia)
1 biji telur
3 sb susu segar
sedikit garam
beberapa titik minyak
madu secukupnya

Cara-cara:
1. Pukul telur bersama susu segar dan garam
2. Panaskan kuali 'non stick'. Titikkan sedikit minyak, biarkan mengalir sedikit.
3. Roti dipotong dua. Celupkan dalam bancuhan telur.Letakkan di dalam kuali, biarkan sebentar dan terbalikkan, tunggu sekejap. Angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama madu.

SELAMAT BERSARAPAN..

Monday, May 17, 2010

QARIN

ASSALAMUALAIKUM...

PETANG ini saya ingin berkongsi satu email yang saya telah terima lama dulu dan tidak pasti kesahihannya. Jika ada pendapat, haraplah dapat dikongsikan di sini ya..

TAHUKAH anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing?

Apabila seseorang ibu itu bersalin, si ayah akan membasuh uri atau orang tua-tua kata itu kembar kita. Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin... Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.

Seorang pemuda pernah bercerita, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Pemuda ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Pemuda ni pun belum berkahwin, merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu.

Sampai di rumah, perempuan tersebut berpesan supaya pemuda itu tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, pemuda ini pun bercerita la pada rakan serumahnya, dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita, esoknya pemuda tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi.

Sampai di rumah perempuan tu, ibunya saja yang ada di rumah. Pemuda itu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ, bekas elajar UKM , tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui atau akan lalui, jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa..contoh: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini..tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca A'uzubillahiminasha itonirrajim, insya-Allah. .selamat.

Kepada kita yang masih hidup buatlah kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan.

Wallahualam.

AWARD DAN TAG DARI AYU DAN CIK AYU

ASSALAMUALAIKUM...

Pening ke baca tajuk entri saya tu? Hik.. hik... jangan pening ya. Ayu tu orang lain, Cik Ayu tu orang lain. Ramai sangat blogger yang bernama Ayu ni. Jadi bila mereka meninggalkan jejak di chatbox saya tu memang selalu keliru, Ayu yang mana satu.



Baiklah, award yang pertama ni daripada Cik Ayu~cupcakeschek. Mesti ada yang perasan saya pernah entrikan award ini kan. Cuma bezanya sebelum ini saya dapat award ni bulat-bulat tanpa tugasan, boleh tengok di sini tapi kali ini ada tugasan. Tugasan tu pulak saya pernah selesaikan pada entri ini, jadi macam peninglah kalau nak buat lagi. Jadi kepada Cik Ayu, terima kasihlah kerana sudi memberikan saya award ini ya.

Award yang kedua ini pula, hadiah dari Ayu~HadifHadifah sempena Hari Guru. Terima kasih ya Ayu. Saya setuju dengan pendapat Ayu, bahawa golongan pendidik seperti kami ini agak kurang diraikan berbanding dengan guru di sekolah. Satu kenangan yang paling manis sepanjang bergelar pendidik ini ialah saya pernah menerima sejambak bunga secara kourier dari anak-anak didik saya di tempat lama pada tahun 1997. Sampai sekarang masih saya simpan gambar bunga pemberian mereka khususnya Daing Sarina yang bersusah-payah menempah bunga tersebut mewakili rakan sekelasnya.



Dan di sini saya ingin kongsikan ucapan paling manis yang saya terima pada tahun ini daripada Nurul Huda Abdullah yang pernah menjadi anak didik saya sekitar tahun 2004/2005

Selamat Hari Guru, terima kasih atas segala tunjuk ajar ~ amat ringkas bukan, tapi amat bermakna bagi diri saya.

'Sama-sama, Nurul, semoga Nurul juga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.'

Untuk pengetahuan semua, Nurul merupakan gadis Sarawak berbangsa Iban yang memeluk Islam kira-kira tiga tahun lepas. Yang paling manis dalam kenangan ialah saya sendiri dan seorang kawan, Kak Faezah yang membawa Nurul ke MAJ untuk mengucap dua kalimah syahadah. Semoga cahaya keislaman akan terus menyelubungi kehidupan Nurul yang kini telah berumahtangga dan dikurniakan seorang puteri.

Satu lagi ucapan dalam Bahasa Inggeris daripada anak didik saya yang berbangsa India, Vicknesh...

'Good teacher impart good education. Great teacher groom their students to become leaders. Ordinary teacher direct us along the right path, but great teachers inspire us to seek our own path. The encourage us to discover our talents. Happy Teachers Day~ C Vicknesh. ~ Thank You, Vicknesh..

Terima kasih juga atas ucapan-ucapan yang singgah di ruang komen dan chatbox saya. Terima kasih semua.

PAI AYAM

ASSALAMUALAIKUM...

RAMAI yang letih nampaknya hari Isnin ni kan. Maklumlah.. macam-macam agenda yang dilalui semalam. Tak terkecualilah saya. Pagi ini pula, walaupun sampai ke pejabat awal, tetapi terus membuat beberapa tugasan penting. Jadi lambat sikitlah sampai di ALAM SARI ini.

Hari ini saya nak masukkan resepi yang dah tertangguh beberapa minggu. Macammanalah saya boleh lupa nak masukkan padahal dah berjanji dengan kawan-kawan. Di samping itu, masih lagi belum sempat menunaikan janji dengan Cik Ayu, yang menyuruh saya mengambil award di rumahnya. Maaf ya, Cik Ayu, nanti saya siapkan tugasan tu, InsyaAllah.

Baiklah, tak mahu menceceh lagi, jom layanzzz resepi. Tapi sebelum tu, nak bagitahulah kan bezanya pai dengan tart ini. Kalau diikutkan ramuan crustnya tu sama, cuma pai itu bertutup tetapi tart tak bertutup. Satu lagi ada beza juga crust bagi pai epal dan pai ayam/ daging. Bagi pai epal, crustnya agak manis tetapi bagi pai ayam adunan crustnya dicampur sedikit garam.

Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas)
250 gm tepung gandum
140 gm mentega
1 sb gula kastor
1 sk garam
1 biji kuning telur

Cara menyediakan crust:
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit.
Cara mencanai doh boleh lihat di sini

Bahan-bahan Inti:
50 gm mentega*
50 gm tepung gandum*(untuk roux/memekatkan inti)
1 sb mentega
200 ml susu segar
1/2 helai daun bay
1 labu bawang besar*(dicincang)
2 ulas bawang putih*
200 gm isi ayam (didadu)
100 gm sayur campur
1 sk lada sulah
1 sk stok ayam
garam secukup rasa

Cara menyediakan inti:
1. Sediakan 'roux': Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sebati. Ketepikan.

2. Cairkan 1 sb mentega, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan daun bay.
3. Masukkan isi ayam, kacau rata. Masukkan lada sulah, stok ayam dan garam jika perlu.
4. Masukkan susu segar, kacau sekali-sekala. Apabila mendidih, masukkan sayur. Kacau rata.
5. Apabila kuah hampir pekat, tambahkan roux tadi sedikit-sedikt hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.(jika sudah pekat, berhenti menambah roux) Tutup api, ketepikan.

Nota: Keluarkan kulit pai dari ketuhar selepas 20 minit. Isikan dengan inti ayam.
Tutup pai dengan lebihan doh. Sapu permukaan pai dengan telur yang dipukul bersama sedikit susu segar.
Bakar lagi 20 minit dengan suhu 180'C.

Cara menutup kuit pai boleh lihat di sini.

pada pendapat kami-kami yang comel lote ini pai ayam lebih enak dari pai epal, yummy!

Sunday, May 16, 2010

KISAH ORANG NAK KURUSKAN BADAN

ASSALAMUALAIKUM... Salam Pagi Minggu...
SEKEJAP lagi nak pergi kenduri orang kahwin, anak saudara perempuan saya di Rengit. Dah siap ni ha, tinggal nak pakai tudung je. Tapi nak masukkan cerita lawak sekejap.. hehe. (belum apa-apa dah ketawa)

Lawak kali ni agak 'blues' sikit ya. Minta maaf kepada semua, anggaplah ini gurauan hujung minggu. Bagi surirumah merangkap wanita bekerja tu, hilanglah sikit penat menyelesaikan urusan rumahtangga pagi ni kan.

Kisahnya begini...

Seorang mamat yang memang gemuk masuk ke sebuah fitness center dengan niat untuk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter berkata kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 untuk versi 'Biasa' dan RM100 untuk versi 'Cepat'".

"Saya ingat nak ambil yang biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi.

"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawab lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yang di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yang memang lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah tak senang duduk dan berpeluh-peluh.

Perempuan itu berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaapa saja dengan saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun tak dapat-dapat jugak. Dia cuba lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke kaunter dan lelaki penjaga kaunter menyuruhnya menimbang berat dan mendapati berat badannya telah turun 3kg. "Wow! Memang berbaloi aku bayar RM50... memang senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.


Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program-program seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk cuba versi 'Cepat'.

"Baiklah, encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit di dalam bilik itu, datanglah seorang body-builder yang tough dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dalam bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"

Saturday, May 15, 2010

TALAM SAGU KELAPA

ASSALAMUALAIKUM...
Sekejap je dah malam kalau kita duduk di rumahkan. Tapi kalau di tempat kerja nak menunggu petang, punyalah lambat. Tengok jarum jam macam tak bergerak-gerak.

Ni nak masukkanlah entri kuih melayu resepi ibu saya. Sebenarnya saya pun tak pastilah nama sebenar kuih ini, tapi saya tahu mesti ramai yang tahu kuih ni yang sememangnya popular lebih-lebih lagi kalau bulan puasa, sebab sangat mudah disediakan.



Saya sendiri tak pernah lagi cuba membuatnya tapi sangat suka makan. Senang-senang pun orang jual mahal juga, ermmm...rugilah kalau asyik nak membeli kan. Bukan apa, bahannya murah, buatnya mudah, tapi dijual RM1 untuk 3 ketul, agaknya boleh 'cover' modal kuih-kuih lain kot.

Sebab bukan saya yang buat kuih ni, jadi saya tak tahulah sukatan yang sebenar. Ibu pun kata main agak-agak je. Jadi pada sesiapa yang tak pernah membuat tu bolehlah main agak-agak seperti berikut ya.. hik hik..

Bahan-bahan:
1 mangkuk sagu biji (dibersihkan dan ditapis)
2 mangkuk air gula (rasalah manisnya cukup)
kelapa parut secukupnya digaul bersama garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Biarkan air gula yang mendidih di dalam periuk. Jika menggunakan sagu biji putih, letakkan sedikit pewarna merah. Atau boleh menggunakan sagu biji berwarna merah.
2. Masukkan sagu biji, kacau sentiasa sehingga sagu kembang. Apabila sagu kembang secukupnya, tuangkan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk dan sudukan seketul-seketul dan golekkan ke dalam kelapa parut.




Ini cara ibu saya, ada juga yang membuat adunan sagu agak keras sedikit supaya boleh dipotong sebelum digolekkan ke dalam kelapa parut. Lain orang lain caranya kan, SELAMAT MENCUBA

OTAK SEORANG MAT REMPIT

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat Petang...

HARI ni saya nak ceritakan tentang seorang Mat Rempit... jom, layanzzzzzzzzzz!


Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Sedang asyik membuat pelbagai aksi superman dan cicakman, dia tiba-tiba hilang kawalan dan bergesel dengan seorang kawannya hingga terlanggar pembahagi jalan. Topi keledar yang tidak diikat ketat telah tertanggal. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, mat rempit yang maih bergelar pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa mat rempit berkenaan berkata, "Owh, macam tu tentu dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya, "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?"

Jawab si bapa, "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat habis duit aku jer anto dia belajor!"

HEHEHEEEEEEE...

Friday, May 14, 2010

SAYUR NANGKA MASAK LEMAK

ASSALAMUALAIKUM...
Salam Pagi Jumaat yang membawa barkah..

Sehari tidak bersiaran, di samping sibuk dengan tugas-tugas di tempat kerja, sibuk juga membalas ucapan Selamat Hari Lahir yang tidak putus-putus masuk ke dalam facebook saya. Alhamdulillah, banyak sekali doa yang diiringkan, Amin.. amin, mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT.

Oh, ya.. ada yang bertanya, saya ni cikgu ke? Sebenarnya saya bekerja sebagai pengajar di IPTS di selatan tanah air. Bolehlah dikategorikan sebagai cikgu juga, cuma panggilan di kalangan pelajar tu bukan cikgu tetapi Puan. Harap dapat menjawab persoalan ya.

Hari ini saya nak kongsikan lagi resepi ibu saya. Kalau diikutkan rasanya saya berhutang dua resepi, tapi saya masukkan dulu resepi yang inilah ya.

SAYUR NANGKA MASAK LEMAK
1/2 kg nangka muda
Air untuk merebus nangka secukupnya
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1/2" kunyit hidup
1 ikat daun selasih
1 kotak santan (ibu guna M&S)
1 mangkuk kecil air
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Nangka muda dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Rebus nangka sehingga empuk, toskan airnya, biarkan nangka di dalam periuk.
2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat. Masukkan garam, tumbuk lagi.
3. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang mengandungi nangka. Tuangkan setengah kotak santan dan semangkuk kecil air. Masak hingga mendidih dan dikacau selalu.
4. Apabila telah mendidih, masukkan baki setengah kotak lagi santan. Kacau sentiasa.Masukkan daun selasih, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.




Enak dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan kering..

Wednesday, May 12, 2010

SUDU ABAH

ASSALAMUALAIKUM...

PENAT sikitlah (banyak sebenarnya) petang ni. Tapi sajalah singgah sini sekejap pasal saya teringat pernah janji nak tunjuk sudu arwah abah saya. Sesiapa yang belum tahu ceritanya bolehlah baca di sini,



KISAH PENJUAL AYAM

ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini saya sibuk.. sibuk dan sangat sibuk. Langsung tak dapat berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan. Tapi bila terlalu sibuk, otak ni dah jadi jem pulak. Nak kira markah budak-budak ni pun dah tak berapa betul. Hissshhhh, tak boleh dibiarkan ni. Perut pun rasa lapar dan kepala teringin nak makan yang macam-macam. Rasa nak makan KFC yang ada serbuk lada hitam tu pun ada jugak. Bila sebut pasal ayam KFC tiba-tiba teringat satu kisah penjual ayam segar.. berlaku di sebuah pasar di PASAR dot.. dot.. dot..

Peniaga ayam ini bernama Sudin. Dia jual ayam yang dibeli dari beberapa tempat.
Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran.

Jadi hari-hari lah dia beli ayam dari Sudin.

Disebabkan dah setiap hari dok membelek ayam, Kak Midah dah kenal jenis-jenis ayam sebelum disembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis.

Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah.

Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja.

Kalau tak ada langsung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal sama ada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor-sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah tetapi lama-lama Sudin dah mula boring. Tapi disebabkan Kak Midah ni pelanggan tetap, Sudin pendam je bengang dia.

Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.
Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan bertanya:

Kak Midah : Din, ayam Bangi tak ada ka?

Sudin : Tu ada dalam tu (yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim).

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada (yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok belek ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam (lalu berlalu sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu.

Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din, tak balik raya ke tahun ni?

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa?

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana?

Sudin : (Masih diam....tiba-tiba Sudin berpaling sambil menyelak punggungnya dan bekata......) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah teka saya berasal dari mana????!!!

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)



hik.. hik.. sekadar hiburan merealease otak yang tengah jem...

Tuesday, May 11, 2010

KISAH ANAK DERHAKA.. mesti baca

ASSALAMUALAIKUM...
Selamat Tengahari, juadah saya tengahari ni ialah Nasi Ambang. Mesti ramai yang tahu pasal nasi ambang ni kan, tapi sebutan yang sebenarnya Nasi Ambeng, cuma ramai yang tak reti nak sebut ambeng tu. Sebenarnya nasi ambeng ni percuma kerana meraikan dua orang staf di tempat saya yang akan berhijrah ke tempat lain, ALhamdulillah... rezeki jangan ditolak.

Lepas makan nasi ni mulalah mengantuk, orang kata kalau lepas makan ngantuk, maknanya tinggi kolesterol dan toksin, betul ke? Jadi sambil buat kerja sambil baca-baca email, terbaca pulak email ni, nak kongsilah dengan kawan-kawan, mesti baca sampai habis tau...

DI SEBUAH kampung yang diberi nama Kampung Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah seorang janda beranak satu... Senah namanya. Anaknya nak kata budak tidak...nak kata tua pun tidak tapi perangai...MasyaAllah! ngalah kan setan aprait.... Mereka hidup takler senang...hidupnya kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.

Nama anak Si Senah nie orang panggil Dak Atan... Si Atan nie kurang ajar orangnya....
hobi utama dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang maka maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....

Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah motor... selama nih pun kalau Si Atan teringin nak ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak berpeluang lagi disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat dia...maklumlah ganas dan gelojoh serta rakus sangat, jadi dia paksa ler maknya belikan sebuah motor yang canggih!!!

Dengan kurang ajarnya Atan berkata "Oii! Kau!! Aku nak motor" .

Dengan lemah maknya jawab "mana aku nak cekau duit Atan oii?"

Atan bengang lalu dengan biadapnya Atan berkata lagi "Aku tak kira orang tua!!!Kalau aku kata aku nak...aku naklah!!! Besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan mata aku.. FAHAM????"

Maka keesokan harinya tersedialah motor tuh utk Si Atan...sebulan selepas tuh... Senah teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh tu....

Dengan angkuhnya Atan melenting...........

Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata-mata untuk ko, dengan naik motor aku yg canggih nih? Mana boleh!!! Tak glamour!!!!

Mak: Tak pe kalau ko tak nak tolong aku !!

Dengan sedih Senah menahan sabar... Lepas tuh Atan pun blah dengan motornya (pergi Racing) ...

Nasib Atan agak malang.. dia mati katak dalam kemalangan ketika berlumba (padan muka)...

Maka mayatnya pun dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian Atan kecuali emaknya....

Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan.. maknya enggan menyiram pusaranya dengan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air TEH.......lalu... maknya berkata

"Kerana teh la anak aku mati..."

Sedang maknya sibuk menyiram... tetiba...kubur Atan merekah.. maka semua yang ada disitu lari lintang pukang .. tak cukup tanah kecuali Senah..(emaknya) lepas tuh....
Atan keluar dari kubur dan bertentang mata dengan maknya..

Lalu dengan tak semena-mena mulut Atan bergerak-gerak dan berkata dengan lantang.........
"
"
"
"
"
"
"
"
"
teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!


SEKIAN.......al kisahhhhh..

PARI BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT PAGI... sarapan apa hari ini? Saya pagi-pagi lagi dah makan nasi malam tadi (panaskan dulu)dengan lemak cili padi. Rasa panas jer perut ni. Hasil tindakbalas cili padi dengan losyen limau nipis. Haha...

Mesti ramai yang suka makan nasi semalam pagi-pagi hari kan? Lagi-lagi kalau yang duduk rumah tu, maklumlah.. nasi semalam ada, lauk semalam pun ada, sayangnya... jadi pagi-pagi morning dah mengadap. Tapi apapun nasi kena panaskan dulu. Saya pernah dengar Chef Ismail yang fofular tu cakap, nasi semalam yang sejuk boleh mengakibatkan sakit-sakit tulang dan sendi, jadi jangan amalkan makan nasi sejuk ya.

Baiklah suka menceceh kan... ni nak kongsikan resepi ibu hari ini, 'PARI BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI'. Resepi hari ini lain sikit sebab kalau dua hari lepas, kedua-dua masakan dimasak ibu, yang ini saya yang masak. Tapi resepi ni belajar dengan ibunda tercintalah. Mesti ramai yang tahu kan lagi-lagi kalau yang belah-belah Negeri Sembilan tu dan mesti macam-macam juga tambahan macam tomato, belimbing buluh dan sebagainya dalam lauk ni. Tapi saya guna apa yang ada sahaja, jom... layanzzzzzzzzz!



Bahan-bahan :
4 ~ 5 keping ikan pari yang dah dipotong
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1/2" kunyit hidup *(saya ganti dengan 1st serbuk kunyit)
15 tangkai cili padi* (boleh tambah kalau suka pedas)
1 batang serai (diketuk dan disimpul)
1 1/2 cawan santan (saya guna 1/2 kotak santan kotak M&S + 1 1/4 cawan air)
1 senduk santan pekat (saya guna santan kotak M&S)
Daun pisang secukupnya untuk membungkus ikan (daun pisang tiada stok, saya guna aluminium foil)
garam secukup rasa
1 keping asam gelugor

Cara-caranya:
1. Ikan yang telah dibersihkan diasam garam supaya tidak hanyir, biarkan seketika. Kemudian bilas hingga bersih. Bungkuskan ikan dengan daun pisang. Jika guna aluminium foil sapu sedikit dengan marjerin atau minyak supaya tidak melekat. Letakkan di dalam kuali. Masak sehingga ikan separuh masak, balikkan bungkusan sekali sekala supaya rata masaknya.
2. Sementara itu tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Boleh juga kalau hendak dikisar, tapi saya lebih suka tumbuk supaya dapat menghasilkan air bawang dan cili yang asli, inilah yang memberi rasa dalam masakan.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serai. Buka api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan garam secukupnya dan asam gelugor.
4. Apabila santan hampir mendidih, biasanya ikan sudah separuh masak. Keluarkan ikan dari bungkusan perlahan-lahan dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan tadi. Kacau perlahan-lahan jangan sampai ikan hancur.
5. Apabila mendidih dan ikan mula masak, masukkan santan pekat, kecilkan api, kacau sentiasa. Boleh ditambah tomato atau belimbing buluh jika suka.
6. Matikan api dan bolehlah dihidangkan, enak dimakan bersama nasi putih.

Monday, May 10, 2010

TEKA TEKI TEKA TEKUK... hilangkan mengantuk..

ASSALAMUALAIKUM...
Ngantuklah pula di tengahari ni... Jom.. Segarkan otak..

Baca teka- teki ni, tak payah cari jawapan... tak payah susah payah fikir..


1)Dalam banyak-banyak air, air apa yg paling berani?
Jawapan: air terjun..sebab dia... (mesti ramai dah tau ni)
berani terjun!!!!


2)Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yg bertelur dan beranak??? kira 2 alam la niiii....
jawapan : siput babi laaa.....ye la siput bertelur,babi beranak(betoi x?)


3)banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
jawapan: Sungai Besi...(Ha...ha...ha...lawak tak...alahhhh,lawaklah ye...)


4)Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah.saya bagi 2 saat.
........................................................................
..................................1saat
........................................................................
...................................2saat
jawapan: motor, sebab motor pakai tongkat...MUAHAHAHA.....


5)huruf jawi apa yang ada angin...keh keh keh..jawab jangan tak jawab.. nak tau apa?
jawapan: huruf TA dan YA laa... ( kan jadi TAYAR tu..HEHEHE...)


6)Nih teka ni...kasut apa yang paling keras??haa..pikiaq2..apa?
jawapan : kasut BATA laaaa... (muhahaha..lawak ka???)


7)Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ??

jawapan ialah huruf i ngan u lerrr.. hehehehehe nih antara (pasangan bercinta lerrr )


8)Kalau kawan-kawan pandai ilmu hisab (orang dulu2), 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
jawapan: orang india tu jatuh lah....(keh keh keh!!!)


9)Okey, nak tanya hampa, benda apa kalau naik tak turun dah?
jawapan :kui..kui..kui dia umuq la.ish...ish....


10)Seekor gajah dan seekor kancil, berjalan-jalan dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi.

Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah?

Gajah patah apa rasanya ya????

Jawapan: Gajah patah balik ler



11)Dalam banyak-banyak lembu,lembu apa yang orang cari,(any answer?)

Jawapan :lembu yang hilang lah. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.


12)Hidupan apa di dalam laut paling tua????
Jawapan: udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--


13)Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri........?

Jawapan: tapak kaki la......

14)Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu...

Jawapan: ikan sardin, sebab tu dia duduk dlm tin..

15)Andaikata anda terjumpa mayat manusia atau bangkai haiwan,apa yang anda tutop dulu????
Jawapan: Tentulah tutup Idong..

16)Apakah benda yang kita potong ia tetap akan panjang????
Jawapan: tentulah kacang panjang, takkan dah potong panggil kacang pendek lax.. tak sesuai tow...

17) Burung apa yang boleh berdiri tapi tak boleh duduk atau baring?
Jawapan : Laaa... senang ni pun tak taw ka? Burung Penguin la.. tak caya cari gambar penguin.. hehe

Jumpa lagi di cerita lawak lain kali ya....

PAIS IKAN MAYONG

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni sebagaimana yang saya janjikan semalam, sempena kita meraikan Hari Ibu minggu ini, saya akan berkongsi resepi-resepi air tangan ibu saya. Kalau semalam saya bagi resepi untuk sarapan, hari ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan resepi lauk untuk makan tengahari, Pais Ikan Mayong.



Lauk ini adalah antara feberet keluarga saya. Nak menyediakannya pun mudah saja. Biasanya lauk-lauk macam ni kita pakai campak baling je kan, jadi sukatan di bawah ni adalah untuk rujukan sahaja. Bolehlah disesuaikan mengikut citarasa sendiri. Bagi yang baru nak belajar tu, tak salah kalau hendak berpandu terus pada resepi ni... jom.. layanzzzzzzzzzzzz!

Pais Ikan Mayong
Bahan-bahan:
Daun pisang secukupnya untuk membungkus ikan
4 keping ikan mayong sederhana besar
15 tangkai cili kering*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup*
1 batang serai*
(bahan bertanda* dikisar halus)
1/4 cawan air asam jawa (pekat)
1 sb garam

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dan digaramkan.
2. Gaul sebati semua bahan kisar dan ratakan pada ikan.
3. Campurkan air asam jawa.
4. Bungkuskan ikan dengan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama sedikit minyak supaya daun pisang tidak melekat .
5. Tutup bungkusan ikan dengan tutup periuk. Terbalikkan bungkusan sekali sekala supaya tidak hangus di sebelah bahagian.
6. Masak ikan dengan api sederhana kecil kira-kira 30 minit atau sehingga ikan masak.
7. Sedia untuk dihidangkan, lebih enak dinikmati bersama nasi putih.




Harapnya resepi ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa yang buntu nak masak apa tengahari ni ya..
SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 9, 2010

BLUEBERRY CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM..

APA menu minum petang ni? Mesti ramai yang pergi jalan-jalan sempena Hari Ibu ni kan. Bagi saya sendiri nampaknya hari ni melepak di rumah sajalah. Semalam dah seharian dari pagi sampai malam di rumah ibu, jadi hari ni kena bayar hutang kerja-kerja rumah yang tergendala semalam.

En Hubby pun tiada kerana terlibat dengan Futsal Harian Metro Edisi Selatan minggu ini. Kita layan tv dengan internet jelah ya.. hehe.

Kek keju ini saya buat pada malam Sabtu untuk memenuhi permintaan adik saya yang menyambut hari lahir yang ke 27 semalam. Atas permintaannya juga yang hendakkan kek keju sepenuhnya ni tanpa base dari kek span dan sebagainya. Kebetulan semua bahan memang dah sedia ada jadi saya layankan sajalah. Jom tengok resepi yang diilhamkan dari buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju' oleh Noraini Zakaria.



Bahan A:
250 gm krim keju
50 gm mentega
80 gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80 gm tepung kek
5 biji kuning telur gred A
80 gm susu segar

Bahan B:
80 gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 st serbuk krim tartar

Bahan Hiasan:
Inti blueberry

Cara-cara membuatnya:
1. Griskan acuan 9" dan lapik dengan kertas serap minyak
2. Bahan A: Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan kuning telur dan jus lemon, pukul sebati.
3. Masukkan tepung kek dan susu berselang-seli hingga habis sambil digaul sebati. Pindahkan adunan ke mangkuk yang besar sedikit.
4. Bahan B: Dalam bekas lain, satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar. Pukul hingga kembang dan kental selama lebih kurang 7 minit.
5. Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan keju dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan dalam acuan, bakar 180C selama 1 jam.(Saya bakar secara steam-bake)
7. Setelah sejuk sapukan permukaannya dengan inti bluberry.

Selamat Mencuba.

Selamat Hari Lahir Untuk Adikku NOR'AINI IBRAHIM @ CIK EMBUN

PULUT DENGAN KELAPA

ASSALAMUALAIKUM... SALAM SEJAHTERA

SEMPENA dengan kita meraikan HARI IBU yang boleh dikatakan diraikan sepanjang minggu ini, saya nak berkongsilah resepi-resepi air tangan ibu saya PUAN SITI RAMLAH KIPIT.

Saya percaya semua orang cakap masakan ibunyalah yang paling sedap, betul tak? Pendek kata masakan orang lain tak dapat menandingi masakan ibunya. Begitu jugalah dengan saya. Apa yang ibu masak semuanya sedap dan kalau tak dikawal perasaan memang berpinggan-pingganlah saya menambah nasi.

Nak tahu tak apa buktinya ibu saya masak sedap? Cuba jeling sikit gambar keluarga kecil saya di sebelah kiri kawan-kawan. Haaaaaaaaaaa...!! Itulah buktinya, keh..keh.. keh....

Jangan ada yang marah pulak ya. "Apa kau ingat badan kitorang kurus, mak kitorang masak tak sedap ke?"

Taklah pulak begitu... janganlah ada yang kecil hati ya.

Baiklah,nak cerita resepi Pulut Dengan Kelapa yang sangat mudah ni. Janji pandai masak nasi, maka tak ada masalah nak menyediakannya. Dah lama juga tak makan pulut dengan kelapa ni, biasanya ia jadi menu sarapan pagi kami. Tak sangka pulak, masa pergi rumah ibu semalam, dapat makan pulut dengan kelapa ni. Ada satu lagu kanak-kanak tentang makan pulut dengan kelapa ni tapi saya tak ingat pula liriknya..

Caranya tanak beras pulut seperti biasa dan dimakan bersama kelapa parut yang digaul bersama garam. Lebih sedap kalau ada kopi panas... Saya paling suka kalau makan campur kerak-kerak sikit, ishhhh.. memang suka sangat. Ada jugak yang makan dengan ikan kering, lagi sedap..

TERIMA KASIH TEMAN

ASSALAMUALAIKUM... SALAM HARI MINGGU..

INI adalah kad-kad yang sempat saya ambil sempena Hari Ibu yang tahun ini jatuhnya pada 9 Mei 2010. Terima kasih untuk yang memberi, maaflah jika saya tak dapat membalasnya kerana keterbatasan waktu.

kad dari Mas~Duniaku


dari Kak Yatie US


dari Cik Mat Gebu


dari Izahdaut


dari Ummi


dari Ros

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?