Assalamualaikum...
BERCINTA sungguh nak membakar kek masa ni. Walaupun bahan-bahan tu ada, tapi nak menimbang dan menyukat apalagi mengeluarkan segala perkakas tu amatlah mencabar. Buat kek bukan macam buat lempeng atau jemput-jemput, semua bahan kena sedia dan timbang betul-betul... Tak gitu.
Jumaat lepas, semasa beli barangan keperluan dapur terlintas pulak hati nak buat Fruit Pastry Cake yang sedang tular di laman sosial sekarang. Duluuuu.. Kek ini pernah ngetop juga. Kalau kita google memang akan jumpa entry-entry kek ini 5 - 6 tahun lepas di blog milik blogger-blogger otai dan kini ia mula viral kembali.
Rugi pulak rasa kalau bakar kek sebiji aje jadi kita buat dua terus. Bahan-bahan pulak memang banyak kalau tak dihabiskan memang alamat expired macam tu aje.
Sk rujuk resepi dalam Blog Masam Manis
Bahan-bahan :
Buah-buahan Citrus (potong bentuk sesuai)
100 gm mentega
180 gm gula
50 gm yogurt
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 biji lemon (parut kulitnya sahaja)
210 gm tepung gandum*
1 tsp baking powder*
(*ayak bersama)
Cara-cara :
1. Gris dan alaskan loyang 8" dengan baking paper.
2. Panaskan oven 170 darjah selsius
3. Pukul mentega, yogurt dan gula hingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit lemon dan pukul lagi.
(adunan akan berbintil-bintil seperti dalam gambar)
6. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau kaup balik guna spatula hingga sebati.
(adunan akan menjadi pekat macam jemput-jemput)
7. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Susun buah-buahan ke atas adunan kek yang telah diratakan.
9. Bakar selama 45 - 1 jam. Cucuk bahagian tengah kek dengan cake tester atau lidi, jika tidak melekat bermakna telah masak.
10. Biarkan kek sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
11. Ayakkan gula icing atau snow powder di atas kek supaya lebih berseri.
Siappp!!
Tips penting : Pastikan buah-buahan tidak berair semasa disusun atas adunan kek
gerammm nengokk buah-buahan tuhh..rasanya kalau bagi kat ain , buah buahan tu dulu dah selamat hilang.hahahhaa..
ReplyDeleteSedapnyer
ReplyDeleteaduiii berapa minggu ni asyik nampak kek ni ajeeeee...sobsss
ReplyDeleteAkakkkkkk kenapa kejam sangatttt ya allah sedapnyaaa weyhhh. Buah buahan dia freshhhh betul nengokkk.
ReplyDeleteNak buat gak laaaa...
ReplyDeleteTak tahan nengokk orang post ..
amboi terus buat dua eh.mentang-mentang terrer membaking. alahaii... kenapalah kek ni viral sekarang..
ReplyDelete