CRASH LANDING ON YOU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SELEPAS Legend Of  The Blue Sea dan Marriage Contract, lama Sk tak mengikuti drama bersiri Korea. Kalau movie tu, memang selalu tengok la, terutama sebelum PKP, memang suka sangat layan movie Korea. Sekarang ni pulak, macam dah kurang masa untuk menonton drama atau movie. Kalau betul-betul best, memang layanlah jugak, itupun biasanya sebab dah dirakam atau ada link di youtube. Macam mana nak tahu cerita tu betul-betul best ke tak? Ada seorang kawan Sk yang suka kongsi link drama atau movie best di fb. Hurmmm.. dari situlah Sk pilih, yang mana satu menawan hati, haha. Macam drama bersiri yang viral masa PKP tu, The World Of Married Couple.. yang tu Sk tonton separuh jalan aje. Ada jugak beberapa drama yang Sk cuba tonton tapi macam tak berapa nak serasi, tengok 15 minit dah jemu gitu. Tu makna tak best la tu.. 


Nak tahu tak, apa yang membuatkan Sk tertarik untuk menonton Crash Landing On You? Bukan sinopsis ya, sebab SK ni memang jenis yang tak baca sinopsis. Sk tertarik dengan pakaian hero dalam poster tu. Ya, uniform askar. Sk sangat meminati filem atau drama yang berat, penuh aksi dan saspens. Kalau cerita perang tu memang Sk sanggup berjaga malam, la. Bila mula menonton, SK tertarik dengan sinematografinya dan babak burung yang terbang melewati kem askar yang membuatkan Sk semakin teruja untuk mengetahui jalan cerita.


CLOU mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Yoon Se-Ri.  Satu hari, dia pergi buat paragliding, entah dekat bukit mana la, kan kat Korea tu. Cuaca masa tu memang tak berapa elok dengan angin kencangnya, PA dia dah larang tapi dia ni memang degil gitu la wataknya, nak juga buat. Nak dijadikan cerita, masa dia tengah syok-syok menikmati keindahan alam tu, angin semakin kencang dan kedudukannya agak tersasar, tetiba dia ternampak semua benda terbang depan dia dan dia termasuk dalam pusaran puting beliung. Bila tersedar, dia dah tergantung di atas pokok dan ditemui oleh seorang askar bernama Ri Jeong Hyuk yang merupakan Kapten dalam pasukan khas elit Korea Utara... apoooo?? Aku ada di Korea Utara??? Punyalah terkejut Se-Ri ni, hahaha.


Se-Ri berjaya melarikan diri tanpa disedari askar-askar di bawah pasukan Kapten Ri. Lari punya lari punya lari sehinggalah dia sampai ke satu perkampungan. Punyalah bersyukur sebab ingatkan dah selamat, tapi Se-Ri pelik, kenapa kampung tu macam pelik, rupanya dia masih berada dalam Korea Utara. KU ni digambarkan sebagai tempat yang masih mundur gitu, huhu.


Kapten Ri berusaha untuk memastikan Se-Ri selamat dan mencari jalan untuk menghantarnya pulang ke Seoul. Dalam pada tu, dia sembunyikan Se-Ri di rumahnya namun diketahui rakan-rakannya yang lain dan mereka semua setia menjaga Se-Ri. Dah macam cerita Snow White dengan Tujuh Orang Kerdil pulak, haha.


Kapten Ri ni nampak tegas la dengan Se-Ri tapi dalam hati ada taman gitu. Suka sangat bila tengok muka dia curi-curi pandang Se-Ri.. awwwwwwwww.


Lama jugaklah Se-Ri tersadai di kampung tu sampai dia boleh bersahabat dengan jawatankuasa wanita kampung, hahaha. Asal nak balik, macam ada jer halangan. Haaa.. ni yang menaikkan adrenalin bila menonton drama ni dengan kewujudan watak antagonis dan banyak misteri sebenarnya yang berlaku di kem askar tu yang cuba dirungkaikan oleh Kapten Ri.


Bagaimanakah Kapten Ri menghantar Se-Ri pulang?
Dapatkah dia menyelesaikan segala misteri yang berlaku di kem?
Apakah hubungan mereka hanya setakat di Korea Utara... anda kenalah tonton sendiri.
Yang pasti, Sk tengok dalam cerita ni, macam kalau orang Korea Utara bercinta dengan Korea Selatan tu dah jadi satu kesalahan la.. macam manusia tak boleh kahwin dengan bunian la gitu, hahaha.

Memang antara dram bersiri terbaik Korea, tengok jangan tak tengok! 

Gambar sumber google image










Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. netflix suka suggest this drama.. tapi tak tertgk lagi huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ikan duyung tu kak, sampai dah 3 kali kita tengok hahahaha...agak bosan je tengok, sebab hero dia pujaan hero ku hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cerita ni best , saya tak pernah skip episode . sedih pun sedih berapa Kali dah nangis

      Delete
  3. adakah saya je yang belum pernah tgk cerita ni? haha

    ReplyDelete
  4. kalau nak tengok drama korea best2 boleh jenguk facebook saya. saya selalu review kdrama yang saya dah tengok. :)

    ReplyDelete
  5. SA tgh tgok ITS OK NOT TO BE OK...nanti nak tgok ni jugak

    ReplyDelete
  6. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!