Assalamualaikum...
DAH hampir lima bulan jugaklah membela bujang yang seekor ni. Ini adalah kucing jantan yang ke lima peliharaan keluarga Sk, bermula dengan Zonan, Boboiyot, Aboo, Koka dan sekarang tinggallah dia seekor. Nama sebenar, Norbit, inspirasi dari drama bersiri Kampung People, hahaha, tapi lebih manja dipanggil Obit, hensem kan tayeee. Lupaaa.. borak-borak ngan Sis Lin baru teringat dulu masa bujang ada bela kucing jantan nama Cook, hehe.
Sebagai satu-satunya anak jantan dalam rumah dan berwarna oren pulak tu, ada sahaja keletah Obit yang menghiburkan kami. Kisah bagaimana kami mula memelihara Obit, ada Sk kisahkan dalam BELI BANGLO TIGA TINGKAT. Sekarang ni, banglo tiga tingkat tu selalu kosong je sebab semua dah duduk dalam rumah. Cuma ada masanya kena masuk banglo jugak terutama bila suka mengacau bonda mengemas, hahaha.
Kami menghantar Obit untuk dikembirikan atau dimandulkan di Noah's Ark Natural Animal Sanctuary yang terletak di Kampung Ulu Choh, Pekan Nanas. Tak sampai 20 minit perjalanan dari rumah kami. Asalnya Sk mendaftar untuk program kembirikan kucing dan anjing tapi disebabkan program kembiri tu wajib menjalani potong tepi hujung telinga atau tatoo, jadi Sk memilih untuk menghantar terus ke klinik. Kesian pulak budak hensem ni kalau telinga kena potong atau ditatoo.
Penghantaran secara pandu lalu, kita tak perlu turun kereta pun nanti ada staf Shelter yang akan keluar ambil haiwan yang kita nak kembirikan tu. Kami hantar Obit jer, nanti yang betina semua akan ikut program kembiri yang akan berlaku pada hujung bulan ni di Klinik Haiwan Pulai Hijauan. Untuk kucing-kucing betina, kami pilih untuk ditatookan telinga mereka. Harga untuk gunting telinga cuma RM50 dan tatoo RM80. Okeylah tukan, dulu-dulu, nak mandulkan kucing betina sampai RM250 seekor, tu yang Ponti dan CikLang tak pernah dimandulkan sampai sekarang. Hadap jerlah tiap bulan bila datang mengenyamnya tu, hahaha.
Di kawasan shelter ni memang banyak anjing, sebab tu kita tak perlu turun. Tapi anjing-anjing ni semua elok tak kacau orang. Bukan sahaja tak kacau, tapi dia boleh buat bodoh aje tengok kereta kita nak jalan, saja jer dia berdiri tengah jalan buat tataw.
Kawasan ni agak pedalaman sikit tapi taklah jauh dari jalan besar. Selepas melalui jalan tar, kita akan lalu jalan tanah merah lebih kurang 100 meter sebelum sampai ke rumah perlindungan ni. Ada sebuah rumah lama bercirikan tradisional dalam kawasan tu, cantik sangat, rasa nak masuk tengok. Senibinanya sungguh cantik dengan ciri-ciri rumah lama yang masih gunakan atap rumbia dan dinding buluh. Tu Sk tengok sekilas jerlah, nak tengok lama-lama seram pun ado. Seram tapi teringin nak masuk, camne tu? hahahaha.
Lebih kurang tiga jam, kami dipanggil untuk mengambil Obit. Masih mamai lagi budak ni katanya. Jangan bagi makan sehingga dia boleh berjalan dengan stabil kerana dikhuatiri akan tercekik. Boleh bagi minum air aje.
Sampai malam pun masih macam ni keadaannya. Risau tu risau jugak, maklumlah, bujang-bujang kami dulu tak ada seekor pun yang bersunat. Zonan tu sampai dah jadi abang kawasan, tiga pagi baru balik mabuk rumah. hahaha. Staf klinik pesan, sehari dua ni, jangan bagi Obit buang air di pasir. Nasib baik kat rumah ada stok Tofu Liter, kalau tak, takkan nak biar dia membuang kat lantai, kan, matik bonda nanti nak basuh.
Semoga cepat sembuh, Obit!
SEMOGA CEPAT SEMBUH OBIT YANG HENSEM
ReplyDeletepengalaman mak saya dulu, lepas potong, lagi manja dan gumuks
ReplyDeleteSalaam,
ReplyDeleteLangkah Yang terbaik.
Tapi terbaring camtu sampai Malam? APA lembik nya. Selalu dua tiga jam dah bangkit Dan Cari makan.
Tapi kelakar dia baring camtu.. comel ..
Hehe
Kesian dia
ReplyDeleteEh bab jangan buang besar dalam pasir tu, so camne nak bagi dia berak Kak? adeiii tang ni le tak reti nii....nanti wahtsapp please...
ReplyDeletePernah bela kucing kejap masa tu Kak Sunah bagi. Tapi sebab Uyul allergic, terus bagi dekat adik kucing tu. Fluffy Mumu nama dia. Haihh rinduuuuu pulak. Kalau panggil nama, masih menoleh lagi tuh
ReplyDeleteObit, get well soon ok.. ini utk kebaikan :)
ReplyDeletealahai..siannya Obit....
ReplyDeletekita kat rumah tu pun tinggal sekor je.Walaupun dah dijawikan, kemahin perangai garang dia bila nampak kucing lain nak masuk kawasan dia..hahaha...get well soon obit, lepas ni dah boleh jaga kawasan pulak..hahaha
ReplyDeletedapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
ReplyDeleteWA: +855 1537 3217